Isu Anwar: Ustaz Sallehan akan saman Utusan Malaysia



Saidah Hairan
Thu Aug 21, 08 6:43:27 pm MYT

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Sallehen Mokhyi akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Utusan Malaysia kerana memutar belit dan mengubah kenyataan beliau berhubung perakuan sumpah Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Utusan Malaysia pada Khamis, 21 Ogos, melaporkan; "Dewan Pemuda Pas Selangor mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato' Seri Anwar Ibrahim supaya melakukan sumpah laknat jika beliau di pihak yang benar.

"Ketuanya, Sallehen Mukhyi berkata, ia merupakan langkah terbaik bagi bekas Timbalan Perdana Menteri itu untuk menyelesaikan masalah peribadinya sekali gus membersihkan namanya."

Merujuk laporan tersebut Ustaz Sallehen berkata beliau langsung tidak ada menyebut perkataan mencabar Anwar supaya bersumpah tetapi hanya memberi pandangan sumpah itu merupakan hak Anwar.

Katanya, Anwar tidak perlu bersumpah kerana dalam kes tuduhan meliwat tidak ada tuntutan syariah untuk melakukan perkara tersebut.
"Sumpah hanya berlaku dalam kes lian (suami isteri) dan sumpah yang dilakukan oleh pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak ada dalam kaedah syariah," tegasnya.
Tambah beliau, terpulang kepada Anwar untuk melakukan sumpah kerana itu merupakan hak peribadi beliau.
Beliau mempersoalkan suatu perkara yang menimbulkan persepsi buruk apabila sumpah Saiful itu dilakukan sehari sebelum penamaan calon pilihan raya kecil di Permatang Pauh.
Menurut beliau jika kes itu diselesaikan di mahkamah syariah terdapat dua cara sama ada pihak penuduh mengemukakan bukti kukuh di mahkamah atau tertuduh (Anwar) sendiri membuat pengakuan.
Bagaimanapun katanya, kes tuduhan liwat itu telah dijadikan isu untuk mengaibkan Anwar.
Sehubungan itu, beliau terkilan dan kesal dengan pihak akhbar tersebut yang membuat laporan bercanggah dengan kenyataan sebenar.
"Ini suatu yang tidak bermoral, adakah akhbar tersebut terdesak untuk mencari isu yang boleh memberi kemenangan kepada BN dalam pilihan raya di Permatang Pauh?" soalnya.
Menurut beliau,Utusan Malaysia dan akhbar lain wajar bersikap profesional dan melaporkan berita yang tepat dan berfakta.
Katanya, pihak Utusan perlu sedar dalam keadaan pasaran yang menurun sepatutnya laporan mereka lebih telus sebab rakyat sekarang sudah muak dengan akhbar yang sering memutarbelitkan fakta.
"Saya sedang berbincang dengan pihak peguam untuk membuat saman terhadap pihak akhbar Utusan Malaysia," tegasnya. - lanh _


Responses

0 Respones to "Isu Anwar: Ustaz Sallehan akan saman Utusan Malaysia"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors