Foto Nasir Sudin Fri Aug 01, 08 11:30:40 am MYT
IPOH, 1 Ogos (Hrkh) - Persiapan PAS Perak bagi menganjurkan Muktamar PAS ke-54 yang akan diadakan di Bandaraya Ipoh bermula 13 Ogos ini di peringkat akhir, dan muktamar kali ini menjanjikan kejutan.
Petugas-petugas yang ditemui di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak kini semakin sibuk dengan persiapan di peringkat akhir menjelang Mukmatar PAS kali ke-54.
Tinjauan yang dibuat Harakahdaily hari ini menunjukkan beberapa orang petugas masing-masing sedang menyiapkan kerja-kerja di peringkat akhir termasuk menyerahkan borang jemputan; menyelaraskan penempatan perwakilan, gerai-gerai jualan dan menguruskan kain-kain rentang promosi MUktamar ke-54 ini.

Muktamar yang akan bermula pada 14 Ogos ini dijangka akan menjanjikan satu kelainan kerana kali pertama diadakan di Perak, kata Pegawai Penerangan PAS Perak, Zainal Ariff yang ditemui di sini hari ini.
Ujar beliau, segala persiapan sudah dilaksanakan sejak sebulan lalu dengan kerjasama PAS Pusat terutamanya, Setiausaha Agung, Dato' Kamarudin Jaffar dan kakitangan Pejabat Agung PAS.
"Kini semakin sibuk dengan semuanya di peringkat akhir, kita jangkakan lebih 50,000 akan mengunjungi Ipoh sempena Muktamar ke-54 ini, "Sebagai anak Perak, saya berbangga dengan pengajuran ini terutama ia adalah pertama kali diadakan selepas Pakatan Rakyat memerintah negeri ini," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Eksekutif PAS Perak, Khalilul Rahman Abdul Samad memaklumkan mesyuarat jawatankuasa telah diadakan hampir setiap hari sejak dua bulan lalu bagi memastiklan persiapan berjalan lancar.
"Kami merasa bimbang sebab menjadi tuan rumah untuk pertama kalinya, dan kami ingin melakukan yang terbaik," ujar beliau.
Dalam kesibukan pegawai-pegawai PAS Perak menyiapkan kerja mereka, kedatangan krew Harakahdaily tetap dilayan dengan baik yang membuatkan penulis tersentuh dengan layanan mereka.
Muktamar kali ini akan menghidangkan pelbagai program buat pengunjung antaranya KOnsert Keseninan Islam yang membariskan beberapa artis seperti Amy Search; Zuar XPDC dan kumpulan nasyid, Saff-One.
Di samping itu pengunjung juga akan disajikan dengan program Nostalgia Forum Perdana, gerai jualan dan ceramah-ceramah umum.
Untuk rekod Muktamar Dewan Pemuda dan Muktamar Penuh akan diadakan di Stadium Indera Mulia dan beberapa venue lain termasuk MUktamar Dewan Muslimat di Hotel Hill City; sementara Muktamar Dewan Ulama di Dewan Perbandaran Ipoh./wann _
Responses
0 Respones to "Persiapan Muktamar PAS ke-54 di peringkat akhir, Perak janjikan kejutan"
Catat Ulasan