Bahang pilihanraya kecil P44 Parlimen Permatang Pauh makin panas terutamanya menjelang hari pengundian pada 26 Ogos ini.
Bagi mereka yang mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah berlapang dada, bulatkan tekad dengan semangat waja sebagai seorang pengundi yang berwibawa pilihlah seorang pemimpin yang benar-benar boleh membawa perubahan demi negara tercinta.
Tentu pengundi tahu agenda Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mahu ke Putrajaya sekaligus mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh yang baru pada 27 Ogos, jadi Ketua Pembangkang sehari selepas itu bahkan akan berhadapan dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 29 Ogos ketika pembentangan bajet 2009.
Dari situ, beliau akan lihat Perdana Menteri hendak mulakan pembentangan bercorak apa. Adakah ada antara pembentangan itu membawa keuntungan kepada kroni atau suku sakatnya sendiri.
Satu lagi, yang pengundi perlu tahu ialah kesungguhan beliau untuk menjadi Perdana Menteri disebabkan terlalu duka cita dengan pembangunan negara yang terlalu lemah serta dipenuhi dengan gejala rasuah, kemerosotan ekonomi, keruntuhan moral sistem kehakiman, gejala maksiat, dadah dan banyak lagi yang harus diperbetulkan seandainya mahu melihat Malaysia 'gah' di mata dunia.
Bagi calon Barisan Nasional (BN), Dato' Arif Shah Omar Shah agendanya cuma kecil jika menang beliau boleh berikan masa secukupnya di Permatang Pauh berbanding Anwar.
Mungkin itu benar tetapi harus diingatkan, selama ini walaupun beliau antara Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) paling aktif adakalanya beliau banyak menghampakan rakyat dengan taburan janji yang tidak dikotakan.
Contoh paling ketara ialah permasalah penghuni Taman Sutera Prima di Seberang Jaya yang masih tidak diatasi dengan sempurna.
Pada mulanya sebelum berita penduduk disiarkan dalam media cetak dan elektronik beliau tidak ambil peduli tetapi selepas diasak dalam media dan seterusnya rangka lawatan Timbalan Ketua Menteri, Mohamad Fairuz Khairudin memaksa beliau berjinak dengan penduduk seolah beliau tahu segalanya.
Sampai hari ini, beliau masih gagal menyelesaikan masalah keretakan serius rumah penduduk apabila Projek Pangsapuri Casa Prima setinggi 38 tingkat oleh Pemaju Benar Prima Resources Sdn Bhd di bina terlalu rapat dengan taman berkenaan.
Begitu juga janjinya dengan 13 penduduk Kampung Belakang Masjid, Jelutong yang terpaksa berpindah kerana pembangunan.
Beliau sebagai orang tengah asyik menyuruh penduduk bersabar kerana pemaju berkenaan Concord Lane Sdn Bhd sedang berusaha menyelesaikan isu berkenaan.
Tetapi malang, sampai hari ini sudah 14 tahun isu itu berlalu penduduk terpaksa menyewa dengan kadar yang tinggi apatah lagi hendak memperolehi janji rumah ganti rumah bernilai RM120 ribu, ianya bakal jadi debu.
Berbalik kepada peristiwa pilihanraya kecil yang sedang hangat berbagai cara kempen digerakan oleh Umno-BN seperti memberi kek dengan buku kecil.
Di bahagian luarnya mengandungi resepi tetapi dalamnya penuh dengan maki hamun Mantan Timbalan Perdana Menteri itu.
Umno-BN juga memasang skin besar di kebanyakan Bilik Gerakan untuk menayangkan fitnah dan ceramah Anwar yang diolah semula bagi menyakinkan rakyat bahawa Anwar memang petualang bangsa dan agama.
Malah hari ini terdapat risalah Umno-BN yang berwarna biru muda (warna KeADILan) bagi mengelirukan rakyat di mana di bahagian hadapan tercatat perkataan 'Bismilah- Kompirasi' manakala di bahagian belakangnya mengandungi jawapan Umno-BN kepada semua persoalan yang terbuntu seperti BN tidak terlibat dalam kes liwat terbaru dan banyak lagi.
Yang menjadi kemarahan orang ramai ialah kertas itu bertaburan di sana sini dengan tulisan Bismillah.
Bukan itu sahaja malahan berbagai buletin dikeluarkan untuk melemahkan Pakatan Rakyat yang sedia terjalin erat kononya PAS Pulau Pinang boikot pilihanraya, jentera PAS dan DAP tidak sehaluan dan seumpamanya.
Semuanya merupakan lemparan tajam untuk tujuan memecah belahkan pakatan memandangkan Umno-BN terhimpit dengan dakyahnya sendiri.
Akibat terlalu berdakyah kotor akhirnya banyak jentera Umno-BN gagal memasuki kampung terutamanya di Dun Penanti yang dimenangi KeADILan dan Permatang Pasir yang di kuasai PAS.
Bila semua strateji Umno gagal, keputusan mesyuarat mengenal pasti cara mereka berkempen dengan membawa masuk Puteri Umno ke kampung tidak menjadi maka perubahan terbaru ialah semua Puteri Umno dikehendaki menukar emej kepada orang Melayu tulen berbaju kurung, bertudung masuk ke kampung berbanding dulu agak 'gedik' bila merayu.
Manakala 'geng Pakeda' dan 'Seni Silat Lincah' telah dikerahkan oleh Mahaguru dan Pengasas Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Dato' Omardin Mauju menjagai kawasan yang dianggap panas seperti Pekan Permatang Pauh, Penanti, Guar Perahu, Mengkuang, Permatang Pasir, Permatang Ara, Kubang Semang, Tanah Liat, Sungai Semambu, Permatang Tengah, Jalan Tuna, Jalan Siakap dan Jalan Tenggiri.
Cara ini mungkin menimbulkan bahaya kerana boleh mencetuskan perkelahian sesama sendiri bila wujud sesuatu perkara yang lambat diselesaikan.
Polis juga berperanan menghalang ceramah tapi kali ini bukan dengan menyekat permit malahan menangkap terus tuan rumah yang membenarkan rumahnya dijadikan gelanggang Anwar berkempen kononya cuba menghasut.
Kejadian itu baru semalam 21 Ogos berlaku apabila Asri Zakaria yang sedang membuka kedia runcit di rumahnya di Kampung Tok Kandu ditahan sebilangan anggota polis tanpa unifom.
Beliau di bawa ke Balai Polis Butterworth untuk disoal siasat sedangkan semua permit termasuk ceramah kelopok di kediamanya mendapat kebenaran.
Keadaan seumpama itu pasti menjadi semakin panas menjelang malam terakhir dibolehkan berkempen oleh ke tiga-tiga parti iaitu BN, PAS dan Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) yang ditandingi Presidenya, Hanafi Hamat dari Pasir Putih,Kelantan.
Justeru itu, BN menggunakan taktik lama merayu undi dengan memperuntukan wang sebagai ganjaran sesiapa yang datang mendengar ceramahnya, jadi jentera pelekat poster, jadi tukang samseng serta mengugut pengundi dengan berbagai cara.
Maklumlah, dua tiga malam sudah dikhabarkan peruntukan ratusan jutaan ringgit telah sampai ke Permatang Pauh dan sekarang adalah masa mereka membahagikan kewangan tersebut.
Lepas itu pastinya, terdengar keluh kesah duit tidak diperolehi walhal penat memanjat pokok, pasang tiang bendera di serata tempat atau buat kalut dalam kampung semuanya kerja kosong. Padahal, wang disapu bersih oleh orang tengah yang pandai mengarahkan itu dan ini.
Bagi pengundi apa yang penting di pagi hari mengundi buatlah pilihan yang tepat kerana ia secara langsung memberi kesan pada rakyat Permatang Pauh bahkan di Pulau Pinang dan Malaysia kerana sebagai Perdana Menteri, Anwar boleh menurunkan harga minyak dari RM2.70 sen seliter kepada RM2.00 seliter dan dalam jangkamasa tiga bulan selepas itu akan diturunkan lagi menjadi stabil kembali.
Bila harga bahan api turun pastinya barangan lain turun menurun dan bahangnya akan dirasai oleh semua rakyat bawahan yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. - mr_
Responses
0 Respones to "Permatang Pauh dedahkan pekung dan taktik kotor BN"
Catat Ulasan