Mengapa SPR enggan terima bantahan



AMPANG, 21 Feb: Pihak-pihak yang bertanggungjawab digesa menjalankan penyiasatan terperinci ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana dibimbangi telah dijadikan alat oleh Barisan Nasional (BN) untuk mendapat kemenangan secara tidak bertanggungjawab dalam pilihanraya umum akan datang, terutama di Selangor.

Tindakan tersebut disyaki telah dilakukan oleh BN setelah kecewa dengan penerimaan rakyat tehadap kempen-kempen mereka di Selangor, sehingga mendorong para pemimpinnya menggunakan apa saja cara untuk mencapai matlamat mereka.

PAS Kawasan Pandan dalam gesaannya telah menemui beberapa bukti berhubung perkara itu, sehingga menyebabkan para pemimpin dan ahli-ahlinya amat tidak berpuas hati dengan senarai pemilih baru yang dipamerkan oleh SPR dari 9 hingga 15 Februari lalu.

Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan, Iskandar A. Samad menegaskan, terdapat tiga kekeliruan berhubung perkara itu iaitu pemilih-pemilih yang didaftarkan pada alamat yang tanpa nombor rumah, pemilih-pemilih yang didaftarkan pada alamat yang tidak wujud dan pemilih yang dikenalpasti tidak wujud di alamat yang didaftarkan.

Menurut beliau, mereka tidak faham kenapa masih terdapat alamat pemilih tanpa nombor rumah, pada hal terdapat pemilih-pemilih yang cuba didaftarkan oleh Penolong Pemilih mereka tetapi telah ditolak kerana alamat tidak lengkap.

"Jadi persoalannya sekarang, siapa yang telah mendaftarkan mereka? Kami juga ingin menyatakan rasa kesal di atas sikap pegawai-pegawai SPR di pejabat mereka di Shah Alam yang bersungguh-sungguh enggan menerima bantahan-bantahan kami," katanya pada sidang akhbarnya di Pusat Khidmat PAS Pandan di Pandan Indah, di sini, hari ini.

Lagi......

[Read More...]


Sahih SPR Menjadi Jentera Pilihanraya BN



Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) berpendapat bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah berkali-kali menyalahguna kuasa serta memutarbelitkan bidang kuasa dalam urusan pilihanraya. SPR bukan sahaja tidak akur kepada keputusan Speaker Kedah yang mengosongkan kerusi DUN, malahan telah mewakili ADUN UMNO untuk memohon penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi. Jelasnya bahawa SPR telah hilang kredibiliti serta kedudukan bebas badan tersebut.

Sumber: Klik disini


Hakim Alizatul Khair Osman Khairuddin dalam membuat keputusan Mahkamah Tinggi juga mengemukakan kemusykilan beliau terhadap tindakan SPR yang memohon penangguhan keputusan. Sepatutnya bekas ADUN Kota Seputeh, Abu Hassan Sarif yang perlu membuat permohonan. Baca lagi disini /end.

Link: Al-Husseyn
[Read More...]


Pengerusi SPR perlu fikir balasan akhirat



Zein el-Dein Rawanji Fri Mar 07, 08 2:53:32 pm MYT


Menyertai pilihan raya amat penting bagi mendapatkan mandat rakyat bagi membolehkan pemimpin menerajui sesebuah negara tanpa sebarang pertumpahan darah berlaku.
Pilihan raya yang sepatutnya berjalan dengan lancar, adil, telus adalah jaminan bagi proses pemilihan pemimpin yang benar-benar layak untuk diundi. Kelancaran prosesnya bergantung kepada sejauh mana pihak ketiga iaitu Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menjadi hakim.
SPR telah diberi mandat oleh rakyat yang sepatutnya dalam tempoh empat tahun dapat memikirkan peraturan-peraturan yang munasabah yang dapat diterima oleh semua lapisan parti dan kaum dalam negara.


Tetapi apa yang berlaku sebelum tiga hari penamaan calon, satu peraturan baru, Akuan Berkanun, diperkenalkan kepada setiap calon yang bertanding untuk kerusi Dun dan Parlimen, tetapi peraturan itu dimansuhkan apabila terdapat calon-calon Umno-BN gagal melakukannya.


Kemudian, sekali lagi Pengerusi SPR, Abdul Rashid Abdul Rahman mengumumkan pembatalan penggunaan dakwat pada pilihan raya kali ini dengan pelbagai alasan. Tempoh mengundi pun hampir menjelang tiba, kalau benar ada pihak menyeludup dakwat seperti yang didakwa, kenapa ia tidak diumumkan pada tarikh 13 Februari iaitu masa tangkapan dibuat kepada pihak terbabit dengan penyeludupan, mengapa mesti harus tunggu tiga hari sebelum pengundian?


Abdul Rashid sahaja boleh jawab kepada rakyat di dunia dan di hadapan Allah pada hari akhirat, rakyat. Fikir-fikirlah akhirat, wahai Pengerusi SPR. Sejak pengumuman pembatalan menggunakan dakwat dibuat, rakyat bercakap mengenainya, di kedai kopi, dalam komuter, bas, teksi, di tempat-tempat awam yang menunjukkan bahawa mereka tidak reda dengan tindakan Abdul Rashid yang menjadi balachi BN. Namanya terukir di bibir banyak pihak yang mengutuk keras tindakannya itu, apakah beliau selesa dengan keadaan ini sebelum di hadapkan di mahkamah Allah?


Abdul Rashid masih ada masa untuk fikir penarikan semula pembatalan itu. Jika beliau seorang yang berwawasan akhirat, apabila rakyat kutuk dengan pelbagai tindakannya itu, sebenarnya ia satu 'political mileage' buat BA dan pembangkang.

Beliau wajar sedar bahawa pendapatan gaji yang diperolehi adalah wang rakyat. Beliau tidak boleh menyebelahi pihak kerajaan mahupun pembangkang, beliau digaji untuk menjadi pengadil yang adil yang dikenang sepanjang masa.

Apapun ia bergantung kepada kepada kesedaran yang lahir daripada hatinya untuk menjalankan pilihan raya bersih. Segala kesukaran yang dihadapi calon-calon pembangkang, akan menikam dirinya yang akan memahat dalam sejarah hitam pilihan raya Malaysia ke-12. �
Sehubungan itu, bagi menyatakan rasa marah rakyat kepadanya, maka berlaku satu insiden di mana ada pihak yang tidak bertanggungjawab melumurkan pagar rumahnya dengan cat warna merah sebagai tanda protes awal terhadapnya. Itulah di dunia lagi orang sudah benci, di akhirat nanti hanya Allah Yang Maha Mengetahui. - lanh
[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors