PAS perkenal program insurans armalah di seluruh negara



Lanjusoh
Fri Aug 15, 08 7:27:13 pm MYT
IPOH, 14 Ogos (Hrkh) - PAS bercadang memperkenalkan program insurans di kalangan armalah (ibu tunggal) di seluruh negara apabila model pertama yang diperkenalkan di Perlis berjaya mencapai sasarannya.

Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pusat, Dato' Husam Musa berkata, percubaan pertama program baru itu sedang dijalankan di Perlis sekarang.
"Kita cuba laksanakan program tanpa melibatkan kerajaan dan ia diurus oleh parti sendiri. Sekarang diurus oleh Badan Perhubungan PAS Perlis.
"Sedangkan sebelum ini program itu telah berjaya di Kelantan yang dikendalikan di bawah kerajaan negeri.
"Kalau model baru ini kita berjaya perkenalkan di Perlis yang diurus parti ia akan perluaskan ke seluruh negara," katanya sebagai menjawab persoalan dibangkit perwakilan pada muktamar petang ini.
Mengenai tapak kompleks PAS, Husam yang juga Naib Presiden PAS berkata, beberapa kawasan telah dikenalpasti antaranya di Gombak, Bangi dan Sepang.
Katanya lokasi baru yang sedang dikenalpasti itu meliputi kawasan seluas 10 ekar dan ia akan didirikan rumah kedai.
Katanya, tapak baru kompleks PAS itu akan diselesaikan dalam masa terdekat sekurang-kurangnya tiga bulan lagi.
Husam juga berkata, PAS akan mengambil bahagian bagi membangunkan tanah -tanah wakaf di Pulau Pinang bagi memastikan orang Melayu dapat tinggal di kawasan bandar.
"Sebuah jawatankuasa kecil sedang menyiapkan laporan pembangunan tanah- tanah wakaf di Pulau Pinang bagi memastikan penduduk Melayu tidak terpinggir di kawasan bandar.
"Draf terakhir mengenai program tersebut sedang disiapkan sebelum dikemukakan ke Jawatankuasa PAS Pusat, Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang. Dan selepas itu akan dibawa kepada kerajaan negeri terbabit," katanya.
Menurutnya program boleh dijadikan contoh dan ia merupakan satu permulaan yang baik.
Beliau juga berkata, sebuah buku kecil yang memuatkan fakta-fakta mengenai kemampuan PAS dan kerajaan Pakatan Rakyat menurunkan harga minyak sudah disiapkan.
Kata beliau buku itu kini diedarkan secara meluas ke seluruh negara.
Beliau juga menjelaskan penggunaan dinar dan dirham sebagai alat simpan dan traksaksi nilai dalam kehidupan rakyat akan dilaksanakan.
Menurutnya wakil-wakil di negeri Pakatan Rakyat akan dilantik bagi mengedar dinar dan dirham bagi membolehkan ia digunakan secara meluas.
"Kita akan pastikan negeri Pakatan menjadi negeri pertama yang menggunakan dinar dan dirham di negara ini," katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, Lajnah Tarbiah melantik dua timbalan iaitu Ustaz Idris Ahmad Ahmad yang bertanggungjawab menjaga ILHAM dan Dato' Abu Bakar Chik mengurus program tarbiah dan tamrin.
Kata beliau ILHAM mendapat sambutan positif di beberapa negeri. Bagaimanapun ada juga negeri yang tidak memberi respon.
"Tahniah kepada PAS Johor kerana berjaya mengadakan konvokesyen dan selepas itu terus mendaftar peserta-peserta baru," ujarnya.
Beliau yang juga Jawatankuasa Tarbiah berkata, program tarbiah dan tamrin berjalan mengikut jadual telah dirangka.
Menurutnya juga pada 30 dan 31 Ogos ini beliau akan menghadiri konvensyen di Kundasang, Sabah.
Beliau juga menjelaskan rakan-rakan daripada KeADILan boleh dibawa bersama untuk mengikuti program tarbiah yang diadakan secara umum. - mj _


Responses

0 Respones to "PAS perkenal program insurans armalah di seluruh negara"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors