Oleh selancar2"Saya tertarik dengan tazkirah yang disampaikan oleh Al-fadhil
Ustaz Ismail Kamus. Saya mendengarnya daripada kaset yang saya beli lama dulu. Sudah acap kali saya mendengarnya tetapi tidak jemu2 untuk mendengar lagi.
Di dalam tazkirah tersebut, Ustaz menerangkan tentang Islam ini sebagai cara hidup.Menurut ustaz, jika diibaratkan Islam ini sebagai pokok durian, sudah tentulah dari akar, batang, dahan, daun & buahnya adalah durian. Jika akar durian, batang manggis, dahan ciku, daun langsat & buah pula rambutan, ianya tidak boleh dipanggil pokok durian tetapi lebih sesuai dipanggil pokok'gila babi'.
Begitulah juga dengan Islam. Kita tidak boleh mengambil sebahagian & menolak yang sebahagian lagi.Sebagai contoh, dari sudut nikah kahwin, solat & puasa, kita mengikut ajaran Islam. Tetapi mengapa dari sudut perundangan negara kita menolak Islam? Hukum hudud & qisas bukannya hukum ciptaan PAS tetapi hukum yang datang dari Allah. Mengapa tidak dilaksanakan?Begitu juga dalam memilih imam (pemimpin) solat. Solat yang cuma lebih kurang 5 minit itu bukan main kita memilih imam yang baik tajwidnya, betul bacaannya & mulia akhlaknya. Tetapi mengapa ketika memilih imam untuk lebih kurang 5 tahun (pilihanraya), kebanyakan kita hanya sambil lewa. Kenapa tak pilih yang mulia akhlaknya, bersih dari sebarang masalah & ikhlas memimpin.Kesimpulannya, Islam itu mestilah diamalkan atau diambil semuanya.
Dari bab nikah, puasa, solat, zakat hinggalah berpolitik & memimpin negara. Tidak boleh ambil sebahagian sahaja yang kita suka & menolak sebahagian lain yang kita tidak suka. Bukan hak kita untuk menolak. Segala ajaran dalam Islam wajib dilaksanakan kerana ianya datang dari Allah bukan dari PAS.Sabda nabi ' tidak sempurna iman seseorang itu jika di dalam hatinya langsung tiada niat/minat untuk menegakkan syiar Islam'. Fikirkanlah. Jika iman tidak sempurna, bagaimana mungkin kita hendak memasuki syurga Allah nanti. Wallahu a'lam."
Labels:
Islam
Responses
0 Respones to "Islam Sebagai Cara Hidup"
Catat Ulasan