Antara intelektual mahasiswa dan keikhlasan Umno meminda Auku



H Fansuri Tue Aug 05, 08 11:00:55 am MYT

Pada 30 Julai lalu, suatu temubual diadakan bersama dua siswa. Seorang daripadanya mewakili Persatuan Sains Politik, UIA Saifullah dan seorang lagi adalah Faizal mewakili PKPIM yang membincangkan tajuk pindaan Auku menerusi Radio 24, Bernama.

Tanpa merakamkan semua isi perbualan itu saya cuma ingin menyentuh beberapa perkara yang mungkin dianggap menarik oleh sesetengah pihak. Antaranya, hujah Faizal.
Menurut beliau, Auku sebenarnya memerangkap Umno sendiri sebagai parti pemerintah. Memang ada ketua bahagian, ketua cawangan dan calon-calon pilihan raya yang sedang membuat tesis Phd dan master dalam keadaan mereka adalah calon Umno.
Tidakkah hal ini melanggar Auku? Cuma, dalam kes Umno, SPR lazimnya akan menutup mata, bersikap berat sebelah dan akhirnya calon-calon itu diteruskan juga bertanding. Itu perkara biasa. Cuba lah hal itu berlaku ke atas calon pembangkang. Ada k ah SPR berdiam diri? Sudah tentu tidak. Hal kebiadapan dan berat sebelah SPR janganlah diragui.
DJ penyampai radio mula termakan dan menyetujui pandangan tersebut. Sebagai wanita, mungkin beliau tak pernah terlintas dalam fikirannya akan hal seumpama itu. Tapi, beliau tetap mengulang hal yang sama kepada panelis termasuk panelis dari luar.
Ganggu pelajaranHal itu ialah, tidakkah penglibatan pelajar dalam politik itu mengganggu pelajaran?
Sebenarnya, banyak hal lagi yang mengganggu pelajaran mahasiswa seperti dadah syabu, gejala negatif seperti menonton video lucah, lumba haram, rempit dan sebagainya. Tetapi hal seperti itu tidaklah diambil peduli sangat. Lazimnya, kesedaran berpolitik dan berparti jugalah yang dilihat oran g sebagai hal yang mengganggu pelajaran.
Lalu hal itu ditanya sekali lagi kepada Irmohizam, seorang pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Phd. Tesis beliau berkaitan Auku. Beliau adalah exco Majlis Belia Malaysia (MBM). Jawapan beliau mudah; kecenderungan politik bukan sebab pelajar itu gagal dalam pelajaran. Jawapan ini mudah kerana beliau juga cenderung berpolitik.
"Kita lihat ramai pemimpin kita dahulu pun bergiat cergas dalam politik ketika masih lagi belajar," kata beliau. Sekali lagi jawapan ini merujuk pimpinan Umno lalu. Tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan lain-lainnya adalah contoh di mana pelajar itu mula berpolitik sedangkan mereka masih lagi berada di bangku kuliah.
Bagaimanapun hujah-hujah ini cuma sekadar ingin mengesahkan kehadiran Kelab Umno di luar negara. Cuba lah kalau mahu diwujudkan Kelab Pa s atau apa saja pertubuhan yang bersifat anti-Umno. Baru kita akan dengar syor agar belajar dulu, politik kemudian.
Jawapan yang sepatutnya dikemukakan oleh Irmohizam sepatutnya jujur. Sepatutnya kita kena berkata, memang ada keadaan di mana pelajar terlalu menumpu kepada politik, lalu akhirnya gagal seperti Tun Dr Mahathir. Tapi, akhirnya beliau berjaya dalam Umno.
Tetapi, ada juga yang mahir menyeimbangkan pelajarannya dan akhirnya mereka berjaya dalam akademik seperti Dr Asyraf Wajdi. Tapi beliau kalah dalam pilihan raya di Tumpat Kelantan sebagai calon Umno. Tak apa. Bak kata Fansuri, tuah ayam nampak di kaki dan taji. Tuah calon Umno nampak pada sikap berat sebelah SPR dan hantu mengundi.
Jadi politik tak bersalah dan tak boleh sesekali dipersalahkan. Pilihan raya tidak bersalah, kerana yang bersalah tetaplah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Allah Maha Suci dan tidak bersalah. Yang bersalah adalah hamba Allah yang bernama Abdullah.
Kita mestilah jujur dengan diri sendiri. Semua bergantung kepada kebijaksanaan di dalam menyeimbangkan antara politik, pelajaran. Ada yang gagal pelajaran, tapi cemerlang pula dalam politik dan begitulah sebaliknya.
Memeranjatkan!Tetapi hal yang paling memeranjatkan saya ialah ketika Irmohizam menyatakan Auku itu membantu dalam mengawal keselamatan dalam negeri dan lain-lain. Mujur juga si Faizal telah menolak pandangan tersebut dengan menyatakan bahawa ada banyak akta lain yang boleh digunakan untuk mengawal keselamatan negara seperti Akta Polis.
Bayangkan bagaimana seorang pelajar yang sedang membuat kajian di peringkat PhD itu boleh berkata seperti itu. Saya memang merakam perbualan temubual itu. Tetapi jika kita mahu kenya taan lengkap, sila hubungi

husna@radio24.com.my.


Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

Bagaimanapun, saya tidak berminat memanjangkan isi perbualan temubual itu. Apa yang mustahak ialah kenapakah dengan tiba-tiba Menteri Pengajian Tinggi berminat meminda Auku? Saya tidak fikir Umno ikhlas kepada warga kampus, pelajar dan pensyarah.
Pada akhir April lalu ketika saya selesai kerja di PWTC dalam Pest a Buku, seorang wakil PKPIM telah meminta saya bersama mereka menemui Dato' Idris Haron sebagai 'bupala' tertinggi dalam kementerian. Saat itu, syor mengenai pindaan Auku sedang bermula.
Antara alasan kenapa saya dibawa bersama untuk membahaskan pindaan itu ialah kerana saya antara bekas mahasiswa yang hampir-hampir terkena hukuman Auku. Demikianlah menurut kata seorang exco PKPIM. Semua itu berjalan dengan penuh rahsia.
Tatkala rombongan sebiji kereta itu baru bermula keesokannya, maka tiba-tiba saya dapat kiriman sms dari exco PKPIM yang menyatakan bahawa Idris Haron tak dapat menerima kehadiran kami bagi membincangkan hal pindaan tersebut.
Saya tak terperanjat kerana sejak awal lagi saya sudah meragui keikhlasan Umno dengan warga kampus dalam kalangan pelajar dan pensyarah. Tak salah saya, tarikhnya mungkin 28 April lalu. Tidak lama selepas itu, saya terdengar laporan Idris Haron sudah membuat kenya taan mengenai pindaan Auku.
Suara hati berbisik, sejak bila pula Idris Haron berbincang dengan badan pelajar itu? Atau mungkin mereka berbincang tanpa kehadiran saya? Wallahu 'alam. Apa pun, semua kisah ini menjadi suatu ukuran dan sandaran bukti bahawa Umno tidak pernah ikhlas.
Saya meragui keikhlasan pimpinan Umno termasuk menteri-menterinya sejak dulu, kini, dan buat selama-lamanya (kot). (Nak cakap serba tidak kena, mungkin Umno akan insof, siapalah yang tahu? Saya pun bukannya Tuhan.)
Antara bukti mudah ialah, dalam keadaan Umno ingin bermuzakarah dan bermuqabalah, mereka masih lagi setia mahu mengenakan Anwar Ibrahim atas isu l.w.t dengan si Saiful _____ Azlan. Kalau Umno dan Abdullah ikhlas, nescaya dia akan menyegerakan ur usan ini dengan bersumpah dan tutup kes di dunia ini, nanti sambung pula di akhirat.
Tetapi, Abdullah tiada niat untuk menghentikan laporan kutukan ke atas isu ini di akhbar. Dalam masa yang sama, Abdullah mungkin menggunakan isu muqabalah bersama musuh tradisinya guna meraih sokongan. Dan parti berkebajikan ini dijadikan sebagai perisainya dan kubu kuat Umno untuk menahan serangan rakyat ketika isu l.w.t sedang heboh.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Tradisi tipudaya serta tipuhelah Umno dan Abdullah ini mengalir dalam setiap cabangan dan cawangan kementeriannya termasuklah dalam pindaan Auku oleh Menteri Pengajian Tinggi. Khaled Nordin oran g Pak Lah.
Saya memang dengan jelas menanam benih-benih keraguan dan akan bercambah sebagai tunas dan pokok yang rendang, memayungi warga universiti daripada bahang panas terik penjajahan Umno melalui pujuk rayu mereka ini.
Kalau Umno ikhlas, mereka akan terus membuang Auku yang dilihat sebagai penyakit di dalam jiwa intelektual warga kampus. Mereka ada kemampuan. Tetapi, bagaikan bomoh, dukun yang bela pelesit dan hantu raya, mereka tak membuang semua saka warisan.
Selagi penyakit masih wujud selagi itulah wang pesakit sentiasa mengalir masuk di dalam kan tung mereka. Jika KPT (baca:Umno) pernah meminda untuk melonggarkan ikatan tali Auku, apakah mustahil suatu masa nanti mereka akan meminda untuk mengetatkan?
Manusia yang biasa 'membeli' jawatan, tidak mustahil akan 'menjual' jawatan. Inilah yang terjadi dalam Perhimpunan Agung Umno Disember nanti, iaitu jual beli undi. Oran g yang semacam ini akan meneruskan tradisi jual beli undi dalam pilihan raya umum.
Syahadan oran g yang meminda Auku untuk melonggarkan, tidak mustahil akan meminda lagi untuk mengetatkan. Hanya kejujuran terpamer pada mereka yang benar-benar ikhlas membatalkan Auku dalam Parlimen. Jikalau tiada lagi Auku, maka tiada ruang lagi untuk mereka melakukan pindaan. Hal inilah yang Umno tidak mahu.
7:48 p.m, 4 Ogos 2008 Sekolah Pemikiran Kg Baru _


Responses

0 Respones to "Antara intelektual mahasiswa dan keikhlasan Umno meminda Auku"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors