DS Azizah Letak Jawatan!



Oleh ciklee

Tu dia, baru orang panggil gempar namanya. Kali ini sudah tentu satu Malaysia akan bergoncang dan bergegar. Ini barulah gegak-gempita kali ini. Acah-acah Anwar menjadi kali ini. Aku pun dah confuse. Betul lah orang politik ini, dia punya catur ada 14-15 step ke depan. Macam kita orang biasa ini, boleh fikir 2-3 langkah ke depan sahaja. Patut lah aku tak boleh masuk politik.

Politik pejabat pun asyik kena buli sahaja.Mula-mula Anwar announce nak bertanding dekat Kulim. Dah tentu geng-geng Umno sibuk buat persiapan ke sini. Tiba-tiba pusing balik ke Permatang Pauh. Mengancam itu. Strategi yang sarat dengan tipu muslihat yang memeningkan pihak kawan dan lawan. Sama juga macam strategi Tok Guru Haji Hadi. Buat announcement kat depan orang ramai. Tapi for sure tak ramai yang cakap Anwar tipu.

Tapi giliran Haji Hadi pasti orang cakap tok guru menipu. Betul tak??Tindakan yang sama, strategi berbeza dari orang yang berbeza menghasilkan result yang berbeza juga. Kedua-duanya tindakan strategi. Tapi mengapa hasil dia berbeza? Pasal satu tindakan orang akan nampak memang bijak, satu lagi orang nampak kurang bijak.

Bukan saya cakap tok guru Haji Hadi kurang bijak. Namun, impak maksima dari tindakan itu sekarang ini menghasilkan pecah-belah dan muha'balah' sesama ahli Pas sendiri. Kita dah terkena racun dan duri yang sendiri dicari.Tanpa berniat mengecilkan tok guru Haji Hadi, sudah pasti kena lebih berhati-hati. Kena belajar dari Anwar Ibrahim mungkin. Bagaimana mengurangkan impak maksima. Saya yakin dan percaya apa yang tok guru Haji Hadi buat pun strategi juga. Tak faham dek saya orang biasa.

Kerana biasanya strategi hanya nampak berhasil bila sampai di hujungnya.Tapi bila saya baca shadow government yang Kula cerita dan impikan, maka nampaklah apa strateginya. Boleh baca juga apa saudara RoslanSMS, tulis di sini. Kalau rupa begini bayangan kabinet yang disusun, masalah besar dan bala yang akan menimpa. Tak terbayang dek kepala. Jadi kepada penyokong Pas di luar sana, saya menyeru lagi supaya berlapang dada.

Jangan cepat sangat kita melatah dan terlompat tak tentu hala. Yang ruginya kita juga.Jadi rakyat Malaysia, nak mengundi pun tak boleh pasal bukan tempat kita Permatang Pauh tu. Marilah kita sama-sama berdoa supaya Allah berikan yang terbaik kepada kita. Tak kira menang atau kalah, dah kalau itu yang terbaik untuk kita - kita terima sahaja. Lumrahnya manusia dan senang dan menang senantiasa, walhal tuhanlah yang lebih mengetahuinya.

Peace.
[Read More...]


Keputusan JK PAS Pusat



Berikut adalah kenaytaan media Tuan Guru Presiden PAS setelah mempengerusikan mesyuarat JK PAS Pusat siang tadi bersekali dengan Majlis Syura Ulamak PAS:

PAS TOLAK TAWARAN UMNOTETAPI AKAN TERUSKAN PERBINCANGANDEMI KEPENTINGAN NEGARA DAN UMMAH


PAS menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan kerajaan samada diperingkat Pusat ataupun negeri-negeri.


Oleh itu sebarang tawaran daripada Umno untuk mewujudkan kerajaan bersama disemua peringkat tidak lagi berbangkit.Walaubagaimanapun PAS akan terus terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak termasuk parti-parti politik , NGO, institusi-institusi dan mana-mana individu demi kepentingan negara dan ummah.


Dalam pada itu PAS mengulangi pendiriannya kekal bersama Pakatan Rakyat dengan memainkan peranan yang aktif dan positif selaras dengan perjuangannya.


DATO’ SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG

PresidenParti Islam Se Malaysia (PAS)

31 Julai 2008
[Read More...]


Wan Azizah lepas kerusi Permatang Pauh



Oleh malaysiakini

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melepas kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk membuka laluan kepada suaminya, yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil untuk kerusi tersebut.Beliau bagaimanapun kekal sebagai presiden PKR.

Wan Azizah berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatan tersebut kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini.

Permatang Pauh dianggap sebagai kerusi yang selamat berdasarkan kepada keputusan pilihanraya umum lalu, Wan Azizah menang besar dengan majroti 13,388.

Beliau mendapatkan 30,338 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Umno, Datuk Pirdaus Ismail yang memperolehi 16,950 undi.

Wan Azizah mewakili kerusi Permatang Pauh selama tiga penggal. Dalam pilihanraya 2004, beliau menang tipis dengan majoriti 590 undi, juga menewaskan Pirdaus.

Sebelum ini, disebut beberapa kerusi yang mungkin ditandingi oleh Anwar, termasuk Kulim Bandar Baharu, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai.

Kerusi Bandar Tun Razak diwakili oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Lembah Pantai (Nurul Izzah) dan Gombak pula diwakili oleh naib presiden PKR, Azmin Ali.

Ditanya mengapa beliau yang mengosong kerusinya untuk Anwar, Azizah berkata sejak dahulu lalu beliau bersedia berbuat demikian.

Katanya, sejak dari mula-mula bertanding dahulu lagi, beliau sedia mengosong kerusi Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar.

Beliau juga berkata, keputusannya diambil setelah berbincang dengan keluarganya, dengan pemimpin PKR serta DAP dan PAS.

Katanya, beliau merasakan "inilah yang terbaik bagi Anwar sebab kawasan tersebut (mempunyai) majoriti yang selesa".Note: dikemaskinikan pada 4.15 pm - GB
[Read More...]


Khalil Yaakob 'juara' bida nombor plat kereta negara



Zaili Muhammad
Wed Jul 30, 08 7:26:53 am MYT

MELAKA, 30 Julai (Hrkh) - Gejala pembaziran yang berlaku di kalangan pemimpin Umno seperti 'irama dan lagu' yang tidak boleh dipisahkan walaupun pelbagai pendedahan telah dibuat, namun ianya tidak memberikan kesan kepada mereka.

Terbaru, Yang Dipertua (YDP) Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, yang juga merupakan bekas Menteri Besar Pahang, sekali lagi membida nombor pendaftaran kenderaan untuk dua buah kereta di Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka, sebanyak RM55,558.

Bidaan tersebut dibuat atas nama Tun Mohd Khalil Yaakob dengan nombor kad pengenalan 371229-06-5295 bagi nombor pendaftaran MBQ 1 sebanyak RM47,300 dan ianya merupakan jumlah bidaan yang tertinggi untuk nombor siri MBQ.


Manakala, beliau juga turut membida satu lagi nombor pendaftaran iaitu MBQ 11 sebanyak RM8,258 dan ini menjadikan jumlah bidaan yang dibuat oleh Tun Khalil sebanyak RM55,558.


Pada akhir November lalu, penduduk Melaka telah digemparkan apabila beliau bertindak membida dua nombor pendaftaran bagi nombor siri MBN iaitu bagi MBN 1 sebanyak RM56,100 dan MBN 8 dengan harga RM22,000 dan ini menjadikan nilai bidaan yang telah dibuat oleh Tun Khalil pada masa itu berjumlah RM78,100.


Secara keseluruhannya jumlah bidaan yang dibuat oleh Tun Khalil bagi empat buah kereta adalah sebanyak RM133,658 seterusnya mengalahkan rekod yang dipegang oleh bekas Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim yang menender nombor plat RG 1, RG 9, RG 12 dan RG 17 sehingga mencecah RM120,000.


Dalam pada rakyat dibebankan dengan kenaikkan harga minyak yang melampau sehinggakan ada yang makan pagi kais pagi, makan petang kais petang namun pada ketika yang sama pemimpin Umno-BN berlawan sesama sendiri mempamerkan kekayaan mereka secara terang kepada rakyat dan melakukan pembaziran wang rakyat tanpa rasa bersalah.
Penduduk Melaka juga mempersoalkan bagaimana kerajaan negeri tergamak memberi pampasan yang sedikit, di mana cuma sebanyak RM1,600 kepada nelayan yang hilang punca pendapatan akibat daripada projek penambakan laut di sepanjang pantai Melaka tetapi pemimpin negeri boleh pula membazirkan ratusan ribu untuk membeli plat kereta!


Jadi amat wajarlah saranan Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek, supaya bacaan doa yang khas dibacakan kepada YDP Melaka selepas 'Khutbah Jumaat' dihentikan kerana ianya menimbulkan suasana tidak tenteram dan kurang senang di kalangan jemaah solat yang tidak mahu bersubahat mendoakan kesejahteraan hidup seorang pemimpin yang membazir.


Apatah lagi, dua individu iaitu bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Pahang, Razali Alias dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Berserah, Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman, yang masing-masing telah membuat laporan kepada pihak berkuasa terhadap penyalahgunaan kuasa oleh bekas Menteri Besar Pahang itu dalam isu balak.


Satu lagi laporan polis terhadap Khalil juga pernah dibuat oleh Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) Pahang pada bulan September lalu tetapi kes tersebut telah diistiharkan ditutup oleh Pengarah Siasatan BPR, Dato' Mohd Shukri Abdul, baru-baru ini. - mks. _
[Read More...]


UMNO Perak tersepit, ulang tawaran lama.



Oleh cina-islam"

Tersebar berita dalam akhbar arus perdana dan media yang lainnya kononnya pendirian PAS berhubung cadangan penubuhan kerajaan gabungan dengan UMNO di Perak akan ditentukan pada Khamis ini. katanya lagi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dijadual diadakan di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut di sini, Khamis ini bagi membincangkan isu tersebut.
Mengejutkan juga didakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka mengumumkan keputusan yang dicapai selepas mesyuarat itu. Menurut sumber itu , isu penggabungan untuk membentuk kerajaan negeri baru di Perak itu adalah antara beberapa ‘perkara yang memerlukan keputusan kepimpinan tertinggi Pas’. Selain isu penggabungan, topik hangat yang turut dibincangkan ialah mengenai muqabalah yang dijangka bakal menyaksikan satu keputusan dibuat oleh parti itu, kata sumber tersebut.

Berita-berita dan khabar angin yang disebutkan diatas hanya ribut dalam "cangkir" UMNO dan BN sahaja. beritanya hebat tapi "menipu".

Saya menafi sekeras-kerasnya akan ada perbincangan dari pimpinan tertinggi PAS mengenai ajakan "orang gila talak" itu.

Sebenarnya tawaran lapuk BN inilah yang telah kami terima seawal mungkin pada malam kemenangan DAP, PKR dan PAS pada 8 Mac 2008. Pada masa itu pimpinan PAS termasuk Ir. Nizar dan saya sendiri tidak putus-putus dihubungi pihak tertentu, tapi kata orang perak "menjeling pun tidak" pada tawaran itu.

Setelah melangkau 100 hari dan kami telah mengenal hati budi antara kami, sudah puluhan program bersama kerajaan kami duduk bersama, sudah puluhan mesyuarat sudah kami lakukan berserta braistromingnya sekali, masakan kami mudah sahaja menerima tawaran itu. Lagi tidak menjeling.

Buktinya bila ditanya kepada MB, dengan tegas beliau mengatakan tidak akan berkerjasama dengan UMNO dan kami akan tetap dalam pakatan Rakyat.

Tidak ada isu sebenarnya melainkan sudah pecah tembelang UMNO dan Tajol Rosli bahawa gimiknya pada 31 0gos Kerajaan Perak berubah adalah bohong sama sekali.

Sayalah orang pertama akan menentang pengabungan dengan UMNO sekiranya dicadangkan sekiranya UMNO masih dengan dasar lama nya. Kalaulah UMNO sudah bubar dan menerima Islam sebagai dasar sebagaimana yang dilakukan PAS, menginsafi segala penyelewengan, penindasan dan kezaliman sebelum ini, lain cerita pula pada masa itu. Tidak ada sebab PAS dan teman dapam PR menolak pelawaan UMNO.


http://idhamlim.blogspot.com/

[Read More...]


Harga Pasaran Minyak Dunia semasa




[Read More...]


Harga minyak dunia turun, kerajaan didesak tunaikan janji - Dr Hatta





Intan Abdullah

Tue Jul 29, 08 5:04:53 pm MYT

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Hrkh) - PAS mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) menurunkan harga minyak di negara ini selari dengan penurunan harga minyak dunia.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily pagi tadi, Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli meminta kerajaan agar bersikap lebih serius malah mengotakan janji mereka yang sebelum ini akan menurunkan harga minyak selari dengan perubahan harga minyak di peringkat antarabangsa.


"Kerajaan perlu mengotakan janji mereka, kerana sebelum ini Dato' Shahrir Samad sendiri pernah berjanji akan menurunkan harga minyak berdasarkan harga minyak dunia," ujarnya.
Mengulas perkembangan semasa,Dr Hatta berkata harga minyak di Singapura telah pun diturunkan beberapa kali dalam tahun ini namun, Malaysia yang berstatus negara pengeluar minyak atau negara Opec masih tidak mampu melaksanakannya.
Beliau menempelak kerajaan Malaysia yang masih tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa mereka serius membela masalah dan kebajikan rakyat.


"Ia merupakan suatu tamparan hebat kepada Malaysia kerana Singapura merupakan negara pengimport pun berusaha untuk menangani masalah rakyat mereka sedangkan kita sebagai negara pengeluar minyak tidak mempunyai apa-apa inisiatif bagi menjaga kepentingan rakyat," katanya.


Menurutnya, apa yang terjadi mencerminkan sikap kerajaan yang tidak prihatin malah langsung tidak mempedulikan nasib dan penderitaan rakyat.
"Kita lihat tiada inisiatif diambil pihak kerajaan dalam meringankan beban harga minyak dan inflasi tinggi yang ditanggung rakyat, tetapi masih berada di peringkat akan mengkaji harga minyak pasaran," katanya lagi.


Pada masa yang sama, beliau berkeyakinan bahawa harga minyak negara ini berpotensi untuk kembali kepada harga asalnya selari dengan penurunan harga minyak dunia yang semakin giat berlaku.


"Adalah tidak mustahil jika harga minyak kita boleh kembali seperti asalnya, sebab itu saranan Dato' Seri Anwar bahawa Pakatan Rakyat boleh menurunkan harga minyak sebaik memerintah.
"Jika singapura boleh melakukannya, kita sepatutnya lebih mampu menurunkannya," tegasnya.
Menurut laporan beberapa media di negara jiran tersebut, harga minyak petrol turun lagi semalam, sebanyak 10 sen setiap liter yakni penurunan terbesar sejak Ogos 2003 dan ia merupakan kali kelima harga minyak petrol turun dalam tempoh 20 hari.
Semalam, langkah tersebut dimulakan oleh Shell, yang kemudian diikuti Caltex, Singapore Petroleum Company (SPC) dan Mobil.


Dengan penurunan harga itu, harga minyak petrol sebelum ditolak diskaun di kedai minyak sekarang adalah $2.110 seliter bagi petrol oktana 98, $2.036 seliter bagi petrol oktana 95 dan $2.003 seliter bagi petrol oktana 92.


Harga minyak petrol premium sebelum ditolak diskaun pula adalah $2.239 seliter bagi Shell V-Power dan $2.236 seliter bagi Caltex Platinum.


Menurut para penganalisis, harga minyak petrol turun kebelakangan ini kerana kebimbangan tentang permintaan minyak semakin reda.


Harga minyak mentah mencecah paras AS$100 setong pada awal tahun ini, sebelum meningkat ke beberapa paras rekod akibat kebimbangan mengenai permintaan minyak yang terus bertambah ekoran ketegangan antara Barat dengan Iran mengenai program nuklear Teheran.


Ketidakstabilan di Nigeria, salah sebuah negara pengeluar minyak Afrika utama, turut menjadi faktor, kata para pemerhati.


Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Dowjones Newswires, harga minyak boleh jatuh ke paras AS$70 dan AS$80 setong jika dolar Amerika terus kukuh dan kebimbangan mengenai Iran berkurangan, kata ketua Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (Opec), Chakib Khelil, Sabtu lalu. - mks. _
[Read More...]


Pemuda lapor polis terhadap kenyataan Tajol Rosli pancing Adun PAS




Salmah Mat Husain: Foto Rizal Tahir

Tue Jul 29, 08 6:52:19 pm MYT

KOTA BHARU, 29 Julai (Hrkh) - 'Umno Perak ajak PAS bentuk kerajaan dan wakil PAS terus menjadi Menteri Besar'. Tidakkah ia menggambarkan satu bentuk rasuah yang menyalahi Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Tanpa disedari Umno Perak juga meminta Adun PAS melompat parti bagi meninggalkan Pakatan Rakyat yang semakin mantap sekarang.
Sedangkan sebelum ini pemimpin kanan Umno begitu marah apabila ada cadangan anggota parlimen Barisan Nasional (BN) yang dikatakan akan menyertai Pakatan Rakyat.

Mengambil kira aspek tersebut Dewan Pemuda PAS Kubang Kerian hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Dato' Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali yang disifatkan sebagai berunsur rasuah.

Laporan Polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu kira-kira jam 3 petang tadi.
Ketuanya, Mohamad Nuri Yaacob, 37 berkata, tawaran bekas Menteri Besar Perak itu boleh disifatkan sebagai satu bentuk rasuah mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997.

"Dalam laporan akhbar hari ini Tajol dengan jelas menyebut Umno Perak mengajak PAS bergabung bagi membentuk kerajaan negeri yang lebih kukuh di mana wakil PAS kekal menjadi Menteri Besar.

"Dia juga berkata Umno Perak sedia membenarkan wakil PAS terus menjadi Menteri Besar manakala jawatan Exco diagihkan mengikut kesesuaian antara parti gabungan.

"Berdasarkan kepada kenyataan itu jelas menunjukkan terdapatnya unsur 'tawaran jawatan' yang boleh disifatkan sebagai satu rasuah yang menyalahi Akta Pencegahan Rasuah 1997," katanya kepada pemberita.

Sehubungan itu beliau meminta pihak polis menyiasat terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan tersebut dan akhbar yang menyiarkan laporan berkenaan.

Mohamad Nuri juga menyifatkan kenyataan itu seumpama orang yang sudah tersepit dan mengharapkan pertolongan orang lain.

Katanya, tindakan itu juga turut membuktikan Umno Perak masih berhasrat untuk berkuasa walaupun sudah ditolak rakyat.

Hadir sama memberi sokongan kepada laporan polis itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Kota Bharu, Ustaz Baharuddin Mohd Nor dan anggota jawatankuasanya. - mj/mks. _
[Read More...]


Tok Guru Pekena Umno, Karpal Terasa?



Oleh hermansamsudeen
"Bermula dengan kisah muzakarah, Tok Guru Nik Aziz memerangkap pemimpin Umno untuk mempolemikkan isu ini. Mulanya tiada respon, tetapi selepas Dollah mengesahkan bahawa tiga pemimpin Pas ada membuat pertemuan berasingan dengan pemimpin Umno maka jaguh-jaguh kampung Umno naik pundak.Mulalah mereka canangkan Muzakarah Umno-Pas ini menjadi suatu kewajaran untuk masa depan Melayu dan Islam.Belum habis kisah muzakarah, pimpinan Pas bermusyawarah. Keputusannya Pas hanya berminat bermuqabalah. Maka pimpinan Umno yang gelenyai pun mulalah bicara isu muqabalah. Ulama’ Umno dipanggil untuk terangkan maksud muqabalah dan sekonyong-konyongnya mereka menukar lagu dari muzakarah ke muqabalah.


Tok Guru pastinya ketawa geli hati melihat telatah pimpinan Umno yang begitu jakun dengan ungkapan-ungkapan ‘arab’ yang disebutkan oleh beliau. Kesian, tapi tak apalah mereka boleh belajar dan seluruh rakyat sekarang boleh cakap arab sikit-sikit.


Genap seminggu, Tok Guru membuat suatu lagi kenyataan yang mengejutkan semua. Tok Guru cadang parti Umno dan Pas bubar, kemudian bergabung untuk buat satu parti. Tajul Rosli yang gila talak pun setuju. Lantas kenyataan media dibuat untuk pujuk Pas bersatu di Perak. Tapi Ust. Ahmad Awang bijak, pelawaan itu ditolak.


Tajul dan yang lain lupa atau sengaja tak dengar ayat terakhir Tok Guru. Kedua-dua parti kena bubar kalau Umno bersetuju letak Islam sebagai jalan perjuangannya seperti Pas, bukan bubar buta-buta.


Sebelum ini pun, Tok Guru dah sebut bahawa Pas tidak akan tentang Kerajaan termasuklah Umno kalau mereka jadikan Islam sebagai perlembagaan, tapi selagi dasar sekarang tidak diubah maka, pertempuran akan terus berlaku.


Apa yang kelakar sekarang ini, Karpal pula yang terasa. Sebut sahaja Islam dan Melayu maka, melentinglah orang tua ini. Tanpa sedikit pun usul periksa, beliau terus meminta Pas bagi tunjuk sebab pada Pakatan. Bila masa Pas istihar nak masuk Umno atau BN.
Apasal karpal nak gelabah. Beliau tidak berhak untuk minta Pas ikut telunjuknya. Pas hanyalah rakan dalam Pakatan dan organisasi ini hanyalah sekadar kesepaduan politik yang mana setiap anggotanya berhak memimpin dasar parti masing-masing.


Urusan Pas dan Umno adalah urusan peribadi Pas. Pimpinan Pas tahu apa yang sedang dilakukan dan sesekali tidak akan menjual prinsip walaupun ditawarkan dengan jawatan. Pas kenal siapa kawan atau lawan. Semaklah mana-mana buku sejarah, Pas tak pernah tikam belakang atau tinggalkan rakan-rakan yang bergabung bersama Pas.
Apa yang Dap inginkan adalah negara sekular dan idea itu pastilah tidak disukai Pas. Adakah Dap sanggup menghapuskan cita-cita mereka itu untuk bersama dalam Pakatan. Pastilah tidak dan mereka akan gunakan alasan masyarakat majmuk untuk mempertegaskan cita-cita sekular mereka.


Karpal lupa bahawa sejarah Negara Islam tidak pernah menindas orang bukan Islam. Hanya sejarah sekular sahaja yang pernah menghancurkan hubungan bangsa dan agama hingga hilangnya nilai dan akhlak dalam tamadun manusia.


Jadi, dalam soal hubungan Umno dan Pas. Karpal jangan gelojoh dan masuk perangkap Umno yang sengaja mengapi-apikan isu ini bagi menyakitkan hati rakan Pakatan lain. Pimpinan Pas disemua peringkat telah sepakat, Pakatan adalah wadah perjuangan kini dan usaha hubungan dengan Umno akan tetap dilakukan jika memberikan kebaikkan kepada Pas, Pakatan dan rakyat keseluruhannya.
[Read More...]


Doktor: Tiada kesan Saiful diliwat



Harakahdaily
Mon Jul 28, 08 7:19:05 pm MYT

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Hrkh) - Tiada bukti Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pernah mengalami hubungan seks luar tabie seperti itu - demikian hasil pemeriksaan seorang doktor di sebuah hospital swasta, kira-kira empat jam sebelum membuat laporan polis sebulan lalu.

Menurut Malaysiakini, salinan laporan perubatan terhadap bekas pembantu Anwar itu, Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi mengadu mengalami "tenesmus" - kesukaran dan kesakitan membuang air besar.

Dipercayai pemuda 23 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital di Jalan Tun Razak itu kira-kira jam 2 petang pada 28 Jun sebelum diminta ke sebuah hospital kerajaan dan kemudian membuat laporan polis.



Ketika di Hospital Pusrawi, pemuda itu diperiksa oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid.
Dalam laporannya itu, doktor tersebut menyatakan pesakit itu mendakwa diserang dengan dijolok bahan "plastik" di bahagian duburnya.



Mohamed Osman, seperti tercatat dalam laporannya yang direkodkan pada jam 2.14 petang, mendapati dubur Mohd Saiful "tidak mengalami pendarahan aktif", "tiada kesan ulser atau nanah", dan "tiada kesan koyak atau calar".



Beliau juga menyatakan pemuda itu kelihatan "jaga", "selesa", "tidak pucat" dan tidak menunjukkan sebarang tanda demam. - mks._
[Read More...]


BN umpan RM30 juta pikat Adun Pakatan Rakyat di Perak?



Oleh dinaremas"

BESUT, 27 Julai - Keghairahan Umno Perak kononnya akan menubuh kerajaan pada 31 Ogos depan dengan 'membeli' tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat dianggap sebagai igauan di siang hari.Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin berkata, bagi mencapai hasrat tersebut mereka dikatakan sanggup membeli wakil rakyat Pakatan Rakyat sehingga RM30 juta seorang.

Katanya, walaupun Umno menawar harga yang tinggi, namun semua wakil rakyat Pakatan Rakyat di Perak memberi jaminan tidak akan menerima tawaran tersebut sebaliknya akan terus kekal dengan kerajaan sekarang.Oleh itu dakwaan bekas Menteri Besar Perak Dato Seri Tajul Rosli Ghazali yang mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat Perak akan tumbang 31 Ogos ini hanyalah gimik politik semata-mata.Beliau menyatakan perkara itu ketika menyampaikan ceramahnya di Dewan Haji Salleh, Pekan Alor Lintah, baru-baru ini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kini mempunyai 59 ahli di mana 28 Umno, 18 DAP, 7 PKR dan 6 PAS.Beliau juga mengakui pelantikannya sebagai Menteri Besar merupakan satu keajaiban yang telah ditentukan oleh Allah Taala."Walaupun PAS hanya memenangi 6 kerusi Dun berbanding DAP sebanyak 18 dan Parti Keadilan Rakyat 7, namun semua pemimpin parti dalam Pakatan serta baginda Sultan bersetuju melantik Adun PAS sebagai menteri besar.

"Kita telah memberitahu rakyat Perak, Allah Taala telah menurunkan rahmatNya ke atas negeri itu dengan menubuhkan kerajaan melalui kesepakatan di antara pemimpin PAS, DAP dan PKR," katanya.Beliau juga berkata, walaupun Perak merupakan kerajaan berbilang bangsa atau parti, namun pemimpin DAP boleh menerima program keislaman yang dilaksanakan.

Sebagai contoh Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham menanyakan berapa ganjaran yang diberikan kepada qari dan qariah Perak yang berjaya menjadi johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Kedah, baru-baru."Saya mencadangkan kita beri RM1,000 seorang dan Dato� Ngeh pula cadangkan kerajaan negeri memberi RM10,000 seperti diberi kerajaaan Pusat," katanya.Bagaimanapun katanya, pihak yang tidak boleh menerima kerajaan sekarang hanyalah pemimpin Umno yang diketuai Tajul Rosli.


[Read More...]


Perjumpaan YB-YB dari Pakatan Rakyat.



Pesuruhjaya Pas Johor menjawab soalan tentang muzakarah.

Saya dari Johor Bahru nak tanya tentang ASJ dan DJ.

Rakyat bertanyakan soalan, YB PR menjawab soalan

Antara ahli panel yang hadir dari PAS, DAP & PKR



3 orang YB PR adalah Doktor


Dr. Mohamad Taslim, Dr. Boo Cheng Hau dan Dr. Sheikh Ibrahim Salleh.


Perjumpaan YB-YB dari Pakatan Rakyat adalah bertujuan untuk mendengar masalah rakyat untuk dibawa ke sidang Dun. Dikesempatan ini, rakyat di daerah Muar dapat meluahkan masalah-masalah yang dihadapi seperti peparitan, lampu jalan, jalan bertar dan sebagainya. Terdapat juga seorang yang datang dari Johor Bahru semata-mata untuk menyampaikan beberapa soalan berkenaan dengan ASJ dan Dana Johor.

Untuk makluman semua penduduk Johor terutama dalam daerah Muar, peruntukan khas untuk Dun sebanyak RM200,000 tidak disalurkan kepada wakil rakyat yang telah rakyat pilih melalui sistem demokrasi(pilihanraya). Kerajaan UMNO/BN memang sebuah kerajaan yang menginaya rakyat dan masih tidak faham mengapa rakyat menolak UMNO/BN. Jangan terkejut dengan sekatan-sekatan yang dibuat membuatkan rakyat menjadi semakin marah dan seterusnya akan menolak UMNO/BN dipilihanraya yang akan datang.

Peringatan buat parti-parti kompenan BN, lebih baik kamu buat tindakan sekarang keluar dari BN. Kerajaan yang ada sekarang amat sangat lemah, ekonomi yang tidak menentu, inflasi meningkat, peluang kerja terhad, FDI (Foreign Direct Investment) iaitu pelaburan terus asing yang merosot ke tanggan ke-23 dikalangan negara-negara Asia Pasifik. Untuk menyelamatkan negara kita marilah kita bersama-sama dengan Pakatan Rakyat. Yang UMNO boleh masuk PAS atau PKR, MCA/MIC boleh menyertai DAP atau PKR dan boleh menjadi ahli kelab penyokong PAS.
Banyaklah soalan-soalan yang dikemukan dan program ini berjalan dengan lancar sehingga pukul 11 mlm.
[Read More...]


M.B Perak Imamkan Solat Jumaat



Oleh mihnaz

"Assalamu' alaikum.... Warahmatullah Wabarakatuh.Sebagai seorang makmum pada jumaat hari ini tanggal 21 Rejab 1429 bersamaan 25 Julai 2008. Penulis amat berbesar hati untuk berkongsi pengalaman manis sebagai seorang makmum kepada seorang imam yang bergelar Menteri Besar.Tidak seperti biasa, pihak masjid telah mengaturkan program secara bijaksana untuk memanfaatkan peluang yang jarang-jarang sekali itu dengan sebaik mungkin. Selesai berdoa, MB diberi ruang untuk berucap dalam slot pemimpin bersama rakyat.


Slot yang memakan masa hampir 20 minit itu tenyata menarik minat sebahagian besar jemaah di Masjid Tanjong Malim yang mana rata-rata terdiri daripada golongan berpendidikan iaitu penduduk setempat, Profesor-profesor, Dr.-Dr, Pensyarah-pensyarah dan pelajar IPT berdekatan. Masa yang diperuntukkan ternyata digunakan dengan sebaik mungkin oleh MB.Apa yang ingin dikongsikan disini ialah isi dalam sessi slot yang disampaikan oleh MB begitu jelas dan dilihat sebagai bijaksana dimana beliau menekankan tentang pentingnya solat 5 waktu yang dianugerahkan sendiri oleh ALLAH ta'ala kepada Nabi kita MUHAMMAD SAW dalam proses Isra' dan Mi'raj dan ianya berbeza dengan amalan lain yang disampaikan melalui malaikatNYA.


Disini kita melihat betapa seorang MB yang sibuk dengan tugasan harian untuk memerintah negeri memberi peringatan bahawa menjaga solat 5 waktu merupakan amalan yang amat2 dituntut dalam kehidupan harian. SYABASSS kepada MB Perak, inilah pemimpin yang takut kepada ALLAH, dan inilah pemimpin yang ingin membawa rakyat bersamanya ke jalan diredhai ALLAH dan inilah contoh pemimpin yang perlu kita pilih sebagai pemimpin kepada rakyat ..... ALLAHU AKHBARRRRR
[Read More...]


Lokasi Perjumpaan YB-YB Pakatan Rakyat






Tarikh : 27 Julai 2008 (Ahad)

Masa : 8.00 malam

Tempat : Hotel Muar Trader

Semua rakyat dijemput hadir.


[Read More...]


Unit Amal Maran bantu mangsa ribut



Basiron Abdul Wahab
Fri Jul 25, 08 12:22:31 pm MYT

MARAN, 25 Julai (Hrkh) - Empat mangsa ribut di kampung Awah dekat sini menerima bantuan daripada Pasukan Unit Amal PAS Kawasan Maran yang bergotong royong membersihkan kawasan rumah.

Dalam kejadian ribut petang kelmarin empat buah rumah penduduk di kampung itu hampir musnah dihempap pokok. Bagaimanapun tiada kemalangan dilaporakan selain daripada kerosakan harta benda.

Empat mangsa ribut itu ialah, Nasyaruddin Mohamad 32, Zabinah Sulaiman 66, dan Abdul Rahman Ismail 73.

Anggota Amal dengan kekuatan 20 anggota turut disertai Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Maran, Ustaz Ramli Abdul Rahman.

Mangsa mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan Amal di atas keprihatinan mereka membantu masyarakat yang ditimpa musibah.

Semasa banjir tahun lalu, pasukan Amal Maran adalah di antara pasukan yang aktif membantu mangsa banjir mendahului pasukan sukarelawan lain.

Ramli berkata, pasukan Amal mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama dalam menjayakan kerja-kerja kebajikan seperti ini.

"Pasukan Amal tidak mengambil kira anutan politik dalam menghulurkan bantuan, kita tidak seperti pihak tertentu yang bertanya anutan politik dahulu sebelum memberi bantuan," katanya. - mns _
[Read More...]


Pergerakan Anwar dirakam, forensik ambil kesan selepas keluar lokap



Wan Nordin Wan Yaacob
Sat Jul 26, 08 9:20:26 am MYT

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Hrkh) - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Sivarasa Rasiah mendakwa, satu pasukan forensik memasuki lokap dan mengambil kesan-kesan termasuk rambut, bulu-bulu dan sel kulit selepas Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari lokap 17 Julai lalu.

Sivarasa yang juga peguam Anwar berkata, selepas Anwar dibebaskan kumpulan forensik masuk ke dalam bilik lokap tempat Anwar ditahan dan mengambil semua kesan yang dinyatakan.

"Kenapa ini dilakukan dalam kes Anwar? Kenapa hantar kumpulan forensik? Apakah releven siasatan dengan cara begini," kata Sivarasa selepas dipanggil soal siasat di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman semalam.


Sivarasa hadir ke JSJ Bukit Aman bagi memberi keterangan kepada polis berhubung siasatan akuan berkanun pertama penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak dengan Altantuya Shaariibuu.

Menurut Sivarasa, tindakan forensik itu sangat meragukan dan menimbulkan banyak persoalan selepas Anwar menegtahui tindakan itu sehari selepas dibebaskan.

Beliau juga tidak menafikan sebarang kemungkinan polis mengambil DNA Anwar melalui kesan-kesan yang diambil, namun beliau menegaskan bahawa secara saintifiknya sampel itu tidak boleh digunakan.

Sivarasa juga mendakwa, polis turut merakam seluruh pergerakan Anwar, menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) dan perakam video sepanjang beliau berada di Kuala Lumpur, tambah Sivarasa.

Rakaman kamera video itu dibuat oleh anggota polis yang berpakaian biasa, kata Sivarasa.
"Memang kita akan bangkitkan, dalam kes-kes lain tidak ada, tetapi dalam kes Anwar ada. Ini jadi satu persoalan. Ini menunjukkan motif pihak penyiasat. Pihak polis dalam kes ini tidak ikhlas. Ada niat politik tidak ikhlas.," katanya

Begitupun ujar Sivarasa, rakaman tidak dibuat semasa Anwar bersama doktor untuk pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur. /wann _
[Read More...]


RAKYAT MERANA, YB-YB BINCANG PASAL KERETA APA NAK PAKAI






Di saat rakyat bawahan sengsara mencari duit untuk makan dan minum, pimpinan kerajaan negeri sibuk pasal nak pakai kereta resmi jenis apa, Mercedez atau Camry atau Perdana V6. Mereka ini langsung tak fikir kesusahan rakyat marhaen.


Isu pembelian kereta rasmi keraajaan menjadi hangat apabila kerajaan negeri Terengganu dikritik hebat kerana membeli mercedes sebagai kenderaan rasmi menggantikan Proton Perdana V6. Pelbagai reaksi diutarakan oleh pelbagai golongan.


Exco kerajaan Negeri Selangor, YB Ronnie Liu berkata beliau secara peribadi bersetuju jika Kerajaan Negeri Selangor menggunakan Toyota Camry dan bukannya Proton Perdana V6 sebagai kenderaan rasmi Exco dan Pegawai Kanan Kerajaan negeri. Antara alasan beliau ialah Toyota Camry lebih murah dari Mercedez tetapi lebih baik dari V6.


Ronnie berkata beliau sendiri mempunyai pengalaman pahit memakai Perdana V6 apabila kereta tersebut rosak secara tiba-tiba. Bila diperiksa kotak gear mengalami masalah dan tidak boleh dibaiki lagi. Jadi sebab itu beliau mencadangkan kerajaan negeri supaya tidak menggunakan Proton Perdana V6 sebagai kenderaan rasmi.


Menteri Besar Pahang lagi hebat, beliau dilaporkan berkata, kerajaan Pahang tidak kisah, pakai Kancil pun tak apa. Ya ka Tok Nan? Apa yang engkau cakap ini sukar untuk saya percayai sebab plat kereta Tok Nan sendiri bernilai ribuan ringgit. Betul ke boleh pakai Kancil ni? Cakap tu biarkan cermat sikit nanti sendiri yang malu.


Kalau betul Tok Nan boleh menggunakan kancil, sila jual kereta yang Tok Nan pakai sekarang dan gantikan dengan Kancil atau Viva supaya duit rakyat boleh dijimatkan kerana harga kancil atau Viva yang rendah dan penggunaan minyak yang sedikit. Tok Nan jangan cakap kosong tanpa berusaha untuk merealisasikan cakap Tok Nan ini. Jangan cuba bermain dengan kata-kata kalau dalam hati sebenarnya berkata lain.


Jadi saya menggesa semua Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri pulangkan semua semua kenderaan rasmi kepada pihak berkenaan dan silalah order Kancil atau VIVA hari ini juga.


Pak Ali di Melaka tak mahu tukar kereta ke? Saya ingat Pak Ali kalau nak tukar kereta, pakai kereta lembu lagi baik, tak payah kena servis atau buat 'maintenance' di kedai-kedai service kereta. Kereta lembu pun tak pakai minyak, cuma bagi makan rumput yang baik-baik, minuman yang baik. Petang-petang boleh sabit rumput dekat Bukit Katil.


Tak perlu gaduh-gaduh pasal harga kereta dan 'charge' maintenance yang mahal.



[Read More...]


Zalim terhadap keluarga Shahrial - GMI tuntut penjelasan Syed Hamid




Nyza Ayob
Fri Jul 25, 08 4:28:33 pm MYT

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Hrkh) - Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mendesak Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar memberi penjelasan kelewatan membawa keluar tahanan ISA, Shahrial Sinin yang tidak sempat menemui anaknya Aina Mardiah, 17, yang sakit tenat sebelum (Aina Mardiah) meninggal pada 3 Julai lalu.

Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh berkata demikian sebagai respons kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh di Dewan Negara semalam, bahawa kerajaan akan mempertimbangkan cara terbaik untuk mempercepatkan proses menandatangani borang keluar bagi tahanan ISA yang ingin menziarah keluarga terdekat yang sakit atau meninggal dunia.

Wan Ahmad Farid juga menyatakan, mengikut prosedur ISA, tahanan yang ingin keluar melawat keluarga yang sakit memerlukan tandatangan menteri terlebih dulu.

Isu mengenai kelewatan membawa keluar Shahrial melawat anaknya itu dibangkitkan Senator Zamri Yusuf yang menyatakan Shahrial yang ditahan di Kem Tahanan Perlindungan Kamunting tidak dibenarkan keluar daripada pusat tahanan itu untuk menemui anaknya walaupun keluarganya membawa dokumen sokongan daripada Hospital Kajang yang mengesahkan anaknya sakit tenat.

Pihak kem tahanan memaklumkan Shahrial dibenar keluar hanya selepas menteri menandatangani borang tertentu.

Sementara itu, Syed Ibrahim juga melahirkan kekesalan dengan jawapan yang diberikan Timbalan Menteri berkenaan.

"Kita sudah dapat mengagak jawapan yang akan diberikan. Respons yang diberikan adalah jawapan lazim apabila isu kelewatan membawa keluar tahanan ditimbulkan. Kami mengambil sikap positif apabila beliau menyatakan akan menimbang perkara tersebut

"Bagaimanapun kami membuat keputusan menghantar surat kepada Menteri Dalam Negeri meminta penjelasan daripadanya apakah prosuder bagi membenarkan tahanan keluar untuk melawat keluarga yang dalam kecemasan. Kami tidak pasti dimana kelewatan proses menandatangani borang tersebut sama ada pihak kem tahanan, polis atau menteri sendiri,"katanya sewaktu dihubungi Harakahdaily hari ini.

Jelas Syed Ibrahim dalam surat yang dihantar kepada menteri terbabit semalam, beliau turut menyebut kronologi yang berlaku, iaitu makluman mengenai Aina Mardhiah telah diberi 48 jam sebelum beliau meninggal dunia.

"Takkkan mesti menteri kena tanda tangan borang tersebut? Bagaimana jika menteri tersebut berada di luar Kuala Lumpur, menghadiri program atau ke luar negara?
"Oleh kerana kes ini telah berlaku, saya menuntut Syed Hamid membuat penjelasan kepada isteri dan ahli keluarga Shahrial Kami bimbang kes yang sama akan berlaku lagi pada masa akan datang,"katanya.

Sementara itu, Pengarah Kempen Bebaskan Tahanan Enam Tahun ISA, Nor Laila Othman menyatakan pihak kem tahanan telah dimaklumkan tentang keadaan kritikal anak Shahrial sejak jam 3 petang pada Rabu 2, Julai.

Katanya walaupun selepas itu ada kiriman faks dari laporan doktor, berita itu langsung tidak disampaikan oleh pengurusan Kemta pada Shahrial.

"Shahrial hanya mengetahui keadaan kritikal anaknya apabila isterinya, PuanFatma memaksa pihak kem tahanan membenarkan beliau bercakap sendiri dengan Shahrial pda hari Khamis 3 Julai jam 10 pagi.

"Walaupun berita itu disampakan,namun, Shahrial masih tidak dapat dibawa keluar dari Kemta lebih awal kerana ada peraturan baru iaitu, pergerakan keluar dari kem tahanan bagi tahanan ISA mesti mendapat surat kebenaran yang ditandatangani dari Menteri Dalam Negeri,"katanya.
Jelas Nor Laila, kesukaran mendapatkan tandatangan Menteri Dalam Negeri diakui oleh tiga orang polis cawangan Khas (SB) yang mana salah seorang darinya bernama Ayub, yang mengesahkan bahawa ketika itu jam 11pagi Khamis 3 Julai, sebaik saja doktor di wad 4 Hospital Kajang itu memberitahu beliau bahawa keadaan Aina Mardhiah sangat kritikal, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pegawai polis tersebut.

Tambahnya, SB bernama Ayub itu berjanji bahawa Shahrial dikatakan akan dibawa ke Kuala Lumpur pada jam 1 tengahari dan dijangka sampai di Hospital Kajang pada jam 5 petang.
Bagaimanapun katanya,Aina Mardhiah telah meninggal dunia pada jam 6.15 petang. Shahrial hanya tiba di rumah jiran mereka, dimana jenazah ditempatkan, pada jam 9.45 malam. Katanya, Shahrial memberitahu, beliau hanya dibawa keluar dari kemta pada jam 5 petang hari yang sama.
Jelasnya, peraturan baru ( yang memerlukan tandatangan Menteri Dalam Negeri menambah lagi penderaan mental terhadap tahanan ISA dan keluarga .
Dalam pada itu, Norlaila menyangkal kenyataaan Wan Farid bahawa sejumlah 11 daripada 17 permohonan tahanan ISA untuk bantuan kewangan keluarga masing-masing sudah diluluskan dan menerima bantuan kewangan daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah serta Baitulmal.

Melalui tinjauan rambang yang diadakan terhadap beberapa orang isteri tahanan ISA, terutamanya mereka yang telah menjadi mangsa lebih dari 6 tahun,semuanya mengesahkan mereka tidak pernah menerima sebarang bantuan dari Baitulmal.

Berikut adalah sebahagian dari mereka yang di hubungi Nor Laila:

1) Halimah Ishak, isteri kepada tahanan ISA Mohd Khaidir Hadran, yang ditahan sejak tahun 2003. Beliau mempunyai 8 orang anak berumur antara 6 hingga 19 tahun.Pendapatan hariannya adalah dari air soya yang dibuat sendiri dan dijual di pasar tani di Negeri Sembilan. Beliau tidak pernah mendapat sebarang bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat mahupun Baitul Mal.

2) Zulaiha Samsuri,isteri tahanan ISA Abd Murad Sudin, yang ditahan sejak tahun 2003. Beliau tinggal di Perak.Beliau mempunyai 4 orang anak berusia 6 hingga 13 tahun.Beliau tiada pekerjaan tetap, dan mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat berjumlah RM300 sebulan.Tetapi beliau tidak pernah mendapat sebarang bantuan dari Baitul Mal.

3) Zakiah Mat, isteri tahanan ISA Dr Abdullah Daud, yang ditahan sejak Januari 2002. Beliau mempunyai 12 orang anak berusia antara 10 - 23 tahun.Bekerja sebagai "baby-sitter" dan membuat kueh mueh dijual pada jiran-jirannya.Beliau tidak pernah mendapat bantuan dari mana-mana institusi Baitul Mal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.Beliau tinggal di Johor Bharu.

4) Hampir semua isteri Tahanan ISA "JI" yang telah ditahan di Kem Kamunting melebihi 6 tahun, tidak pernah menerima sebarang bantuan dari Baitul Mal mahupun Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mereka ialah Siti Norma Ismail isteri kepada Abdullah Minyak Silam, Jurainah Basari isteri kepada Suhaimi Mokhtar, Fatma Masrum, isteri pada Shahrial Sirin, Fatimah Bt Shamsudin anak kepada tahanan ISA Shamsudin Sulaiman, Sajaratul Dursina isteri kepada Yazid Suffat dan Norlaila Othman isteri kepada Mat Sah Bin Mohd Satray. - mr_
[Read More...]


Memang benar ini adalah episod tarbiyah kepada semua ahli PAS



Oleh mazwandi

"Melihat suasana terkini, cuaca seperti sudah reda dari hujan lebat. Maaf, bukan hujan lebat, tetapi dilihat seperti sudah reda dari ribut taufan skala Myanmar. Bising-bising, kutuk mengutuk, berburuk sangka, marah memarahi tanpa adab, sembur-menyembur ungkapan hina-dina dan tohmah mentohmah kepada kepimpinan PAS oleh ahli PAS sendiri seperti sudah hilang dan sayu.

Bukan setakat ahli PAS tahunan RM3.00, tetapi yang seumur hidup RM100, yang memegang jawatan dan juga yang memegang jawatan EXCO negeri pun ada yang terbabas dengan riuh rendah berkata-kata tentang tidak setujunya kepada kepimpinan dengan cara yang agak meresahkan kami yang hanya ahli 'grass root' PAS.

Muzakarah telah bertukar menjadi muqabalah. Perbedaan pendapat rupa-rupanya jika diperhalusi dengan tenang dan iman, sebenarnya adalah persamaan yang tidak ternampak oleh kita kerana kejahilan melihat tindak tanduk seseorang. Tok Guru Nik Aziz yang kami cintai, Tok Guru Abdul Hadi yang kami kagumi, kedua-duanya adalah tokoh besar yang cintakan Islam lebih dari segala-galanya.

Mungkin boleh diperhalusi, sebenarnya perkara ini berlaku adalah kerana sebagai ujian dari Allah SWT kepada ahli PAS. Ujian dari Allah untuk melihat akhlak kita sebagai jemaah Islam terhadap kepimpinan. Ujian dari Allah untuk kita sebagai individu sendiri untuk diperhalusi, adakah kita ini berada di dalam jemaah untuk Islam atau untuk kedudukan atau untuk menunjuk-nunjuk. Adakah untuk akhirat atau untuk dunia.

Adakah mungkin kita telah dikaburi dengan kemenangan dan jawatan sehingga menganggap kedudukan kita yang sudah berjawatan adalah setaraf dengan kepimpinan tertinggi jemaah, Presiden dan Mursyidul Am.

Paling dirasai ialah ahli-ahli 'grass root'. Sifat kurang diajar dan biadap kepada kepimpinan seperti telah diluahkan seluah-luahnya kepada kepimpinan dengan peristiwa ini. Sesiapa ahli yang sudah terlanjur, maka inilah masanya untuk kita untuk bermuhasabah diri, untuk kita menginsafi kepada perlakuan kita, untuk melihat ego kita yang sememangnya ego tidak bertempat, untuk bertaubat agar akhlak Islam di dalam jemaah diperkukuhkan agar tidak mengulangi perkara yang tidak dirancang ini dari berlaku lagi dan lagi dan lagi.

Semua ahli patut beristighfar banyak-banyak meminta keampunan kepada Allah, agar sifat buruk yang telah ditonjolkan oleh kita dibuang sejauh-jauhnya agar tiada lagi sifat buruk ini terpalit di dalam hati kita.

Bersyukur kita kepada Allah, kerana berlakunya peristiwa muzakarah ini, alhamdulillah, diharap dengan tarbiyah ini, maka jemaah Parti Islam SeMalaysia menjadi lebih kukuh dan kuat kerana kemungkinan, perang yang lebih besar sedang menanti kita di masa mendatang.

Takbir!

[Read More...]


50 Tahun selepas UMNO/BN memegang tampuk pemerintahan di Johor



Anda boleh tafsirkan sendiri gambar diatas
Banyak papan dan kayu yang telah reput

Lihatlah sendiri betapa daifnya rumah ini.


Cermin yang pecah pun tak berganti




Rumah pun dah uzur.




Kerja-kerja baik-pulih sedang berjalan.



Inilah pembangunan selepas kerajaan negeri pimpinan UMNO/BN (MIC & MCA). Sepatutnya selepas 50 tahun merdeka rakyat terbela dengan keperluan asas seperti rumah dan seumpamanya.
Inilah slogan keramat UMNO "Tradisi membela rakyat", tapi apa yang dibela tak tahulah. Perut agaknya !!!. Walaupun demikian kami percaya masih ada sebilangan kecil ahli UMNO yang perihatin. Sumbanglah seberapa yang mampu untuk amal bekalan ke alam yang satu lagi.
Gambar-gambar diambil semasa lawatan wakil rakyat Pakatan Rakyat Dr. Sheikh Ibrahim di Dun Sg. Abong dalam bulan Mei yang lepas. (Gambar diambil oleh PA Dr. Sheikh Ibrahim, En. Ahmad Jimin.)


Tiada apa yang boleh diungkapkan oleh pemilik rumah melainkan kesyukuran terhadap Illahi masih ada manusia yang perihatin dan beliau ialah wakil rakyat Dun Sg. Abong yang baru.


Oleh kerana peruntukan wajib buat wakil rakyat pembangkang disekat, pihak kami merayu bagi pihak wakil rakyat Dun Sg Abong Dr. Sheikh Ibrahim dapat memberi sumbangan kewangan untuk membela rakyat di Dun Sg. Abong ini.


Bank : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

No Akaun: 01 023 01 0066 009

Atas Nama : SHEIKH IBRAHIM SALLEH


Sila maklumkan melalui s.m.s. kepada 013-7335784, iaitu nama dan amaun setelah anda menyumbang.


Semoga segala sumbangan ini diberkati olehNya dan kami doakan agar saudara/i dimurahkan rezeki.
[Read More...]


Surah Ar-Rahman



[Read More...]


Lebih baik UMNO Tumpukan Perhatian Atasi Masalahnya



Thursday, 24 July 2008 13:00


Saya merujuk kepada kenyataan Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang tadi. Tan Sri Muhammad berkata akan ada lebih banyak mesyuarat di antara PAS dan UMNO.

Nasihat saya kepada Tan Sri Muhammad ialah untuk menumpukan perhatian menyelamatkan partinya yang sedang menuju kehancuran tanpa cuba menggunakan Parti lain untuk membantunya. Kerajaan UMNO yang mereput tidak boleh diselamatkan dengan gimmick seperti itu.


Langkah seterusnya bagi Pakatan Rakyat ialah bagi Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat bertanding di dalam pilihanraya kecil dan dari situ, sikap UMNO boleh diukur nanti. Kemenangan Dato’ Seri Anwar boleh menggugat Abdullah dan UMNO. Untuk itu, lebih baik UMNO menguruskan kusut masai parti mereka tanpa melibatkan orang lain.



http://www.husammusa.com/
[Read More...]


PAS konsisten pertahankan prinsip



Roslan Shahir
Thu Jul 24, 08 5:49:39 pm MYT

Kebelakangan ini kita banyak melihat PAS khasnya melalui Dewan Pemudanya sering melakukan protes sama ada terhadap kerajaan negeri milik bersama Pakatan Rakyat mahupun kerajaan yang diterajui BN. Ianya bukan sesuatu yang baru tetapi lebih kerap kebelakangan ini.

Terbaru Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan telah menyerahkan nota bantahan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur berhubung konsert yang melibatkan artis Indonesia kontroversial, Inul, yang dijadual diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 27 Julai ini.

Sebelum itu Pejabat Daerah Johor Bharu telah membatalkan konsert yang sama yang sepatutnya diadakan di daerah tersebut 19 Julai lalu. Khabarnya Dewan Pemuda PAS Johor adalah antara yang terlibat membantah program itu.

Mengapa penting sangat kita membantah acara-acara ini, sebagaimana Dewan Pemuda Selangor merasakan penting membantah konsert Ella dan Mas Idayu di Stadium Shah Alam baru-baru ini?

Sudah pastilah ianya kait-mengait dengan asas dan dasar perjuangan kita. PAS adalah sebuah gerakan Islam dan jelas terpahat kukuh Islam sebagai dasarnya dan Islamlah juga tujuan dan matlamat perjuangannya. Lantaran itu terpikullah atas kepala bahu setiap ahli dan pendukungnya, amanah untuk memastikan yang Islam dalam apa keadaan sekalipun diperjuang, dipertahan dan dipelihara.
Allah SWT berfirman:
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian adalah orang-orang yang berjaya. (ali Imran: 104)

Lalu dalam hal ini, PAS lah puak itu, dan tindakan PAS melalui Dewan Pemudanya itu merupakan manifestasi dari pegangan ahli-ahli PAS terhadap ayat ini malah seluruh yang dituntut dan diseru serta dijanjikan oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan oleh Rasul s.a.w. melalui sunnahnya.

Kerana itu PAS tidak boleh berdiam diri dalam isu-isu kemasyarakatan dan negara khasnya yang melibatkan Islam, nasib dan masa depannya. Isu-isu Islam sama ada yang kecil atau remeh sehinggalah yang besar dan yang berkaitan dengan kenegaraan, hukum dan perundangan akan terus diperjuangkan sebagaimana yang ternukil di dalam perlembagaan parti.

Mungkin ada sesetengah pihak merasakan tindakan PAS membuat bantahan terhadap konsert itu sesuatu yang tidak signifikan. Ternyata mereka ini tidak mengenali PAS. PAS sama ada dalam keadaan ia menang besar atau tinggal satu kerusi parlimen, tanpa satu negeri pun yang ditadbir, tetap konsisten dalam usaha-usahanya. Jika tidak ia seolah menggugurkan prinsip dan dasar perjuangannya yang didukung sejak lebih 50 tahun lalu.

Kerana itu sejarah telah membuktikan PAS, sama ada dalam keadaan bersendirian atau bertahaluf dengan pihak lain, tidak pernah sekali-kali bersetuju atau bersedia menggadaikan prinsipnya kerana kemahuan kawan atau tuntutan kuasa. Dalam apa keadaan pun redha Allah adalah lebih penting dari redha manusia dan populariti. Inilah dasar yang dipertahankan oleh para pengasas kita, membawa ke zaman Almarhum Dr Burhanuddin, Almarhum Prof Zulkifli, sehingga ada yang keluar masuk penjara, tercedera hatta syahid di Memali.

Kerana itu PAS akan terus berjalan sama ada bersendirian atau berkongsi kuasa bagi menerokai jalan untuk memungkinkan Islam mendapat ruang dan peluang untuk dilaksana dan dinobatkan. Sesiapa sahaja yang membuka ruang dan peluang itu akan menjadi rakan PAS dan sesiapa sahaja yang mengekang atau menghalangnya akan ditinggalkan oleh PAS.

Kita mahu melihat 50 tahun berikutnya, PAS menempuh era baru dimana dasar dan perjuangannya diberi pengiktirafan dan dihormati serta diterima oleh semua. Itulah perjuangan kita dahulu dan itulah perjuangan kita insya Allah sampai bila-bila. - tajdid

Roslan Shahir bin Datuk Mohd Shahir adalah Setiausaha Akhbar Presiden PAS._
[Read More...]


7.7% kadar Inflasi: Krisis Penjernihan Iklim Politik dan Ekonomi Negara



Oleh nusa"Bloomberg

Asia hari ini melaporkan, kadar inflasi negara pada bulan Jun 2008 ialah sebanyak 7.7% dan sekaligus mencatatkan rekod tertinggi sejak 26 tahun lalu.Kenaikan inflasi yang mendadak ini sekaligus mencetuskan spekulasi yang Bank Negara akan menaikkan kadar faedah dalam tempoh terdekat.Sedangkan pihak umum mengetahui kadar faedah pembelian kereta telah pun dinaikkan oleh pihak bank-bank tertentu mulai bulan Jun baru-baru ini. Berdasarkan maklumat sumber dalaman bank, CIMB Bank dikenalpasti mendahului bank-bank di Malaysia.

Datuk Shahrir Samad, Menteri di KPDN&HEP dipetik sebagai berkata :“Indeks Harga Pengguna untuk bulan Julai turut dijangka akan melebihi 7% dan berkemungkinan besar, Malaysia akan mengikut cara Thailand dan Indonesia yang sudahpun menaikkan kadar faedah mereka.”Bila ditanya bilakah kerajaan akan menaikkan kadar faedah, Shahrir berkata :“50-50 dalam minggu ini dan jika tidak, mungkin pada Ogos ini”

Komentar:
Tahniah Pak Lah kerana menyebabkan Masyarakat Malaysia menghadapi krisis ekonomi yg buruk sejak 26 tahun dan dijangka paling buruk dlm 2/3 bulan yg mendatang sekiranya tiada tindakan yg komprehensif dilakukan terhadap pengurusan ekonomi dan politik Negara
Tahniah Bank adik beradik Pak Jib mendahului bank2 lain dlm “menaikkan taraf hidup” rakyat jelata dgn cekap, efisyen dan cepat.



Tahniah Pak Shahrir pendokong kuat Pak Lah yang juga “bijak bestari” dlm menguruskan hal ehwal rakyat jelata dgn ide2 yg flip flop.

Tahniah yg paling besar ialah kpd Tun M yg mengekalkan tradisi bijaksana menyerahkan kepimpinan yg “meNAIKkan” segala kemajuan utk rakyat sambil sempat menikmatinya diakhir titi usia remajanya kini.

Tahniah kepada rakyat Malaysia yg mengundi Be End dgn penuh bangganya hari ini, esok dan kekal abadi

Apakah tiada tindakan yang boleh dilakukan oleh Pak Lah sebagai pemimpin yang pernah hidup bersama rakyat jelata. Adakah boleh “lena” melihat penderitaan rakyat melalui Istana Putrajaya dgn segala kemewahan anak menantu. Tidak terhimbaukah akan keperitan dan kesengsaraan rakyat dgn KENAIKKAN yg mendadak? Apa lagi yg nak dicari dlm kehidupan sementara ini. Segala nikmat dlm kehidupan dunia ini hanya sekelumit cuma. Tiada yg kekal.

Apa tindakan segera?

Istighfar banyak2. Hidup ini hanya sementara. Esok Lusa ke alam barzakh. Tiada bekalan melainkan amalan soleh di mukabumi ini.

Review semula pengurusan ekonomi dgn dimulai penurunan harga minyak agar kadar inflasi tidak mencanak NAIK menggila dlm bulan2 yg mendatang.

Kurangkan 10-20% harga minyak awal Ogos ini.

Tarik pelabur2 asing ke Malaysia dgn pengurusan Negara yg telus dari sudut politik, ekonomi dan sosialnya

Jangan serah kepimpinan & alih kuasa kpd mereka yang sudah tampak boros dlm pengurusan ekonomi dan bobrok politik mrk yg khayal dgn kemewahan dewasa ini.

Pastikan tiada campurtangan kuasa dlm pelaksanaan system kehakiman Negara
Biarkan Pihak BPR menjalankan siasatan yg telus tanpa mengira kasta
Panggil pakar-pakar ekonomi tanpa mengira partai utk berbincang dan mengemukakn pelan tindakan komprehensif negara dan LAKSANA SEGERA

Kalau tak boleh buat… letakLAH jawatan dgn buat Pilihanraya agar rakyat buat pilihan.

[Read More...]


Amy Search akan muncul di Ipoh sempena Muktamar PAS



Amy Search akan muncul di Ipoh sempena Muktamar PAS 54 yang akan diadakan di Stadium Indra Mulia pada pertengahan Ogos ini nanti.Demikian dimaklumkan oleh Saudara Badrain selaku ketua Jawatankuasa Pelaksana Muktamar tersebut.Sekretariat Jamaei akan menguruskan program tersebut yang diberi nama Malam Expresi Kesenian Islam“Kehadhiran Emy akan memberi tarikan kepada anak-anak muda untuk bersama dalam majlis seumpama ini supaya mereka tidak kekok dengan majlis-majlis anjuran PAS dimasa-masa yang akan datang.Kami mahu mereka dapat mencari jalan pulang, Insya’Allah,” katanya.

Ditanya , apakah nanti tidak akan timbul kesan negatif sebagaimana yang baru-baru ini sebagaimana konsert PROTEST yang baru lalu, beliau berkata, persembahan Amy hanya menggunakan musik unplug ; lagi pun Amy sangat berpengalaman dan kami akan pastikan persembahannya bersesuaian dengan majlis tersebut.Saudara Badrain menjelaskan, selain kemunculan Amy, pihak penganjur telah mendapat persetujuan lain-lain artis untuk hadir membuat persembahan.




“Antaranya ialah kumpulan nasyid terkenal Far-East dan juga kumpulan Saff One.Selain itu ada juga persembahan deklamasi sajak oleh sasterawan dan penulis terkenal Dinsman , Muhaimin & Zuar XPDC dan HM Salleh.”




Apabila ditanya kenapa tidak dijemput sama Akil Hayi, seorang selebriti tempatan yang seketika dulu sering bersama program anjuran PAS ; beliau berkata , program tersebut lebih bersifat persembahan amal kerana kami tidak mengenakan apa-apa bayaran ; Kami sangat berterima kasih kepada mereka yang sudi bersama menyumbangkan amal bakti dengan kos yang sangat sederhana dan sesuai dengan bajet kami.


Sumber : Alhusseyn
[Read More...]


Tutup fail muzakarah, hanya ada sekadar muqabalah - Mursyidul Am




KOTA BHARU, 23 Julai (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan isu muzakarah sudah tutup fail dan apa yang berlaku sekadar pertemuan biasa (muqabalah)."Pada kenyataan yang lepas saya benarkan pertemuan di antara pemimpin PAS dan Umno berkaitan Islam dan masalah rakyat, serupa sahaja dengan kenyataan yang disebut Presiden PAS.

"Kalau difahami betul-betul tidak bercanggah di antara satu sama lain. Kalau ada perjumpaan hendak masuk Barisan Nasional ia langsung tidak ada. Kenyataan Presiden pun memang begitu,"katanya pada persidangan media di sini, lewat petang ini.

Sebelum itu rombongan anggota Majlis Syura Ulama mengunjungi Menteri Besar Kelantan di JKR 10 di sini. Perbincangan terbabit diadakan hampir dua jam.

Turut kelihatan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; timbalannya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din; Naib Presiden, Ustaz Ahmad Awang dan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Mohamed Daud.

Ikut serta pertemuan tersebut Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman.

Bagaimanapun Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahu perkataan muzakarah yang di'geger'kan sebelum ini ditukar kepada istilah muqabalah (perjumpaan biasa).

Menurutnya keputusan syura sebelum ini bersetuju diadakan pertemuan biasa dengan pemimpin Umno kerana syura sudah membuat keputusan sebulat suara.

Perkara itu diputuskan pada 23 April lalu manakala pertemuan dengan pemimpin Umno hanya diadakan pada 20 Julai lalu.

Ustaz Abdul Hadi pula berkata, apa yang sebenarnya berlaku bukan muzakarah sebaliknya muqabalah di antara PAS dengan Umno bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dialami umat Islam dan rakyat seluruh negara.

"Masalah yang dialami di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat kita minta kerajaan pusat menyelesaikan. Itu yang kita bincangkan dalam pertemuan dengan pemimpin Umno.

"Tidak timbul masalah PAS menyertai kerajaan kerana PAS masih lagi bersama dengan Pakatan Rakyat. Kita akan terus dengan Pakatan sekarang memenuhi hikmah-hikmah politik yang kita perjuangkan,"katanya.

Bagaimanapun katanya dalam Pakatan Rakyat persefahaman kita tidak akan menjadi halangan, masing-masing memperjuangkan ideologi dan tetap berganding dalam isu-isu bersama.

Menurutnya sebagai orang Islam, PAS wajib menyuarakan kepada orang Islam lain dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan keadilan Islam kepada semua kaum yang ada di negara ini.
Kata beliau di atas prinsip itulah diputuskan Majlis Syura Ulama di mana Timbalan Presiden dan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali bertemu dengan pemimpin Umno bagi menimbulkan isu-isu berkaitan.

Manakala Dr Haron berkata, Majlis Syura Ulama PAS menyedari masalah tersebut berlaku sebelum disedari wartawan, di mana perbincangan Majlis Syura mengenainya dibuat pada April lalu.

"Ketika itu tidak timbul isu muzakarah. Majlis Syura telah menangapi perlu diberi ruang untuk kita bermuqabalah dari face to face.

"Namun apa yang timbul sekarang perkataan muzakarah itu seolah perlawanan seperti yang berlaku di Dewan Bahasa dan Pustaka baru-baru ini di antara Menteri Penerangan dan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

"Kita tidak mahu berlawan macam itu, kita nafikan ada muzakarah. Kalau dedahkan begitu akan menimbulkan masalah kerana akan ada yang kalah dan menang. Hanya apa yang ada sekadar pertemuan biasa," katanya.

Beliau menjelaskan mengapa hendak dilarang pertemuan biasa dan PAS bersetuju bekerjasama dalam semua perkara demi kebaikan semua rakyat di Malaysia.

Ditanya pertemuan lain bakal diadakan selepas ini, kata beliau itu mengikut keperluan.
"Bagaimanapun kita mahu lihat respon daripada Umno terhadap apa yang kita kemukakan terlebih dahulu," ujarnya.

Menurutnya juga usaha pertemuan itu sebenarnya dianjurkan pihak Umno.
Kata beliau, mereka yang mengusahakan dan bukti jelas dilihat kepada kenyataan ada tiga pertemuan sebelum ini dibuat sendiri Presiden Umno.

"Mereka yang membuat kenyataan dan merekalah yang mengusahakan pertemuan sebelum ini,"katanya. - mj/mks
[Read More...]


Singapura Tidak Puas Hati Lagi



Singapura Tidak Puas Hati Lagi
Rakyat Johor sangat kesal dengan tindakan terbaru Singapura yang ingin menuntut pula kawasan perairan wilayah dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di sekitar Pulau Batu Putih yang baru sahaja dimenangi Singapura melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Mei yang lalu.

Tindakan Singapura ini dilihat seolah-olahnya mencabar kedaulatan Johor dan Malaysia amnya biarpun kedua-dua negara baru sahaja menyelesaikan masalah tuntutan Pulau Batu Putih dan Batuan Tengah.

Kerajaan Umno Barisan Nasional sudahpun hampir 51 tahun memerintah Malaysia dan tuntutan Singapura ini adalah petanda betapa negara jiran ini dengan mudahnya memperkotak-katikkan Malaysia melalui isu tanah Keretapi Tanah Melayu, penjualan pasir dan air, tambakan laut dan pengunaan ruang udara untuk latihan tentera dan banyak lagi.

Singapura menggunakan peruntukan Undang-undang Laut (UNCLOS) yang ditandatangani pada konvensyen 10 Disember 1982 dibawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan mendakwa mempunyai kawasan perairan wilayah sehingga maksimum 12 batu nautika dan EEZ yang konsisten dengan Konvensyen.

Sultan Johor, Sultan Iskandar dalam sidang Dun Johor baru-baru ini bertitah baginda akan cuba berusaha untuk mendapatkan semula Pulau Batu Putih dengan mengatakan Batu Putih adalah milik Johor sampai bilapun.
Malaysia akan terus mencari bukti mengenai kes Batu Putih dengan pandangan untuk mendapatkan satu semakan penghakiman ICJ terhadap keputusan yang menyerahkan batuan itu kepada Singapura.
Sebelum ini Singapura dan Malaysia sudahpun bersetuju menunjukkan rasa hormat mereka terhadap undang-undang antarabangsa dan komitmen untuk menyelesaikan pertikaian itu secara aman dan akan menerima apa juga keputusan.

Setelah Iskandar Malaysia hendak digadaikan oleh UmnoBN di tangan Singapura kini perairan pula hendak dirampas oleh Singapura.

Sahlah UmnoBN tidak pandai memerintah...Sumber : Jundullah
[Read More...]


Ada niat lain Umno bersungguh mahu bermuzakarah - Nik Aziz



Oleh: Lanjusoh
Wed Jul 23, 08 2:55:23 pm MYT

KOTA BHARU, 23 Julai (Hrkh) - Mursyidul Am PAS menyamakan tawaran Umno hendak bermuzakarah dengan kisah Masjid Dhirar yang pernah dibina bagi tujuan memecahbelahkan Islam.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, masjid itu dibina bukan untuk penyatuan tetapi untuk menyemai benih perpecahan.

"Kisah Masjid Dhirar bukan dongengan orang terdahulu, tetapi ada di dalam al-Quran sebagaimana dalam Surah At-Taubah di mana terdapat empat niat jahat maksud pembinaan masjid itu iaitu untuk menimbulkan kemudharatan kepada orang-orang mukmin.

"Untuk kekafiran, memecah belah antara orang-orang mukmin dan untuk menunggu kedatangan oang-orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sejak dahulu," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, suasana itu boleh kita kiaskan bagi membaca niat pemimpin Umno yang sangat beria-ia untuk bermuzakarah dengan pemimpin PAS.
Menurutnya Umno bercakap soal menjaga Islam dan Melayu ini seolah-olah hanya mereka sahaja yang boleh menjaga orang Melayu.

"Dia fikir dia seorangkah yang mengerti dan bertanggungjawab menjaga Islam. Dia sudah lama memegang kerajaan. Boleh jadi, Umno sudah sampai ke peringkat tidak percaya orang lain juga boleh menjaga Islam dan Melayu.

"Sedangkan PAS pun faham dan reti juga dan mungkin lebih reti daripada mereka dalam perkara ini. Jangan Umno fikir ini Islam dan Melayu hak monopoli, hak eksklusif yang menjadi pajakan Umno sahaja," katanya.

Bagaimanapun katanya, kalau perlu juga kepada muzakarah bolehlah difikirkan selepas pilihan raya umum ke-13.

Baru-baru ini media melaporkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa Umno dan PAS sudah mengadakan tiga kali pertemuan membincangkan perkara berkaitan agama dan perpaduan Melayu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan melahirkan rasa bimbang PAS akan dianggap sebagai khianat kepada rakan-rakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

"Saya cukup kesal. Selaku Mursyidul Am, saya berhak menegur. Ini berasaskan prinsip Wal-Ashr. Dalam semangat demokrasi pun, ini menandakan bahawa masih suburnya proses konsultasi, berbeza atau bersamaan pendapat dalam PAS.

"Pada saya, muzakarah boleh, tetapi atas dasar peribadi dan tidak atas nama parti,"ujarnya.
Kata beliau apa jaminan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat tidak berpecah dengan langkah terlalu ghairah untuk bermuzakarah sesetengah pemimpin.

Ini katanya boleh disifatkan sebagai anti perpaduan dan anti kestabilan.
"Contoh telah pun ada pada tahun 1970-an di mana PAS berpecah tiga iaitu Berjasa, Hamim dan Bebas Bersatu. Bagaimanapun, jika diteruskan juga dan berlaku perpecahan.

"Saya tidak mahu memikul tanggungjawab langkah yang saya tidak restu,"kata beliau. - mj/mks. _
[Read More...]


Kualiti kereta? tanya Ahmad Said



Oleh keretaburuk




Kos menyenggara Proton Perdana V6 Executive yang dibayar oleh kerajaan Terengganu pernah mencecah RM175,229.97 dan RM132,357.76 sebuah untuk tempoh empat tahun.
Sungguh lumayan bengkel kereta yang dapat tender untuk menyenggara kereta kerajaan negeri. Apa punya cikai proton perdana V6 perlu diselenggara sedemikian rupa dengan menelan kos lebih rm 100k. Pihak proton perlu tampil ke depan untuk menjawab kenapa begitu cikai proton perdana V6.
Adakah begitu mahal alat ganti atau penyenggaraan kereta proton perdana V6? pihak proton perlu jawab. Kenapa kerejaan negeri terengganu sahaja menghadapi masalah dengan kereta perdana V6 dengan kos penyenggaraan begitu rupa? Rakyat pun beli perdana V6 ini, tiada pun penyenggaraan kereta sebegitu besar. Kerajaan negeri terengganu tukar enjin perdana baru setiap setahun sekali kah?
Utusan Malaysia -Pekeliling itu mensyaratkan penggunaan kenderaan rasmi hanya terdiri kenderaan buatan tempatan atau dipasang dalam negara (CKD). Kenyataan itu menyebut, penggunaan Mercedes E200 Kompressor memenuhi syarat berkenaan kerana model CKD itu dipasang di kilang di Pekan, Pahang.
Pandai sungguh tok said kita nak bolos dari masalah ini. Pemimpin pun tidak mempercayai keupayaan kereta tempatan, bagaimana hendak memberi contoh yang baik kepada rakyat supaya guna barangan buatan malaysia. Proton sudah berusia lebih 20 tahun, timbul pula kereta elektrik proton. Berkualitikah kereta setahun jagung ini. Tok said perlu jawab, dia tahu sebelok beloknya tentang kereta. Datuk Ahmad Said yang menjadikan kualiti kereta keluaran Proton sebagai alasan pembelian tersebut. Pemimpin kencing berdiri, rakyat kencing berlari.Masih ada rakyat terengganu yang hidup susah dan melarat.
Sepatutnya Kerajaan negeri memberi keutamaan membantu rakyat yang susah dengan wang RM 3juta tersebut. Bukan untuk sedapkan punggung duduk diatas kusyen empuk mercedes baru sambil makan angin melihat kesusahan rakyat."
[Read More...]


Pemuda PAS Wilayah serah memorandum bantah konsert Inul



Oleh pemuda_putrajaya

"Ketua Pemuda PAS Wilayah Sdr Kamaruzaman Mohamad hari ini menyerahkan memorandum bantahan penganjuran konsert Inul yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 27 Julai 2008. Memorandum tersebut diterima oleh pegawai khas Datuk Bandar Kuala Lumpur En Shaari Ahmad Junid yang mewakili Datuk hakim Borhan. Penyerahan memorandum tersebut juga turut disertai oleh Sdr Khairul Faizi Ahmad Kamil (Ketua Pemuda PAS Johor), Sdr Zulkarnain Mohamad (AJK PAS Wilayah Persekutuan) dan Suhaimi Abd Aziz (AJK PAS Wilayah Persekutuan).
Di dalam perbincangan dengan pegawai khas Datuk Bandar tersebut Sdr. Kamaruzaman menyatakan kekecewaan Dewan Pemuda PAS Wilayah kerana pihak DBKL meluluskan permit konsert tersebut. DPPWP menolak konsert Inul kerana ia akan membawa contoh yang tidak baik kepada masyarakat. Malah Majlis Ulama’ Indonesia (MUI) sendiri telah melabelkan Inul sebagai penari lucah.
Saudara Khairul Faizi membangkitkan persoalan, mengapa kelulusan permit konsert di Bukit Jalil terlalu mudah. Sedangkan permit konsert Inul di Stadium Larkin sebelum ini dibatalkan, walaupun telah dipohon 2 bulan sebelum tarikh konsert berlangsung. Mengapa pihak DBKL tidak merujuk kepada Pejabat Daerah Johor Bahru sebelum konsert tersebut diluluskan.
Sdr. Kamaruzaman juga meminta supaya sebarang konsert selepas ini perlu di teliti dan di kaji sebelum diluluskan. Sensiviti masyarakat perlu diambil kira sebelum meluluskan sebarang penganjuran konsert. Beliau juga berharap agar konsert Inul ini dibatalkan. Pemuda PAS Wilayah akan turun ke Stadium Bukit Jalil pada 27 Julai 2008 ini untuk mengedarkan risalah bagi menyedarkan orang ramai.
[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors