PRK059 Bukit Gantang:



al-Bakri fi Muar
31 Mac 2009

Saya sempat meninjau beberapa tempat yang dipenuhi oleh penyokong PR. Dalam ramai-ramai orang terpandang seseorang yang dikenali. Datang dari jauh selatan Tanahair (seperti kami..) Cik Kumutha juga bersama-sama hadir untuk memberikan sokongan kepada calon PR.

Syabas buat Cik Kumtha Raman.



Selain dari itu sempat bersalam Exco Kerajaan Negeri Kelantan Encik Anuar Tan (pertama kali dapat bersalam..). Beliau hadir awal pagi dan bersama-sama dengan orang ramai.

Pimpinan lain juga hadir cuma saya tak terserempak dengan mereka kerana kehadiran penyokong PR yang ramai.


[Read More...]


PRK059 Bukit Gantang: Kempen Pilihanraya



al-Bakri fi Muar
31 Mac, 2009

Semasa dalam perjalanan untuk balik selepas penamaan calon, kami terserempak dengan beberapa remaja bermotorsikal yang membawa bendera BN (biasalah....) tapi kali ini terpandang satu lagi cara berkempen. Lihatlah gambar....

Malas nak tulis panjang-panjang, "picture speak by itself..."
[Read More...]


PRK059: Bukit Gantang



al-Bakri fi Muar
31 Mac 2009


Sebaik sahaja selepas penamaan calon pada 29 Mac lepas, UMNO/BN terus berkempen di dalam radio. Saya sendiri yang dengar di dalam kereta semasa berhenti rehat di R&R di Sg. Perak.


Semalam dan hari ini UMNO/BN terus menerus menggunakan media elektronik (RTM dan rangkaian Media Prima spt TV3).


Pihak Pakatan Rakyat tidak mempunyai sebarang media untuk menerangkan kepada rakyat terbanyak. Hanya dengan kempen dari setempat ke setempat dan juga melalui internet. Sudahlah akhbar Harakah dan Suara Keadilan digantung penerbitan, pihak BN/UMNO mengambil kesempatan untuk mengelirukan rakyat terutama terhadap calon PR di Bukit Gantang iaitu Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin seperti artikel dibawah.



Sanggah 1:'Saya diundang berucap, menjadi imam' - Nizar


Harakahdaily Tue Mar 31, 09 9:10:55 am MYT
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Hrkh) - Laporan TV3 dan tuduhan pemimpin BN terhadap calon PAS kerusi Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa beliau merampas kuasa masjid sekaligus 'mencelah' ketika majlis membaca Yassin dan solat hajat di Masjid Simpang anjuran Barisan Nasional (BN) adalah tidak benar sama sekali.

Sebaliknya, kata Nizar, beliau telah diundang oleh Imam Masjid Simpang untuk berucap menjelaskan ayat-ayat yang dibacakan semasa mengimamkan solat Maghrib.


"Saya dijemput oleh imam supaya mentafsirkan ayat-ayat yang saya bacakan selama 20 minit sebelum itu... saya juga sejak awal telah diminta supaya tidak menyelitkan elemen politik sebab masjid bebas politik.


"Jadi, saya diminta membuat tafsiran ayat-ayat yang saya bacakan sebelum itu... ketika takzirah... jadi saya tidak merampas mikrofon untuk berucap, cuma memenuhi kehendak imam," kata beliau kepada mStar Online ketika ditemui di Markas PAS Bukit Gantang baru-baru ini.


Kata Nizar, apabila beliau meminta mikrofon untuk menyampaikan ucapan tafsiran ada pihak yang membantah dengan alasan ia bukan tempat untuk berpolitik.


"Bagi mengelakkan suasana kecoh, saya memutuskan untuk tidak meneruskannya dan kemudian meninggalkan masjid... apa terjadi selepas itu saya tidak tahu," katanya.


Nizar mengakui bahawa beliau sejak awal, ketika memasuki masjid, telah dimaklumkan tentang kehadiran pemimpin Umno termasuk Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Dalam pada itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali pula berkata, pihaknya sudah mengambil pendirian untuk tidak menggunakan masjid sebagai tempat kempen politik.
"PAS hanya akan menggunakan masjid untuk tujuan agama," kata beliau pada sidang media pagi ini. - azm/mks

Firman Allah dalam surah Al-Imran

وَمَڪَرُواْ وَمَڪَرَ ٱللَّهُ‌ۖ وَٱللَّهُ خَيۡرُ ٱلۡمَـٰكِرِينَ

Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa) dan Allah pula membalas tipu daya (mereka) dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.
Al-Imran 3.53
[Read More...]


PRK 059: Replika dan sepanduk yang mencuri tumpuan






[Read More...]


PRK 059 Bukit Gantang



al-Bakri fil Muar
29 Mac, 2009


Para penyokong Pakatan Rakyat telah memenuhi ruang pada lebih kurang pada jam 7.30 pagi. Lamalah juga menunggu para penyokong Umno/BN berbaris. Mereka cuma kelihatan berada diseberang pada pada jam antara 8.55 - 9.10 pagi.


Para penyokong PR memenuhi setiap ruang yang ada termasuk dilereng bukit. Kelibat penyokong PR persis penyokong bolasepak di dalam stadium. Videonya pun sempat dirakam. Tunggu.....!!!!

"Hat yang ni, penyokong kati (dacing), pukui 9 pagi baru mai", sayup dengar suara dalam ramai-ramai kelompok PR.

[Read More...]


PRK059 Bukit Gantang



al-Bakri fi Muar
29 Mac, 2009

Syukur Alhamdulillah, Pas Kawasan Bakri dapat menghantar wakil pada hari penamaan calon hari ini. Walaupun jauh nun di Selatan Semenanjung, kami seolah mendapat suntikan apabila melihat para penyokong Pakatan Rakyat dimana-mana kami singgah.


"Apa lagi yob, moh le kita cepat sampe ke Tepeng (Taiping)"

Macam tak sabar untuk sampai ke bandar Taiping. Kami tiba plaza tol Changkat Jering seawal jam lebih kurang 4.50 pagi. Setibanya di bandar Taiping kami menuju ke masjid menunggu waktu subuh masuk. Cuma tempat untuk meletakkan kereta memang agak susah sedikit. Kebanyakan dah dipenuhi kenderaan penyokong Pakatan Rakyat.

Para penyokong datang dari segenap pelosok tanahair untuk memberi sokongan kepada calon Pakatan Rakyat Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin.


Sahabat-sahabat kami dari kawasan-kawasan lain
juga kelihatan diawal pagi. Oleh kerana keadaan jemaah yang ramai, solat subuh dijalankan berperingkat. Inilah semangat yang perlu ada pada semua ahli Pakatan Rakyat yang beragama Islam, sembahyang janganlah sesekali ditinggalkan.

Saya ada beberapa lagi koleksi gambar untuk dikongsi bersama.
Rasa macam nak rehat, insya-Allah esok akan bersambung. Mana taknya, dari malam tadi sampai ke Markaz belum mandi dan badan rasa penat sangat.

Takbir !!! Takbir !!! Takbir !!
[Read More...]


Kartun Najib dalam akhbar Korea.




al- Bakri fi Muar,
Gambar di atas saya dapat dari laman web Korea Times. Dibawah saya letakkan linknya. Saya dapat bila baca komen dari pelayar blog ABO a.k.a al-banjari.


Sumber: Korea Times
[Read More...]


PRK 059 Bkt Gantang: Ceramah dihalangan oleh pihak berkuasa



al-Bakri fil Muar,
25 Mac, 2009

Nampaknya, UMNO/BN menggunakan pihak berkuasa untuk menyekat Pas dan Pakatan Rakyat dari menyampaikan berita dan maklumat kepada rakyat. Semalam Harakah dan Suara Keadilan dah dibatalkan permit pernerbitan selama 3 bulan.


Ikuti selanjutnya.....
Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menyampaikan ceramah di Bilik Gerakan PAS DUN Trong di kampung Sungai Tinggi kerana dihalang oleh pihak polis dan FRU. 15 buah trak FRU berserta trak water canon dengan pasukan kira-kira 200 anggota dikerah menghalang laluan ke lokasi ceramah.
Pihak polis memberi arahan menghentikan ceramah ketika calon PAS-PR P.59, Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin sedang memberikan ucapan.Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan tiba di lokasi ceramah pada jam 9.45 malam, disyorkan oleh petugas keselamatan Pakatan Rakyat supaya tidak meneruskan perjalanan ke kampung Sungai Tinggi. Beliau hanya sempat sampai di pekan Trong ketika dimaklumkan bahawa pasukan polis dan FRU telah menghalang laluan ke lokasi ceramah.

Orang ramai yang hadir amat kecewa dengan tindakan tidak menasabah pasukan polis dan FRU. Majlis penerangan itu boleh berjalan dengan lancar kerana diadakan di bangunan markaz yang besar dan halaman yang luas. Kelancaran lalulintas berdekatan kawasan itu juga tidak terganggu disebabkan kawalan keselamatan jalanraya yang baik oleh pasukan Unit Amal.
[Read More...]


Buku minggu ini: Felda, dulu tolong sekarang along.



al-Bakri fil Muar,

Minggu ini ada sebuah buku yang menarik untuk dibaca karangan saudara Mazlan Aliman Presiden Anak.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mahu Felda menunaikan tanggungjawab sosial sebagai agensi yang bertangungjawab menjaga kebajikan peneroka bukanya sebagai badan korporat yang mementingkan keuntungan semata-mata.

Katanya, Felda sudah tergelincir jauh daripada landasan asal penubuhanya sebagai agensi kerajaan bukanya entiti perniagaan. Justeru Felda sebagai agensi kerajaan ia menerima banyak peruntukan daripada wang rakyat. Sehingga tahun 1997, kerajaan telah menyalurkan RM7.8 billion kepada Felda ini tidak termasuk pinjaman daripada Bank Dunia berjumlah RM4 billion yang telah dilangsaikan pembayaranya pada tahun 1996.

Felda, dulunya adalah agensi kerajaan dibawah Kementerian Kemajuan Tanah dan Wiayah kini diletakkan sepenuhnya dibawah Timbalan perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Razak.

Perubahan ‘Tuan’ Felda turut mengubah strateginya sehingga ia menjadi tempat pihak tertentu mencari ‘makan’. Akhirnya peneroka menerima padahnya.

Perubahan polisi negara daripada pertanian kepada Industri turut mengubah strategi Felda terutama dibawah pemerintahan Tun Mahathir Mohamad apa ia mahu Felda mencari sumbar sendiri. Dasar korporat yang ambil Felda memberi pulangan hasil lumayan tetapi ia mengikis hak peneroka dan mungkin menjadi malapetaka kepada peneroka.

Felda berkembang pesar dan menjadi agensi kerajaan kedua terkaya selepa petronas, Ia menjadi umpama bank yang menawarkan pelbagai skim pinjaman dengan kadar Faedah yang tinggi kepada peneroka.

Matlamat asal Felda hendak menolong peneroka, kini berubah menjadi seperti laksana Along pula, kata Mazlan didalam buku terbarunya bertajuk Felda … Dulu Tolong sekarang Along !.
Buku setelah 98 muka surat itu mengandungi 18 bab dengan tajuk seperti berikut; sejarah penubuhan Felda, Felda Hari ini, Akta penempatan beramai-ramai 1960 dan implikasinya kepada peneroka, Jadual tetap pembayaran kembali rancangan kelapa sawit, Layanan Felda terhadap peneroka, potongan yang dikenakan oleh Felda, perbezaan harga sawit dan getah Felda dengan swasta.

Bab lain bertajuk, Mengapa peneroka enggan menyerahkan kerja tanaman semula kepada Felda, Tanaman semula secara persendirian, Pinjaman sara hidup, Pinjaman perumahan, Felda Plantatitons ; kini dan masa depan, Peranan badan-badan Felda perlu dikaji semula.
Bab seterusnya, Siapa terhutang budi, peneroka atau Felda?, Generasi baru (kedua) Felda yang diabaikan, masalah sosial di tanah rancangan Felda. Persatuan anak peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dan bab terakhir Impian dan Harapan peneroka.

Menurut Mazlan, peneroka harus berhati-hati dengan Felda kerana terdapat beberapa perjanjian diantara peneroka dengan Felda didapati memberikan kelebihan kepada angesni berkenaan.

Beliau menyebut antaranya itu ialah perjanjian pinjaman perumahan peneroka – Felda, didalamnya terdapat satu fasa yang sangat berbahaya iaitu jika peneroka gagal mengemukakan penjamin pemohon hendaklah menandatangi perjanjian penyerahan kuasa kepada Felda untuk menguruskan kebunya.

Ini bermakna jika peneroka gagal membayar balik pinjaman kepada Felda, berkemungkinan kebun milik peneroka boleh bertukar tangan kepada angensi tersebut.
“ini sangat berbahaya dan saya minta semua pihak mengkaji semula fasa ini demi kepantingan masyarakat peneroka keseluruhanya,” kata beliau.

Buku Felda…. Dulu Tolong Sekarang Along ini telah dilancar baru-baru ini oleh Tuan Guru Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul hadi Awang di Johor dan Mazlan sendiri melancarkan bukunya itu di Bera dan Bandar Jengka, kini berada di pasaran.
Mereka yang berminat untuk mendapatkan buku ini bolehlah lah berhubungan dengan penulisnya Mazlan Aliman ditalian 013 -713 0103.
[Read More...]


Penjelasan Keadaan Nik Nur Madihah



Assalamualaikum,
Seorang blogger menyatakan seperti berikut;

Seharusnya kejayaan dan ketabahan Nik Nurmadiah harus diteladani oleh kita semua.Mengenangkan kepada pelajar ini dan melihat keadaan rumahnya menyebabkan Murai menjadi emosi lagi. Apakah kehidupan keluarga ayahnya Nik Mohd Kamal Hussein tidak diepdulikan sesiapa? Murai percaya kalau bukan kerana kejayaan anaknya itu dunia tidak mengenali Mohd Kamal. Dan Mohd Kamal akan kekal hidup dalam keadaanya itu mungkin selama-lamanya.

Ummu Abbas: Pertama kali membaca komen ini, saya berhipotesis bahawa ibu bapa Nik Nur Madihah tentunya insan yang tabah dan tidak suka meminta-minta atau mengadu kepayahannya kepada orang lain. Justeru anaknya terikut-ikut sikap tersebut sehingga terdapat gurunya sendiri tidak mengetahui kehidupan daif Madihah. Saya mengesan perkara ini lewat laporan Utusan,

Katanya (ibu Madihah-p), biar susah bagaimana sekali pun, anak sulung daripada empat beradik itu tidak pernah merungut.

Malah Nik Nur Madihah, menurutnya, melalui semua kepayahan itu dengan tabah dan menerimanya sebagai cabaran untuk berusaha dengan lebih keras.”

Hasil kunjungan saya ke rumah Nik Nur Madihah pagi tadi membuktikan perkara tersebut. Madihah mengiyakan bahawa ayahnya tidak suka mengadu kesusahannya kepada orang lain. Mereka lebih suka berusaha sendiri serta qanaah dengan apa yang Allah rezekikan buat mereka sekeluarga.

Pergantungan mereka hanya kepada Allah Yang Maha Memberi Rezeki. Seorang nelayan dan isteri yang tidak berpelajaran tinggi tahu membawa diri berpandukan agama Islam yang mereka cintai. Bandingkan dengan mereka yang ber’sijil’ tinggi, berjawatan seperti wakil rakyat atau exco yang gajinya beribu-ribu sebulan namun masih tamakkan harta yang Allah haramkan buat mereka seperti rasuah, riba, rompak harta rakyat dan lain-lain. Mereka tidak takutkan Allah, akibatnya hidup mereka dihina serta maruah mereka diinjak-injak.

Seorang nelayan yang takutkan Allah hari ini dikenali seluruh negara dan mendapat ‘durian runtuh’ yang halal apabila mendapat hadiah rumah dari Kerajaan Negeri Kelantan, wang beribu-ribu ringgit, tajaan biasiswa dari pelbagai pihak untuk anaknya. Bukankan Allah itu tidak memungkiri janji-janjiNya? Hamba yang menahan diri dari rezeki yang haram dan daripada meminta-minta sesama manusia sekian lama telah terbuka pintu rezeki yang Allah janjikan tanpa disangka-sangka.

Saya sempat menyebut ayat 2 dan 3 surah al-Talaq semasa berbual dengan mereka yang bermaksud,
Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan menunjukkan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah). Sesiapa berserah diri sepenuhnya kepada Allah, maka cukuplah Allah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).”

Ayat ini juga dikenali dengan ayat 1000 dinar.

Saya sempat memerhati dua orang pegawai dari sebuah agensi kerajaan yang berpakaian segak bercakap dengan nada hormat dengan ayah Madihah dan Madihah sendiri. Mereka datang menyampaikan surat jemputan berceramah tip-tip belajar ke satu program anjuran agensi. Berbeza benar dengan layanan yang diterima oleh ADUN-ADUN lompat di Perak dan yang sewaktu dengannya dari rakyat marhaen.

Saya dimaklumkan, Madihah dan kedua ibubapanya juga mendapat tawaran menunaikan umrah oleh Hijaz Travel. Mereka dijangka berangkat pada 16 April 2009 selama 12 hari. Masya Allah, Allah bukan sahaja mengurniakan mereka nama baik, rumah dan wang, bahkan Allah juga telah sudi menjemput mereka menjadi tetamuNya di Baitullah. Moga Allah melipat gandakan lagi rezeki Hijaz Travel. Tiadalah sesuatu yang disedekahkan oleh hambaNya kecuali Allah lipat gandakan lagi rezekinya. ( Jangan lupa derma untuk pilihanraya kecil nanti ye…)

Apa yang tambah menyedihkan Murai ianya berlaku di negeri Murai sendiri, negeri Kelantan. Negeri tempat Murai bermanja dan berkasih! Negeri berkenaan diperintah oleh parti islam. Yang merujakan, keadaan semacam kontras dengan apa yang diucapkan. Kerajaan Kelantan adalah kerajaan berkebajikan. Blogger

Saya tidak pernah mendapat biasiswa dari mana-mana agensi cuma sumbangan yang diberikan oleh guru-guru melalui Cikgu Razali sebanyak RM200 sebulan. – Petikan berita Utusan (www.utusan.com.my )

Ummu Abbas:
Sebenarnya Madihah beritahu wartawan bahawa dia mendapat bantuan YAKIN yang disalurkan melalui sekolah. Kerajaan Negeri Kelantan menyalurkan bantuan pelajaran melalui YAKIN (Yayasan Kelantan Darul Naim) kepada anak-anak Kelantan yang memerlukan.
Semasa belajar di Jordan, saya sendiri pernah mendapat pinjaman YAKIN dan alhamdulillah sudah selesai melunasi semua pinjaman. (Boleh lawati http://yakin.kelantan.gov.my/ )
[Read More...]


Laporan Polis risalah fitnah.



BUKIT GANTANG :
Satu laporan polis mengenai risalah berunsur fitnah dan provokasi yang dicetak dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab di sekitar Parlimen Bukit Gantang telah dibuat oleh ADUN Titi Serong telah dibuat di Balai Polis Changkat Jering sekitar jam 5.15 petang tadi.


Ulasan:
Satu risalah diedarkan untuk memburukkan nama Pas dengan harapan menjatuhkan nama Pas. Ada logik akalkah kalau kita ingin bertanding dalam pilihanraya ini kalau pihak Pas yang mengeluarkan risalah ini.
Jadi ini mungkin kerja pihak yang tidak bertanggungjawab.
Kate orang Kuale "... ate kome ade akel, pikior ler baik-baik......"
[Read More...]


Polis halang ceramah di Bukit Gantang??



Gambar polis halang ceramah yang tidak jadi, macam nyamuk serang kelambu tidak berpenghuni.

BUKIT GANTANG : Sebelum sembahyang maghrib sebentar tadi saya sempat untuk mengambil gambar suasana di hadapan tapak ceramah yang dihalang oleh pihak keselamatan. Kelihatan hampir 30 kenderaan yang mengangkut pasukan keselamatan bagi mengawal ceramah yang tak jadi itu.
Apa sudah jadi ceramah dipindah tempat lain namun polis tetap tunjuk kekuatan untuk menghalang ceramah itu. Macamlah nyamuk menyerang kelambu namun di dalamnya tiada pun orang tidur....
[Read More...]


'Khir Toyo suruh saya cari Lutfi'



"...saya memang orang kuat dia dan memang saya disuruh cari Lutfi. Khir Toyo siap cabar lagi..."

Penolong Pengarang Harakahdaily AZAMIN AMIN dan jurugambar NASIR SUDIN)baru-baru ini bersua muka dengan suami Senator Datin Paduka Norhayati Onn, Ir Mohd Suffian Abdul Aziz membicarakan salah laku moral isterinya, isu politik wang dan bekas Menteri Besar Selangor Dato' Seri Khir Toyo. Sembang-sembang santai dengan bekas Ketua Pemuda UMno Klang itu mengambil tempat di salah sebuah hotel di ibu negara 12 Mac lalu.

[Read More...]


MEMORANDUM KEPADA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) NEGERI JOHOR




10 Mac 2009 (Selasa) –

Pada 16 Mac 2004 Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM) telah membuat tangkapan terhadap dua orang yang bernama Azman bin Abd Rahman dan Abd Rahim bin Adlan bertempat di No. E2 Felda Sg. Sayong, Kulai kerana disyaki terbabit merasuah calon PAS N35 DUN Pasir Raja iaitu En. Sanip bin Ithnin. Akuan sumpah telah dibuat oleh En. Sanip bin Ithnin pada 17 Mac 2004. Saksi-saksi telah dipanggil oleh BPR (kini SPRM) untuk membantu siasatan. Pihak BPR (kini SPRM) telah berulangkali berjanji untuk membuat siasatan segera secara telus dan terperinci terhadap kes ini.
Memorandum kepada Perdana Menteri telah dikemukakan, surat susulan kepada BPR Putrajaya (kini SPRM) telah dihantar, Saman Pemula kepada Peguam Negara bertarikh 13.7.2006 di Mahkamah Tinggi Johor Bahru telah dilakukan dan pelbagai ikhtiar telah dibuat. Walaubagaimanapun PAS merasa sangat kecewa kerana setelah 5 tahun berlalu, tidak diketahui apa-apa perkembangan mengenai kes tersebut.





Pada 6 November 2008, Yang DiPertua PAS Kawasan Kota Tinggi, Hj. Kamaldin Hj. Tahir telah membuat laporan kepada BPR (kini SPRM) berupa aduan terhadap Dato’ Seri Syed Hamid Albar, Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi. Ia berkait rapat dengan dokumen setebal 34 mukasurat mengenai tuduhan rasuah, lengkap dengan akuan bersumpah membabitkan Dato’ Seri Syed Hamid Albar.


Badan Perhubungan PAS Negeri Johor merasa bertanggungjawab untuk :-
a) Memenuhi hasrat YAB Perdana Menteri untuk mempastikan kecekapan SPRM,
b) Memenuhi kehendak rakyat yang mahu melihat SPRM sebuah badan yang benar-benar bebas, cekap dan telus,
c)Membersihkan nama baik bekas calon PAS N35 DUN Pasir Raja, En. Sanip bin Ithnin yang kini uzur,
d) Membersihkan nama baik bekas calon Barisan Nasional N35 DUN Pasir Raja Dato’ Halimah Sadique yang kini menjadi Ahli Parlimen Tenggara,
e)Membersihkan nama baik pengundi-pengundi N35 DUN Pasir Raja,
f) Membersihkan nama baik Dato’ Seri Syed Hamid Albar,
g)Memenuhi kehendak rakyat untuk melihat pemimpin yang bersih daripada gejala rasuah,
h)Memenuhi kehendak rakyat untuk melihat keadilan benar-benar berlaku di Negara ini.

TUNTUTAN
1) Mengumumkan segera perkembangan siasatan kedua-dua kes di atas,
2) Membuat pendakwaan segera jika ada bukti terhadap tuduhan.


BPR telah berwajah baru dan bertukar nama kepada SPRM. Penambah baikkan telah dilakukan dengan penambahan anggota, kuasa pendakwaan, penubuhan beberapa jawatankuasa pemantau/teknikal/penasihat dan lain-lain untuk mempertingkatkan keupayaan SPRM. SPRM mesti benar-benar berkesan dan tidak retorik. Siapapun harus dikenakan tindakan tanpa sebarang pendakwaan terpilih. Inilah masanya untuk buktikan kepada rakyat yang selama ini sangat prejudis kepada SPRM. Jika tiada perubahan, ia sesuatu yang malang bagi rakyat Malaysia yang mengidamkan sebuah Negara TANPA RASUAH!

Yang menjalankan amanah,
MAZLAN BIN ALIMAN
KETUA PENERANGAN PAS JOHOR
AJK PAS PUSAT

Pas Johor
[Read More...]


Deputy Minister whacked me!




Lagi cerita, klik disini

[Read More...]


Komen-komen PPSMI



Al-Bakri fi Muar

Assalamualaikum,
Semasa melayari dari satu blog ke satu blog yang lain, saya baca beberapa komen dari pengunjung dilaman web tersebut. Apa yang ditulis oleh mereka macam serupa dengan pandangan saya.


Sila ikuti tulisan mereka:

Komen #1
Aku tambah sikit lagi. Gubal semula syllabus bahasa inggeris, jadikan ia bersifat komunikatif bukannya macam sekarang..pelajar duk mendengar aja tapi tak pernah diberi laluan bercakap bahasa inggeris! kalau tidak dapat dihapuskan peperiksaan di peringkat rendah, pastikan ujian lisan dalam bahasa inggeris diambil kira dalam pemarkahan supaya guru-guru terpaksa mengajar lisan. Sekarang ini tiada ujian lisan makanya tidak ada keperluan bagi guru mengajar murid bercakap bahasa inggeris, murid hanya mendengar dan menulis, menulis, menulis....
Komen #2
Teman minat dgn cadangan #10 tu. teman rasa generasi budak2 sekarang byk yg belajar sbb mak bapak mahu depa pandai dan dapat #1 dlm exam. teman percaya ramai tak tahu nape deme perlu belajar bahasa, sejarah, geografi, agama sains, math dll. kalau deme minat satu2 subjek pun mungkin ada sbb2 deme sendiri.
Teman dulu masa sekolah rendah cuma minat sejarah dgn geografi. sains dgn math walaupun senang pada teman tapi takde minat utk menyukai subjek tersebut. english jgn cakap le muahahahahapada teman masalahnya sbb teman tak tahu apa pentingnya subjek tersebut. sampai le teman masuk sekolah sains pun masih sejarah subjek yg teman paling suka.
Hinggalah form masa kelas sains paduan cikgu ni benar2 buat mata dan hati teman terbuka utk meminati sains. dia cuma bertanya kenapa gelas yg mengandungi ais pada tengahari yg panas mempunyai titis2 air diluarnya?teman pun terkedu. takkan nak jawab air dlm gelas menembusi gelas tersebut muahahahahaha.
Apabila cikgu tersebut menerangkan proses kondensasi terus teman rasa kagum dgn sains.dari situ minat teman dgn kimia terus mendalam hinggalah graduate. dgn english teman berterabur di universiti pun takde masalah nak baca rujukan dlm english. kebanyakan buku kimia teman beli pun dlm english.pada teman bahasa cuma medium utk belajar. walaupun penguasaan bahasa itu sederhana tidak menghalang utk kita belajar dan membuat rujukan.tetapi penguasaan bahasa penting utk kita berkomunikasi dgn berkesan. kalau english tunggang langgang memang susah dan segan nak bercakap.kalau mahu pandai dlm sains dan math gunakanlah cara yg betul utk mengajar subjek tersebut. bahasa hanyalah medium.kalau mahukan penguasaan english yg baik utk memudahkan pelajar berdepan dgn dunia pekerjaan ajarlah english dgn cara membuatkan mereka minat utk bercakap menulis dan mendengar dlm bahasa tersebut.jangan nanti pelajar hanya pandai dlm sains dan math kerana belajar dlm english tapi tak pandai berkomukikasi dlm english muahahahaha
Komen#3
It true? miss-pening? wow..great, we're gonna have this guy as our PM, how great!! ready to be his slave man..cadangan ni memang menarik wpun ada yang munkin kena ambik masa nak buat, nak tunggu PRU13 pun rasa lambbaaat sgt,..
Saya setuju yang keputusan peperiksaan sekrg amat diragui kualitinya bukan apa saya ambil SPM 18 thn lepas, nak dapat A memang susah, kalau tak dapt A1 atau A2 at least we fight for the best credit tp sekrg ni dpt A..A mcmmana? berapa markah tanda aras dia, itu bermakna Lembaga Peperiksan boleh suka suka hati menentukan ranking markah dorg dapat, so kalau nak tunjuk bebudak ni pandai turunkan jelah peratus utk dpt A, maknanya nampaklah yang peratus A dan lulus tu meningkat..
Dari dulu saya curiga keputusan UPSR tahun lepas sbb anak saya salah seorg darinya (yang menjadi mangsa eksperimen)..ikut periksa biasa takdelah bagus sgt tapi tetiba dapt 5A, saya terkejut tapi yelah syukur Alhamdulillah
Catatan blogger
'... Sebelum PPSMI dilaksanakan,wujud dua kumpulan:
1-pelajar yang minat sains
2-pelajar yang tidak minat sains.
.....Selepas PPSMI dilaksanakan,tiga kumpulan pula terbentuk:
1-pelajar yang minat sains dan mahir Bahasa Inggeris,
2- pelajar yang minat sains dan tidak mahir Bahasa Inggeris dan
3- pelajar yang tidak minat sains dan tidak mahir Bahasa Inggeris.
Jadi disini apa yang perlu kerajaan lakukan adalah dengan menyeru guru-guru subjek Bahasa Inggeris memberi penekanan lebih ketika mengajar subjek Bahasa Inggeris ketika di dalam bilik darjah,dan bukannya mengubah bahasa pengantar Sains dan Matematik dalam Bahsa Inggeris. Pernah guru Bahasa Inggeris saya yang berbangsa India ketika pengajian saya di Matrikulasi mengatakan,yang mana beliau tidak menyokong sama sekali PPSMI .PPSMI ini sebenarnya membunuh masa depan orang-orang melayu di kampung-kampung dan luar Bandar. Abang saya merupakan seorang guru subjek sains dan isterinya pula guru matematik,dan apabila saya bertanya kepada mereka tentang PPSMI, mereka juga menentang dan mengatakan para pelajar sukar untuk faham perkara asas subjek Sains dan Matematik dan menyebabkan kurang minat mereka terhadap Sains dan Matematik.
Skor A mereka bukan kerana mereka betul-betul faham asas-asas dalam Sains dan Matematik itu,sebaliknya hanya kerana ingin lulus peperiksaan awam.Jangan kita memberi alsan kita tidak akan maju jika tidak melaksanakan PPSMI kerana sejarah telah membuktikan sesiapa sahaja maju walaupun menggunakan sebagai bahasa pengantar.HAPUSKAN PPSMI!!
Ada lagi komen:
Dari mula-mula pelaksanaan lagi ramai bijak pandai yang tidak setuju dengan PPSMI ni. Prof. Diraja Ungku Aziz pun dah kata bahawa seseorang itu perlu belajar memahami bahasa dahulu baru untuk memahami ilmu. Bukan belajar ilmu untuk faham bahasa. Hanya orang yang tak bijak pandai je yang sokong.
Lagi komen:
Assalamualaikum.
Isu pembelajaran Matematik dan sains dalam bahasa Inggeris hangat diperkatakan terutama selepas perarakan raksasa tempoh hari. Saya bersetuju dengan pendapat penulis dalam isu ini.
Saya adalah graduan dalam bidang biologi. Sepanjang pembelajaran di universiti, saya telah mengikuti kuliah di universiti sekitar tahun 89- 92 di universiti yang ditubuhkan untuk memperkasakan bahasa melayu. Tidak ada masalah bagi pelajar mengikuti kuliah dalam bahasa melayu.
Malahan pada masa itu buku-buku akademik dalam bidang biologi sekuranr-kurangnya telah banyak diterjemahkan oleh pensyarah-pensyarah dan dijadikan teks kuliah. Tidak kurang juga pensyarah-pensyarah yang menulis sendiri buku akademik dan dijadikan teks kursus.
Terdapat juga pensyarah yang menulis buku-buku dan diterbitkan oleh DBP. Ini menjana pendapatan tambahan kepada pensyarah dan ini juga menjana penkayaan khazanah buku ilmuan dalam bahasa melayu. Saya sebagai pelajar/ mahasiswa merasakan ilmu dapat ditimba dengan lebih baik menggunakan bahasa ibunda.
Masalah berlaku bila nak buat projek dan mendapatkan rujukan tambahan tapi itu bukannya salah bahasa Melayu yang dijadikan bahasa pengantar, tetapi kegagalan pelajar untuk menguasai bahasa Inggeris. Apa yang hendak ditakutkan sangat kerana pada masa itu usaha untuk meMelayukan istilah-istilah sains telahpun dilakukan.
Apabila bahasa pengantar pembelajaran sains dan matematik ditukar kepada bahasa Inggeris, saya juga terkena tempias kerana pada ketika itu, saya telah 6-7 tahun memberikan khidmat tusyen bagi pelajaran matematik dan sains. Dua tahun sebelum dilaksanakan sepenuhnya saya telah cuba mengsiapkan diri. Alhamdulillah saya berjaya melepasi cabaran itu hingga sekarang.Namun saya kasian melihat pelajar melayu yang kebanyakannya terhegeh-hegeh dalam mengikuti pelajaran berbanding dengan orang bukan melayu melayu.
Ada pelajar melayu yang dapat mengikuti pelajaran dengan baik dan mereka adalah mereka yang menguasai bahasa inggeris dari awal lagi.Kesimpulannya, asas bahasa inggeris yang perlu diberikan kepada pelajar bukannya memaksa pelajar memahami pelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris. Akibatnya "yang dikejar tak dapat , yang dikendong berciciran".
Sekian, wassalam.
Ini komen dari saya:
Sejak dibangku sekolah dari darjah 1 hinggalah tingkatan 5, B.Inggeris adalah salah satu subjek yang diajar. Lama tu..... 11 tahun.... tapi apa hasilnya.... terutama bab komunikasi? Kurang berkesan.
Bila masuk guru BI, buka buku kemudian baca (bab baca ini orang Melayu tidak ada masalah sangat) kemudian buat latihan. Kemudian ujian.. itulah "routine" pelajar-pelajar di Malaysai di zaman saya dahulu.
Apa yang boleh saya simpulkan ialah kaedah pengajaran bahasa Inggeris kurang berkesan DAN sepatutnya KAEDAH mengajar bahasa Inggerislah yang perlu diperbaiki. Maka jika kaedah pengajaran bahasa itu sendiri berkesan, saya rasa tidak ada masalah bagi pelajar-pelajar untuk merkomunikasi semasa temuduga nanti....
Wallahualam.
[Read More...]


JKM tolak permohonan OKU kerana ditandatangani oleh wakil rakyat pembangkang



Al-Bakri fil Muar
9 Mac 2009

Assalamualaikum!, Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w dan keluarga baginda serta para sahabat.
Sempena dihari kelahiran junjungan Nabi Muhammad s.a.w, marilah kita menyoroti sifat-sifat mulia baginda hatta kepada warga bukan Islam. Sifat-sifat ini telah ditulis dan diajarkan kepada pelajar-pelajar Melayu Islam. Kisah bagaimana Nabi Muhammad s.a.w memberi wang zakat kepada orang Yahudi yang ingin berjinak-jinak dengan Islam dan sebagainya.
Tapi apa kaitan dengan tajuk diatas?

Apa yang saya ingin nyatakan disini betapa sifat-sifat Rasullulah ini boleh dikatakan hampir tidak ada terutama kakitangan kerajaan yang dibayar gajinya dari wang cukai yang dikutip dari rakyat. Malah peruntukkan pun dikutip dari wang rakyat. Beginilah sikap dan tauladan yang tidak dianjurkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. Cuma ingin diingatkan bahawa tanggungjawab mereka terhadap rakyat perlu dijalankan tanpa memilih.

KUANTAN -
Apa sudah jadi dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang sebenarnya.

Sebelum ini Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh (foto) pernah mengadakan satu pertemuan empat mata dengan Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob di pejabatnya. Dalam pertemuan yang mencetuskan "kontroversi" itu, MB Pahang dilaporkan akan memberi kerjasama yang sebaik mungkin kepada wakil rakyat terbabit dalam hal-hal yang berkaitan dengan rakyat di kawasan parlimen Kuantan.
Janji itu juga turut diluahkan oleh dua orang ADUN dalam kawasan parlimen Kuantan yang berstatus Exco iaitu YB Shafik Fauzan (ADUN Inderapura) dan YB Wan Adnan Wan Mamat (ADUN Tg.Lumpur) dalam pertemuan singkat yang turut diadakan pada hari yang sama.
Namun kini segalanya tinggal kenangan semata-mata. Janji manis yang pernah diucapkan ternyata "omongan kosong" yang hanya "indah khabar dari rupa". Ianya berkaitan tindakan kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat yang secara "jujur dalam paksa" menolak semua permohonan anak-anak orang kurang upaya (OKU) yang mendapatkan bantuan dari beliau, hanya kerna beliau adalah wakil rakyat pembangkang.

Laporan ini telah disiarkan dalam Sinar Harian Pahang :-
Keratan muka depan ahkbar Sinar Harian Pahang berkenaan perkara iniMenurut YB Fuziah, beliau amat kecewa apabila niat murninya untuk membantu permohonan tersebut ditolak bulat-bulat oleh pihak JKM. "Ini amatlah merugikan, borang yang sudah ditandatangani oleh saya dikatakan tidak laku kerana saya YB pembangkang. Malah pegawai di jabatan terbabit juga turut menegaskan akan menolak borang bantuan tersebut kerana tandatangan beliau dikatakan tidak sah. Malah pemohon telah diberikan borang baru dan diminta mengisikan semula borang berkenaan serta mendapatkan tandatangan dari wakil rakyat dari Barisan Nasional" katanya.


Perkara ini telah dibangkitkan oleh YB Fuziah Salleh dalam sessi perbahasan parlimen pada hari Khamis lalu. "Saya telah mempersoal dan mahu mendapatkan penjelasan daripada Puan Shamsiah iaitu Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Pahang. Namun, beliau secara jelas mengatakan arahan tersebut adalah daripada pihak kementerian sendiri. Pada hari yang sama pegawai khas saya, Saudara Sim Chong Siong telah pergi ke pejabat JKM Pahang dan membuat kenyataan media berhubung hal ini" tambah beliau lagi.
Kami difahamkan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuantan iaitu Encik Hamizan turut mengakui kebenaran berkenaan tandatangan wakil rakyat pembangkang sememangnya tidak sah.
Ini komen dari sahabat:
"Khabarnya di USA lepas abih jer pemilihan Presiden semua ahli2 politik akan sibuk bekerja keras utk buktikan siapa yg lebih baik berkhidmat utk rakyat (majoritinya politician bukan Islam). Tp ahli2 politik Malaysia nie tak kira sebelum pilihanraya ke, semasa ker hatta selepas pilihanraya pun sibuk bersengketa/bermusuhan cari peluang nak jatuhkan lawan masing2 (especially yg Islam). Penyudahnya rakyat jugak yg jadi mangsa, kesian... Tak bole ker mereka ni bekerjasama utk kebajikan rakyat? Mustahil atau susah sgt ker?? "
[Read More...]


Masjid Aqsa bakal runtuh tidak lama lagi ?




Jumaat, 06/03/2009 - Penggubal undang-undang Palestin dan pengerusi jawatankuasa Baitulmuqaddis dalam PLC, MP Dr Ahmad Abu Halabia menyatakan pengumuman Israel untuk menggali dua terowong di bawah Masjid Aqsa merupakan “ujian untuk orang Arab dan umat Islam”.

Dalam satu temubual dengan PIC pada Rabu lalu, Abu Halabia menerangkan bahawa usaha-usaha Israel itu untuk meyahudikan segera bandar itu akan diperhebatkan lagi termasuk memusnahkan lebih banyak kediaman Palestin dan memaksa ramai keluarga keluar dari bandar tersebut.

Beliau menekan penggalian Israel di bawah makam ketiga paling suci untuk umat Islam sudah sampai ke peringkat mencemaskan dan mula untuk mengancam asas masjid itu
penterjemah : hijjaz79
[Read More...]


Kisah Abu Jahal sewaktu kelahiran Rasulullah s.a.w.



Al-Bakri fil Muar
9 Mac 2009

Selamat menyambut kelahiran baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Sewaktu berita kelahiran baginda, antara orang yang paling gembira ialah Abu Jahal. Kerana gembira tidak terkira Abu Jahal telah mengorbankan beberapa ekor unta. Itulah antara sikap Abu Jahal semasa kelahiran Nabi Muhammad (s.a.w).
Tetapi apabila baginda menyampaikan dakwah Islam kepada Abu Jahal, dialah antara yang menentang bak kata "orang glokal" sekarang yang paling "vocal".

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :
مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا. وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا.

Maksudnya:
Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kebenaran, dia mendapat ganjaran pahala sama seperti ganjaran pahala orang-orang yang mengikuti ajakannya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka.

Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, dia mendapat dosa sama seperti dosa orang-orang yang mengikutnya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.
Hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Adakah anda mempunyai sifat-sifat Abu Jahal?

Kita sayangkan Nabi Muhammad s.a.w tetapi mengapa masih hendak meminggirkan apa yang nabi telah sampaikan?

Berikut adalah ucapan dari Dato Seri TG Abdul Hadi Awang:

Tidak ada guna menyambut mauludul rasul dengan dalam masa yang sama menipu diri sendiri.
Antaranya kewajipan dalam politik. Di mana ada yang mengatakan politik bukan dari ajaran Islam. Kata TG. Hj. Abdul Hadi.
Beliau juga berkata sekiranya kita membaca sirah Nabi adalah peristiwa besar Rasulullah berpindah untuk mendirikan sebuah kerajaan iaitu politik, dengan makna mentadbir dan memerintah. Untuk menunaikan kewajipan memerintah negara.
Pilihanraya adalah tanggungjawab memilih pemimpin yang didengar dan dilihat oleh Allah SWT. UMNO telah membudayakan rakyat menjadi bodoh dengan menggunakan media untuk sebelah pihak sahaja.
Natijahnya rakyat dipendalaman tidak faham makna pilihanraya. Mereka tidak tahu untuk menghukum kerajaan yang salah. Mereka faham piliharaya adalah jalanraya. Sehingga kita tak sedar UMNO melakukan kesilapan yang besar.
UMNO telah melakukan banyak kesilapan kepada Islam, dengan menggambarkan Islam secara salah.Rakyat Bukit Gantang diberi peluang untuk mengajar rakyat lain apa makna demokrasi. Kita meminta rakyat Bukit Gantang memilih pakatan Rakyat. Almarhum ahli parlimen sebelum ini telah menunjukkan sikap sebagai wakil rakyat yang baik. Kita akan meletakkan calon yang berwibawa dan pilihlah kami sekali lagi, seru Presiden PAS.


[Read More...]


Anggota Unit Amal kena belasah dengan Polis baju Biru



Al-Bakri fil Muar
9 Mac 2009

Selamat menyambut Mualidur Rasul, selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w., keluarga baginda dan para sahabat.

Pagi ini saya menjelajahi web-web dan blog-blog, terjumpa satu video klip yang menunjukkan anggota Unit Amal kena belasah dengan polis. Semasa menonton video klip tersebut timbul perasaan yang benci sangat dengan anggota polis dan kasihan juga dengan anggota Unit Amat tersebut, beliau kelihatan tidak melawan tetapi pihak yang berkenaan terus sahaja membelasah beliau. Beginikah slogan polis Mesra, cekap... entah apa lagi.

Kami tahu ada ramai juga anggota polis yang baik-baik tetapi disebab segelintir rosak semua anggota berbaju biru.

Mengapa pihak polis sikap memilih jika pihak satu lagi berkumpul dan berdemo tidak ada tindakan sebegini dilakukan.

Marilah semua rakyat Malaysia terutama yang sayangkan bahasa Melayu berdoa agar kezaliman ini dapat dihentikan.




Bahasa menunjukkan bangsa

Klik disini Unit Amal dibelasah Polis
[Read More...]


Video demo Gerakan Mansuh PPSMI



[Read More...]


Bukti UMNO Tidak Komited Pertahan Bahasa Melayu



[Read More...]


Gambar-gambar sekitar bantah PPSMI







Sebentar tadi RTM melaporkan seramai 5000 orang tapi dari gambar diatas lebih dari 5000 orang. Memang dah dasar berat sebelah, nanti kita tunggu pula apa ulasan TV3 pulak. Agaknya lepas ini RTM/TV3 kenalah siarkan ulasan dalam bahasa Inggeris sebab dah sokong penggunaan bahasa penjajah dalam subjek Matematik dan Sains.
Well, from studio live telecast we bring to you the latest update on the demonstator in Kuala Lumpur.... begitulah agaknya. Bayangan saya.....
TOLAK PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM MATEMATIK DAN SAINS.




[Read More...]


UMNO Perosak Bahasa.....




Al-Bakri Fil Muar
7 Mac 2009

Sejarah telah melakarkan kisah bagaimana bahasa Melayu yang dimasa dahulu menggunakan tulisan Jawi. Apa yang amat dikesalkan ialah tulisan Jawi telah diperkecilkan peranannya dan ditukar ke tulisan Rumi.

Siapakah yang bertanggungjawab? Sejarah telah terlakar menunjukkan kerajaan BN dibawah teraju utama UMNO harus dipertanggungjawabkan.

Sekarang sejarah lama telah berulang semula tetapi kali ini bahasa Melayu pula dikecilkan peranannya dalam pengajaran Matematik dan Sains.

Saya ada membaca komen-komen dari pembaca sebuah akhbar berbahasa Melayu yang menyokong menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran subjek matematik dan sains. Mungkin mereka yang memberi komen atau akhbar itu sendiri tidak sedari bagaimana akhbar tulis Jawi (Utusan Melayu, Utusan Zaman and majalah Warta - sumber Bernama) telah tidak lagi menerbitkan akhbar malah dah tidak ada lagi dalam edaran. Kesannya dapat kita perhatikan sekarang, tidak ramai yang boleh membaca tulisan Jawi. Juga kesan kepada mereka terhadap pembacaan al-Quran kepada generasi muda sekarang.


Tulisan Jawi (توليسن جاوي) adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Sumber- Tulisan Jawi

Jadi cuba bayangkan apakah yang akan terjadi setelah peranan bahasa Melayu diperkecilkan, sudahlah dalam perundangan menggunakan bahasa Inggeris, sekarang Matematik dan Sains pula diajar dalam bahasa Inggeris.


Mungkin siapa yang tahu suatu masa nanti akhbar berbahasa Melayu hilang dalam negara. Lihat sahaja di negara maju dan berteknologi tinggi seperti Rusia, Britain, Perancis, Jerman, Jepun dan terbaru Korea Selatan. Kesemuanya menggunakan bahasa masing-masing dalam subjek Matematik dan Sains kerana lebih mudah untuk memberi kefahaman dalam subjek tersebut berbanding bahasa asing.

Saya suka tekan agar subjek bahasa Inggeris itu diperkasakan lagi. Sejak dari darjah 1 hinggalah tingkatan 5, subjek bahasa Inggeris diajar tetapi mengapakah kebanyakan masih lemah menguasainya? Jadi kaedah pengajaran bahasa Inggeris itu perlu diperbaiki. Malah semasa sekolah dahulu, kita semua sudah boleh membaca dengan baik sejak disekolah rendah lagi. Setakat membaca sahaja tetapi tatabahasa dan komunikasi kurang ditekankan.
Jadi, kembalikan semula penggunaan bahasa Kebangsaan dalam subjek matematik dan Sains.


[Read More...]


Tol DITANGGUHKAN kenaikan



al-Bakri fil Muar,
1 Mac 2009

Saya nak buat ulasan sedikit berkenaan dengan tajuk diatas dan pembaca dialu-alukan memberi pandangan masing-masing dengan syarat menggunakan bahasa yang sopan dan tertib.

Dipagi ini sempat melayari internet dan sempatlah buka blog-blog politik sperti Chedet, Kuda Kepang, TKO dan lain-lain. Semasa melayari komen-komen dalam blog Chedet, ada satu blog yang menarik [ayat yang ditulis] tentang kenaikan tol di Malaysia ini. Sila baca dibawah

"Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada DS Najib kerana tidak menaikkan harga TOL- TOL di Malaysia, DS telah membuktikan bahawa DS adalah seorang yang sangat prihatin akan permasalahan rakyat, inilah ciri2 pemimpin yang kita cari, mendengar suara khalayak ramai."

Ya, tentang tol. Saya nak ulas bukanlah tentang tulisan diatas tetapi nak ulas tentang tol itu sendiri. Apa yang saya baca dalam akhbar harian, kenaikan tol ditangguhkan... ya baca dengan jelas KENAIKAN TOL DITANGGUHKAN.

Kesimpulannya mudah sahaja kenaikan tol akan berlaku cuma masa sahaja yang menentukan. Diwaktu berlakunya kegawatan ekonomi global [glokal], kenaikan harus dielakkan kerana kesannya akan terasa oleh semua rakyat tanpa mengira apa fahaman politik.

"Ala.. aku tidak guna lebuhraya jadi tak payah bayar tol..."

"Aku ni orang kampung sahaja, tak guna lebuhraya..."

Mungkin sesetengah dari pembaca ada mendengar komen-komen seperti diatas. Memang benar mereka tidak menggunakan lebuhraya dan tidak perlu membayar tol. Cuma apa yang perlu diberitahu kepada mereka ini bahawa setiap kenaikan kadar tol akan meningkatkan kos-kos tertentu disektor pengangkutan. Peningkatan kos pengangkutan ini akan diserapkan oleh pengguna dengan berlaku kenaikan harga barangan keperluan. Jadi inilah yang perlu diberitahu kepada mereka yang kurang arif tentang akibat peningkatan kadar tol.

Jika kerajaan terpaksa membayar pampasan kepada pengendali tol ini, lebih elok ambil semula tol-tol ini. Rakyat tidak diberitahu perjanjian antara pengendali tol dengan kerajaan. Apakah perjanjian ini merugikan? Tidak ada siapa yang tahu kecuali mereka yang berkenaan sahaja,

Begitu juga dengan perjanjian IPP dengan TNB yang merugikan rakyat keseluruhan.

Kepentingan rakyat harus didahulukan sebagaimana pemimpin-pemimpin Islam yang lalu yang meminta nasihat dari ulama-ulama, tidak menindas rakyat dan tidak mengumpul kekayaan dengan adanya kuasa ditangan.

Walahualam
[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors