Kisah dari Bukit Gantang: Puteri Umno yang ......



al-Bakri fi Muar




Al kisah datangnya dari al Bukit Gantang. Perayu undi dari kem UMNO/BN.

Nampaknya ada banyak lagi ruang tarbiyyah untuk golongan ini.
Aurat dahlah terbuka, hiss.....
Teringat masa usrah, ahli usrah membentangkan kisah-kisah ahli-ahli Neraka. Antara yang diceritakan ialah aurat perempuan.
Marilah kita berdoa semoga mereka ini diberi hidayah dan seterusnya bertaubat. Insya-Allah.
Iklan:
Boikot Ambi Pur, Ridsect, Sanex, Brycream... sebab menyokong negara haram Israel.
[Read More...]


Perlakuan lucah Puteri di Permatang Pauh dikesali



Mohd Nor Yahya
Foto Nasir Sudin Sun Aug 17, 08 1:40:49 pm MYT

IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - Tindakan anggota Puteri Umno membuat laporan polis kononnya ada orang merabanya dianggap sengaja dilakukan bagi menutup perlakuan lucah mereka.

Semasa perarakan calon semalam ada di antara mereka yang menunjukkan perlakuan lucah dengan menunggeng punggung dan bermacam-macam lagi.
Gelagat dan tingkah laku anggota puteri dan pemuda Umno dirakam jurugambar media biar pun perkara itu cuba disembunyikan media elektronik.

Mengulas perkara itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, anak-anak muda dalam Umno cuba mempersendakan Dato' Seri Anwar Ibrahim, biar pun dakwaan kes itu masih dibicarakan di mahkamah.

"Anak-anak muda dalam Umno telah dipengaruhi pimpinan mereka seolah-olah mahu menghukumkan Anwar. Mereka sengaja berniat jahat kerana di Malaysia seseorang itu tidak boleh dianggap bersalah sebelum mahkamah memutuskannya.

"Bukan cara untuk kita membuat kempen begitu. Ini merupakan seolah-olah serangan peribadi yang tidak sepatutnya berlaku," ujar beliau ketika ditemui di muktamar hari ini.

Menurutnya tindakan mereka ini seolah-olah telah membuat hukuman sendiri terhadap Anwar dan ia merupakan satu tindakan jahat.

"Saya berharap Pakatan Rakyat tidak mengikut rentak mereka dalam membuat serangan peribadi. Jangan cepat melatah dengan kempen mereka," katanya lagi.

Malah kata beliau pernah berlaku d zaman Rasullullah saw, baginda mengadakan acara bergusti dengan ahli gusti Arab, Abu Dardar di mana katanya dia tidak akan menerima Islam kecuali baginda dapat mengalahkannya.

Akhirnya Nabi Muhammad saw menyahut cabaran tersebut dan baginda menang sehingga Abu Dardar memeluk Islam.

"Ini menggambarkan Islam boleh berada di mana-mana keadaan. Begitu juga di Permatang Pauh. Oleh itu kita tetap memberi sokongan padu kepada Anwar.

"Semoga kemenangan Anwar akan membuat perubahan yang jelas di Dewan Rakyat nanti," ujarnya.

Biar apa halangan pun kata beliau PAS tetap menyokong Anwar di Permatang Pauh. - mj _
[Read More...]


DEB - Jangan salahkan kaum Cina, salahnya Melayu Umno



Mohd Rashidi Hassan Wed Mar 12, 08 3:44:30 pm MYT
Jangan lupa bahawa Umno yang banyak mengkritik Parti Gerakan dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon semasa beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang kerana menjalankan dasar yang mendiskriminasikan orang-orang Melayu. -->-->
Akhbar Utusan Malaysia adalah antara media propaganda Barisan Nasional yang menyiarkan kenyataan beberapa Ketua Umno Bahagian di Pulau Pinang, yang secara lantang mengkritik Tsu Koon sehingga memeningkan kepada Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Hakikatnya semakin jelas kelihatan sejak berpuluh tahun kerajaan negeri diterajui Gerakan dari kelompok kaum Cina, Melayu Pulau Pinang semakin terhakis, mereka hanya menguasai dan memiliki aset di Seberang Prai, manakala di bahagian pulau, hanya tinggal di sekitar Balik Pulau.
Lain-lain tempat, Jelutong, Bayan Lepas, Georgetown, Melayu sudah semakin terpinggir dan semakin pupus. Hanya yang ada saki baki Melayu tinggal di kawasan flat. Rumah kampung sudah tiada, pangsapuri mewah pun tiada, kawasan elit pun Melayu hampir tiada. Jika ada pun Melayu dari kalangan Umno.
Penulis tidak pernah berhasrat untuk membangkitkan soal kaum. Siapa yang menjadi Ketua Menteri, siapa yang memerintah atau sebagainya.
Penulis sekadar mengharapkan rakyat berfikir, mengapa media dan Umno begitu jahat memfitnah Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui Ketua Menteri, Lim Guan Eng dari DAP?
Apakah paparan bahawa kononnya kaum Cina dari DAP akan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) di Pulau Pinang boleh diterjemahkan sebagai semasa Cina Gerakan, DEB terlaksana dengan baik?
Jahatkah Cina DAP terlalu baikkah Cina Gerakan atau MCA pada pandangan Utusan? Media tidak harus cuba mengelirukan rakyat, kerana, mereka harus tanya kepada pemimpin-pemimpin Umno Pulau Pinang, apakah mereka begitu puashati dengan Gerakan selama ini?
Jangan cetuskan api perkauman
Paparan seburuk ini, dibuat dengan nada yang begitu jahat, boleh mencetuskan ketidakstabilan hubungan kaum dalam negara. Utusan jelas 'bermain dengan api', meniupkan api perkauman yang boleh menjejaskan ketidakstabilan politik dalam negara.
Apa yang disebutkan Lim Guan Eng sebagai DEB menjadi punca kronisme, rasuah dan tidak efisyen sebenarnya memang betul.
Tan Sri Khalid Ibrahim ketika ditemuramah penulis dua tahun lepas (sebelum menganggotai KeADILan), tidak mempertikaikan DEB, yang dipertikaikan soalan perlaksanaannya. Soal delivery dan ketelusan yang dibangkitkan.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pernah menegaskan bahawa Islam tidak menerima sebarang tindakan yang boleh disifatkan sebagai diskriminasi kepada mana-mana kaum.
Namun, PAS menerima beberapa keutamaan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan terhadap orang-orang Melayu. Apa yang PAS pertikaikan ialah soal amalan korupsi, kronisme dan nepotisme yang dilaksanakan oleh BN.
Hakikatnya PAS mempertikaikan DEB kerana ia digunakan sebagai alat politik untuk kepentingan segelintir puak yang dikenali sebagai Umnoputra, bukan untuk bumiputra.
Bukan soal DEB sahaja, lihatlah dasar untuk kepentingan orang Melayu Islam sebacara keseluruhan untuk orang Melayu/ Islam sewaktu Umno berkuasa dengan bongkaknya?
Di mana ukuran Umno/BN berjuang untuk Melayu?
Siapa yang merobohkan surau kegunaan untuk orang Islam, jika tidak dengan arahan Menteri Besar berketurunan Melayu dari Umno?
Siapa yang meroboh setinggan-setinggan Melayu seperti di Kampung Berembang atas alasan tujuan untuk pembangunan?
Siapa yang 'mengalibabakan' projek kerajaan yang diterima atas nama kontraktor Melayu Umno dan kemudiannya di sub-kon kan kepada kontraktor Cina?
Siapa yang menghapuskan pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu, untuk digantikan dengan bahasa Inggeris?
Siapa yang menghapuskan bantuan untuk Sekolah Agama Rakyat, yang rata-ratanya diwujudkan untuk pendidikan anak-anak Melayu/ Islam?
Siapa yang menindas dan menafikan hak ekonomi serta geran perkapita kepada kerajaan pimpinan orang Melayu di Kelantan dan Terengganu sewaktu PAS memerintah?
Sebenarnya bukan PAS, KeADILan atau DAP yang menolak DEB, hakikatnya pemimpin Umno sendiri yang mengkhianati DEB!
Justeru, pemimpin Umno tidak harus mendabik dada bahawa mereka adalah pejuang Melayu tulen, walhal sebenarnya merekalah yang menindas orang-orang Melayu.
Jika Umno dan BN melaksanakan dasar-dasar negara dengan betul, sudah tentu orang-orang Melayu tidak akan menolak mereka.
Pilihan Raya Umum ke 12 menunjukkan orang-orang Melayu sudah menolak Umno/BN. Jangan salahkan rakyat, sikap pemimpin Umno sendiri yang menyebabkan penolakan besar-besaran berlaku.
Fikir dan renungkan. Rombak Umno, suruh Abdullah berundur, jika tidak masa depan Umno akan gelap dan tidak mustahil Umno akan tersimpan dalam muzium, menjadi bahan sejarah.
[Read More...]


Risalah berkenaan kes cabul kehormatan di Bakri, Muar



Awal pagi ini lebih kurang jam 2.30 pagi semasa kami sedang menaikkan sepanduk dan bendera parti, datanglah sebuah motosikal dari arah bertentang di Jalan Hj. Abdullah. Tiba-tiba motosikal tersebut membuat pusingan U lalu menghampiri kami lalu mencampakkan beberapa keping risalah.

Nampaknya, petugas-petugas mereka sudah hilang rasa takut kepada Allah. Sewenangnya mencabul seorang petugas mereka sendiri. Astagfirullah !!!

Kepada sipencabul, minta ampunlah kepada Allah dan minta maaf kepada mangsa dan keluarga mangsa. Sesungguh maaf-memaaf itu lebih disukai Allah.
[Read More...]


Puteri UMNO Bakri di cabul oleh orang kuat Calon BN sendiri ketika sedang berkempen




Posted on Tuesday, March 04 @ 23:06:05 MYT by SongkokPutih Oleh Mawar Berduri
.
Saya sebagai ahli puteri di Bakri merasa begitu tertekan sekarang atas apa yang berlaku kepada salah seoarang ahli kami semasa sedang berkempen untuk Kamaruddin Suratman Calon BN Dun Sg Abong, Parlimen Bakri Johor.
.
Harapkan pagar, pagar yang makan padi. Itulah yang berlaku kepada ahli puteri yang bernama Saadah kerana telah di CABUL kehormatan oleh orang kuat calon sendiri yang bernama Abas di dalam kereta semasa dalam perjalanan untuk berkempen dari rumahnya di Kg Kelantan Muar ke Tmn Perdana Muar.
.
Kami mengharapkan supaya dalam suasana kempen Pillihanraya, Calon dapat menyelesaikan masalah ini dengan sebaiknya, malah dia pun "sama-sama naik" dan menyerahkan kepada anak buahnya untuk menyelesaikan masalah ini, sedangkan kami berhempas pulas berkempen untuknya.
.
Ingatkan Kak Anum sebagai ketua Puteri UMNO Bahagian Bakri dapatlah mempertahankan anak buahnya, malangnya Saadah telah diberi amaran supaya tidak menghebahkan ataupun membuat laporan polis.
.
Tidak cukup setakat itu Saadah telah dituduh yang bukan-bukan seolah-olahnya dialah yang menggoda Abas pula. Saadah juga telah dipecat dari Puteri UMNO dan namanya telah dibuang dari keahlian Puteri. Saya tidak tahu apakah lagi yang akan berlaku selepas ini. Siapakah lagi yang dapat membela nasib kami sekiranya perkara seperti ini berlaku kepada kami hanya semata-mata mahu menyelamatkan maruah seseoarng individu. Kami ingin menekankan disini bahawa ahli Puteri masih lagi mempunyai maruah dan harga diri, bukannya menjadi alat pemuas nafsu.
.
Saya harapkan ahli Puteri di luar sana terutamanya di Johor agar berani memperjuangkan dan mempertahankan hak dan maruah kita. Diharapkan kepada Kak Noraini yang berada di Parlimen Parit Sulong dapatlah menjengok kat kami di sini. Bersama ini disertakan laporan polis yang telah dibuat oleh Saadah. Saya tuliskan semula laporan yang telah dibuat Saadah untuk kita semua mudah membacanya kerana susahnya laporan ini hendak dikeluar. Mawar Berduri Ahli Puteri Bakri
.
Laporan Polis yang di taip semula :- "Pada 27/2/2008 jam l/kurang 9 malam saya telah menaiki m/kar yang menjemput saya dirumah alamat di atas untuk pergi ke bilik gerakan umno di tmn perdana muar. Dalam kereta tersebut saya bersama 2 lagi lelaki salah seorang daripadanya bernama Abas dan dalam perjalanan ke tmn perdana Abas telah menghulur tangannya seperti mahu bersalam kepada saya yang duduk di belakang dan saya menyambut salam tangannya dan kemudian abas telah meraba-raba bahagian peha saya dan sehingga menyentuh kemaluan saya. Saya berkata kepada Abas sekiranya masih meraba saya mahu terjun dari kereta. Kemudian saya telah mengadu perkara tersebut pada Abang Dolah iaitu pemuda umno tetapi Abang Dolah beritahu supaya tidak membesarkan isu ini dan tidak menghiraukan aduan saya. Saya juga dapat tahu nama sudah tiada dalam senarai puteri umno. Ketua Puteri umno bahagian nama Anum juga ada memberi amaran supaya saya tidak beritahu perkara tersebut pada orang dan membuat laporan polis serta menuduh saya yang bukan-bukan. Saya tidak berpuashati dengan tindakan Abas yang mencabul saya. Inilah laporan saya."
[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors