Kebobrokan ekonomi akibat kegopohan naik harga minyak



Adnan Ibrahim

Thu Aug 21, 08 2:45:55 pm MYT
Sekiranya kerajaan bersabar menunggu Ogos untuk menaikkan harga minyak, kemungkinan kebobrokan ekonomi negara tidak mungkin berlaku separah sekarang, kerana harga pasaran minyak mentah dunia menunjukkan penurunan sejak hujung Julai.


Sebelum itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahril Abdul Samad ketika mengumumkan harga petrol mungkin mengikut pasaran global atau diapung mengikut pasaran, turut membayangkan harga minyak akan naik pada Ogos.
Kenyataan Shahril disiar akhbar pada 4 Jun tetapi pada malam hari tersebut, Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kenaikkan petrol sebanyak 78 sen menjadikan RM2.70 dan kenaikan RM1 bagi diesel kepada RM2.58 berkuat kuasa 5 Jun.
Kenaikan paling tinggi dalam sejarah dan negara pengeluar minyak, yang mengakibatkan kemusnahan teruk kepada ekonomi dan tekanan kepada syarikat serta usahawan Indusri Kecil dan Sederhana (IKS). Peniaga terpaksa menaikkan harga dagangan berikutan peningkatan kos pengangkutan.

Pecah rekod yang dilakukan Abdullah bukan itu sahaja, malah beliau berjaya menjadikan negara mencatat kadar inflasi paling tinggi dalam sejarah. Sebagaimana diumumkan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Kata beliau kadar inflasi negara telah meningkat kepada enam hingga tujuh peratus pada bulan Jun dan BNM dijangka mengenakan dasar monetari sekiranya berlaku peningkatan harga yang menyeluruh.

Zeti berkata, kenaikan harga makanan dan bahan api telah meningkatkan inflasi Malaysia pada bulan Mei iaitu 3.8 peratus, kadar tertinggi dalam tempoh 22 bulan sebelum kerajaan meningkatkan harga minyak pada Jun lalu.

"Kami memang menjangkakan kadar inflasi akan meningkat terutama pada bulan Jun berikutan langkah kerajaan mengurangkan subsidi minyak. Berikutan itu, pada bulan Jun, inflasi mencapai kadar enam hingga tujuh peratus," katanya.

Sejarah inflasi di Malaysia pernah dicatat paling tinggi pada tahun 1998 ketika negara mengalami kemelesetan ekonomi pada kadar 5.3 peratus. Kemelesetan yang sama juga berlaku pada 1992 dan mencatat kadar 4.7 peratus. Ia kemudiannya menurun kepada 3.5 peratus pada 1995 dan 3.6 peratus bagi tahun 1996.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dalam ucapan dasar Muktamar Tahunan PAS Pusat ke 54 di Ipoh, pada 15 Ogos lalu, berkata tindakan kerajaan menaikkan harga minyak merupakan perbuatan paling tidak bertanggungjawab yang dilakukan secara gopoh tanpa melakukan kajian secara mendalam.

Presiden Iran, Ahmadinejad mengatakan kenaikan harga minyak akibat tindakan manipulasi pihak tertentu bukannya bekalan minyak dunia berkurangan. Bagaimanapun kerajaan lebih mempercayai laporan Barat dan mengambil tindakan drastik menaikkan harga minyak tanpa mengambil kira kesan kerosakkan ekonomi kepada negara.

Harga ayam dimusim perayaan atau cuti sekolah pada kebiasaannya mencapai RM6 sekilo tetapi selepas kenaikan harga minyak Jun lalu ia mencecah RM8 sekilo.

Sementara persatuan pengangkutan awam sudah tidak tertanggung bebanan kenaikan alat ganti kenderaan yang turut ikut naik disebabkan berlaku kenaikan harga minyak terus mendesak kerajaan menaikkan harga tambang.

Persatuan teksi dalam membuat permohonan kepada kerajaan mengadakan perundingan untuk menaikkan harga tambang sebaliknya secara diam telah menaikkan harga tersebut.

Roti canai yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia kerana harganya murah tetapi telah naik kepada RM1 sekeping. Bagi bilangan ahli keluarga yang ramai untuk membeli roti canai bagi 10 orang, mereka terpaksa berbelanja RM10 berbanding dahulu sekitar RM8.

Nasi lemak di warung tepi jalan yang dijual dengan harga RM1 telah naik kepada RM1.20 sebungkus. Bahan mentah seperti mee yang ikut naik menyebabkan perniaga makanan terpaksa turut menaikkan harga mee goreng.

Kementerian Asas Tani mengumumkan bekalan beras boleh pulih pada bulan Ogos tetapi harga beras sebagai makanan utama negara masih tidak turun. Beras hancur 15 peratus berharga RM18 sekampit bagi 10 kilo pula seperti beras di tahun 70-an penuh dengan bahan asing.

Barangkali rakyat miskin terpaksa menggunakan kembali satu alat yang telah hilang dalam ingatan, dinamakan 'badang' untuk menampi beras bagi mengasingkan bahan yang tidak layak dimasak bersama beras seperti batu, benda hitam dan antah beras.

Kebobrokkan ekonomi semakin parah dan sudah tentu akan mengambil masa yang lama untuk pulih hasil daripada kelemahan dan kegopohan pemerintah.

Sebagaimana yang dikatakan bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam program debat bersama dengan Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek, kemusnahan ekonomi akibat daripada kenaikan harga yang tinggi sukar untuk dibaiki dan ia akan mengambil masa panjang untuk memperbetulkan kembali.

Berikutan itu beliau mengumumkan penurunan minyak 50 sen seliter dalam debat bertajuk 'Hari ini menjadi Perdana Menteri, esok turun harga minyak' di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 15 Julai lalu.

Bagaimanapun dalam kempennya di Permatang Pauh, Ketua Umum KeADILan itu berjanji akan menurunkan harga minyak sebanyak 70 sen sekiranya rakyat memberi peluang Pakatan Rakyat memerintah. Ini berikutan harga minyak semakin turun kepada AS109 setong.

Abdullah pula mengumumkan bahawa harga baru petrol dan diesel pada 31 Ogos ini, yang akan dikuatkuasa pada 1 Sept. Harga baru ini akan ditetapkan adalah berdasarkan harga purata petrol sepanjang bulan Ogos dan setelah ditolak subsidi 30 sen.

Timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak yang pernah berbohong mengatakan minyak tidak akan naik selepas pilihan raya umum 8 Mac, turut mengumumkan kerajaan boleh menurunkan harga minyak dalam tempoh terdekat jika harga bahan bakar itu kekal pada AS113 setong.

Beliau berkata demikian di Permatang Pauh, ketika berkempen pilihan raya kecil bagi parlimen tersebut. Kata Najib: "Kalau harga minyak dunia turun, kerajaan boleh turunkan harga minyak. Ini boleh ditunaikan."

Abdullah dan Najib kena sedar bahawa pada realitinya penurunan harga minyak belum tentu harga barang ikut turun kerana kesilapan menaikkan harga minyak kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja besar untuk berkempen dan menguatkuasakan penurunkan harga barang. - mns_


Responses

0 Respones to "Kebobrokan ekonomi akibat kegopohan naik harga minyak"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors