Muhyidin tunjukkan jalannya



al-Bakri fi Muar,
30 April, 2009

Sedang melayari internet, saya terjumpalah artikel dibawah ini. Rasanya tidak perlulah saya memberi sebarang komen, terserah kepada pembaca sendiri.



KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN...
Kenderaan yang membawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari kediaman Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Demak Jaya di sini, semalam, selepas menziarahi jenazah Puan Sri Laila Taib. Laila, 68, meninggal dunia pada 3.45 petang semalam.

Ketika berdentung dentang para pemimpin Umno bercakap soal penggunaan kereta rasmi Proton Perdana, kereta rasmi Timbalan Perdana Menteri adalah Roll Royce. Foto BERNAMA.

Sumber: Siasahdaily
[Read More...]


JELAJAH DATO' SERI NIZAR KE SELURUH SEMENANJUNG



Bermula 1-31 Mei ini, Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar b. Jamaluddin akan mengadakan program bersama seluruh rakyat Malaysia dengan berkunjung ke semua negeri di semenanjung Malaysia bagi meraikan kemenangan mempertahankan kerusi PAS di Parlimen Bukit Gantang 7 April yang lalu. Penyokong Pakatan Rakyat dan ahli-ahli UMNO-BN dijemput hadir bagi sama-sama menjayakan dan memeriahkan majlis. Maklumat lanjut boleh diperolehi dari Badan Perhubungan PAS Negeri dan iklan-iklan pengumuman yang akan disebarluaskan.

Penyokong Pakatan Rakyat dan ahli-ahli UMNO-BN dijemput hadir bagi sama-sama menjayakan dan memeriahkan majlis.

Maklumat lanjut boleh diperolehi dari Badan Perhubungan PAS Negeri dan iklan-iklan pengumuman yang akan disebarluaskan.





TARIKH

NEGERI

TEMPAT

MASA

01.05.09 (JUMAAT)

KELANTAN

STADIUM K.BHARU

09.00 MLM

08.05.09 (JUMAAT)

TERENGGANU

MASJID RUSILA

09.00 MLM

09.05.09 (SABTU)

PAHANG

KG. EMBUN, MARAN

09.00 MLM

13.05.09

(RABU)

KEDAH

BALING

09.00 MLM

16.05.09

(SABTU)

SELANGOR

STADIUM MELAWATI

09.00 MLM

17.05.09

(AHAD)

PULAU PINANG



09.00 MLM

20.05.09

(RABU)

NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN

09.00 MLM

22.05.09

(JUMAAT)

WILAYAH

K. LUMPUR

09.00 MLM

30.05.09

(SABTU)

JOHOR

MUAR

09.00 MLM

31.05.09

(AHAD)

MELAKA

MELAKA

09.00 MLM

Sumber: Klik Sini
[Read More...]


UMNO: Dulu tak mesra dah nak lupus, baru ingat RAKYAT



al-Bakri fi Muar
28 April 2009

Assalamualaikum!
Jika betullah apa yang DS Najib sarankan, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah menyalurkan peruntukan kepada negeri-negeri PR dan adun-adun PR. Sebagaimana yang kita maklum, adun PR tidak disalurakan peruntukan seperti adun BN. Walhal wang ini adalah wang rakyat yang dikutip dari cukai-cukai bukan diambil dari kocek UMNO/BN.

Selagi adun PR tak dapat peruntukan, selagi itulah UMNO/BN tak berubah.


Posted on Tuesday, April 28 @ 20:26:40 MYT by tokayahOleh sesamaislam "
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO tidak sepatutnya menjadi parti eksklusif sebaliknya bersifat inklusif yang membuka seluas-luas pintu untuk segenap lapisan rakyat.

Presiden UMNO berkata, orang Melayu dan bumiputera tanpa mengira kira latar belakang sosioekonomi sama ada bekerja sendiri atau profesional, peringkat umur termasuk tua dan remaja serta pendidikan, harus diterima menyertai parti itu.

Menurut beliau, UMNO juga perlu mewakili segenap lapisan masyarakat kerana hanya dengan cara itu parti berkenaan dapat dipulihkan dan menjadi kuat.

“Saya harap UMNO tidak menjadi parti eksklusif untuk golongan elitis apabila hanya orang tertentu boleh menjadi tunjang kepada parti ini dan kita juga jangan menolak golongan intelek yang boleh menyumbang idea-idea baru.

“Kita juga perlu memastikan budaya meminggirkan pihak tertentu yang dianggap tidak menyokong kita dan mencantas pihak yang dianggap sebagai pencabar, tidak akan berlaku lagi dalam parti,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-15 UMNO Bahagian Cheras di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Hadir sama naib-naib presiden, ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) parti dan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Menurut Najib, UMNO juga mesti sentiasa berada di barisan hadapan dalam membuat pembaharuan bagi memastikan ia terus mendapat sokongan rakyat.

Dalam pada itu, katanya, konsep inklusif yang beliau maksudkan bukan saja merujuk kepada usaha membela orang Melayu dan bumiputera malah harus melibatkan kaum-kaum lain termasuk Cina dan India.

“Kita bukan sahaja perlu menjadi juara bagi orang Melayu dan bumiputera malah sepatutnya membela seluruh rakyat selaras dengan gagasan Satu Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin dalam ucapan alu-aluannya berkata, sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan yang baru, beliau akan berusaha memulihkan sokongan semua rakyat terhadap parti itu dan Barisan Nasional (BN) di wilayah berkenaan.
aku kata

Tak de maknanya Najib oi, dah nak mati baru nak bertaubat…tu kat Penanti satu lubang dan menunggu, tak tercium ke bau kemeyan ngan kelapa barus.sesamaislam"
[Read More...]


TRAGEDI DI SUNGAI ROTAN



al-Bakri fi Muar
26 April 2008

Nampak setelah sekian lama kerajaan UMNO/BN memerintah, masih ada lagi rakyat yang hidup serba kekurangan. Bukan kekurang... tapi daif . Pergilah mana-mana kawasan pasti terdapat golongan miskin yang tidak diberi perhatian.

Perhatikan dalam rancangan Bersamamu terbitan TV3 dah cukup memaparkan kehidupan rakyat miskin. Selain dihimpit kemiskinan barang keperluan harian juga meningkat menambahkan lagi beban.

YB Umno/BN masa inilah nak tunjuk muka..... "menyampah aku....", boleh jalanlah YB Umno/BN "korang ni hanya tahu nak cari ghanimah hingga tak hiraukan rakyat".

Ikuti kisah dibawah.

Hari ini begitu pilu hati ini mengenang peristiwa tiga beradik hangus di jilat api di Kg Sungai Rotan TRONG Perak. Tempat di mana BN telah berkuasa begitu lama sekali sejak merdeka tapi masih ada penduduknya yang hidup terlalu daif.

Pada mulanya peristiwa ini masih saya tidak mengetahuinya sehinggalah saya hadir di majlis kesyukuran di Markas Bukit Gantang.

MB Nizar telah datang di sini bertemu masyarakat bagi mengetahui masalah dan meraikan kenduri kesyukuran sempena kemenangan Pas di Parlimen Bukit Gantang. MB Nizar dengan nada yang sayu melahirkan kesedihannya merungkai peristiwa tersebut. Tiga beradik yang hangus terbakar itu ditinggalkan oleh ibu mereka di rumah untuk pergi membasuh kain dilombong berdekatan.

Anak2nya yang baru berumur 7,4 dan 2 tahun rentung apabila rumah mereka hangus di jilat api. MB Nizar memberitahu beliau memeluk bapa arwah di hospital agar mereka tabah menghadapi musibah ini.MB Nizar masih teringat di satu majlis yang pernah diadakan di kg tersebut kebetulan isteri MB Nizar mencabut cabutan bertuah telah mengenai ibu arwah.

Anak2 mereka begitu gembira dan mereka meminta gambar,topi atau baju yang ada gambar MB Nizar. MB Nizar dalam nada yang hiba tidak sangka bahawa rupa2nya Parlimen Bukit Gantang ini adalah antara tempat yang paling miskin di Malaysia.

Kehidupan masyarakat masih jauh ketinggalan dibawah BN yang telah memerintah lebih 50tahun. Sesudah habis majlis tersebut saya telah mengajak kawan saya pergi menyiasat ke tempat berlakunya peristiwa tersebut bagi membuktikan kesahihannya. Nampaknya begitu benar sekali apa yang telah digambarkan.

Untuk pergi ke rumah tersebut terpaksa melalui jalan yang tidak ada tar sejauh 3 km dalam 15 minit perjalanan.Sesampai sahaja di sana, mungkin Allah Taala nak tunjukkan kepada saya bertemulah dengan wanita2 Umno. Saya dan kawan hanya berdiam diri sahaja melihat keadaan rumah tersebut yang pada saya bukannya rumah tapi pondok sahaja.

Hati ini begitu sayu bila melihat tong gas yang kosong ditepinya ada kayu api,tilam yang sudah tinggal besinya sahaja,bekas pinggan mangkuk yang ada sisa makanan,tirai kain dan bermacam2lagi yang menunjukkan kemiskinan yang keluarga ini hadapi.

Namun begitu saya begitu kesal apabila mendengar wanita2 UMNO tu kata :
"Mereka ini tergolong dalam orang NOMAD yang selalu berpindah randah,mereka ini tidak makan dirumah tapi makan di kedai makan luar menunjukkan mereka mampu,kenapalah ibu bapa ni boleh tinggal anak2 mereka macam tu je tak rasa kesian ke dan bermacam lagilah yang mereka kata di tempat berlaku peristiwa tersebut."


Setahu sayalah yang telah menemuramah penduduk2 di situ dan guru di sekolah berhampiran, mereka mengatakan anak2 itu ditinggalkan dirumah sebentar sahaja kerana ibunya pergi membasuh kain di lombong berdekatan, bapanya pergi kerja sebagai jaga di ladang kelapa sawit berhampiran dan kalau kata mereka makan diluar kenapalah saya boleh ternampak sisa makanan di pinggan mangkuk disitu yang tidak wanita2 Umno tersebut melihatnya mungkin kerana geli.Gambar2 di atas mungkin dapat menunjukkan kebenarannya. Lihatlah wahai Malaysia, setelah lebih 50 tahun BN memerintah namun adakah masyarakat yang berada terpencil sebegini terbela nasib mereka?

Yang kita lihat YANG KAYA BERTAMBAH KAYA YANG MISKIN PAPA KEDANA...TAK TERFIKIRKKAH UMNO SAAT-SAAT 3 BERADIK ITU SEDANG MENGHADAPI SAKARATUL MAUT?

ANAK KOMANDO REJIMEN 1
Sehubungan dengan itu Pusat Khidmat Masyarakat DUN Trong merayu sumbangan kewangan daripada seluruh rakyat Malaysia yang prihatin supaya pembinaan kediaman baru Nordin dan Mah dapat disempurnakan dengan segera.
Sumbangan boleh dihulurkan ke Akaun Bank Islam,
Nombor Akaun : 08040010034554
atas nama :PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN TRONG.
[Read More...]


Rumah saudara Islam kita terbakar



al-Bakri fi Muar
24 April, 2009

Assalamualaikum!

Dah lama tak menyiarkan berita ataupun artikel. Sejak 2 - 3 minggu ini agak sibuk dengan kerja dan program-program di Bakri ini.

Hari ini saya bagi pihak YB. Dr. Sheikh Ibrahim selaku adun Sg.Abong dan mangsa rayuan membantu meringankan beban keluarga ini sama ada berbentuk wang ringgit ataupun barangan.

Boleh salurkan terus kepada keluarga ataupun ke Dr.Sheikh Ibrahim di Klinik beliau di Jalan Salleh. Selain dari itu sumbangan boleh dilakukan melalui akaun Dun Sg. Abong


Bank : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

No Akaun: 01 023 01 0066 009

Atas Nama : SHEIKH IBRAHIM SALLEH


Semoga sumbangan saudara dapat meringankan beban mangsa.

[Read More...]


Pemilihan:Husam ingatkan penyokong jaga perpaduan parti



[Read More...]


Waran tangkap Mohamad Sabu, 9 aktivis dibatalkan



Waran tangkap Mohamad Sabu, 9 aktivis dibatalkan.

Baca lagi ..........
[Read More...]


Surat Kepada YB Nga Kor Ming ADUN Pantai Remis Perak



13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009
YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.
Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera
Yang Berhormat,Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”
Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.
Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya.
Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.
Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.
Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)Menteri Besar KelantanMerangkapMursyidul Am PAS

Sumber: Blog Tok Guru
[Read More...]


Komen menarik dari pengujung.....




Al-Bakri fil Muar

Syukur kehadrat Allah Taala ke atas kemenangan yang dianugerahkan. Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah s.a.w. keluarga baginda dan para sahabat.


Hari ini kita ingin mencari komen-komen dari pengunjung-pengunjung blog-blog. Dibawah ini saya terjumpalah komen yang menarik dan buat kita terfikir mengapakah ayat-ayat Allah ini perlu disebarkan kepada orang bukan Islam sebagaimana dakwah Nabi Muhammad s.a.w. kepada golongan-golongan musyrikin Quraish Mekah.

Jadi kepada orang yang kurang faham, berfikirlah dahulu sebelum membuat kenyataan kerana ditakuti terkena batang hidung sendiri.

Dah tengok kisah bendahara Melaka sembah derhaka pada Sultan Melaka? Tengok jangan tak tengok.....


ismazyanti said...
Chelsea Clinton, or lebih mudah anak perempuaon Bill Blinton pun pernah dilaporkan membaca tafsir al-quran. Takde pun ulamak dunia dok bantah.. Yusof Islam baca tafsir al-Quran sebelum dia "announce convert to Islam" , takde org marah pun..ni yg aku benci org2 lembab.
[Read More...]


Tengok cerita Hang Tuah.... ada kisah sembah derhaka..



[Read More...]


Kisah dari Bukit Gantang: Puteri Umno yang ......



al-Bakri fi Muar




Al kisah datangnya dari al Bukit Gantang. Perayu undi dari kem UMNO/BN.

Nampaknya ada banyak lagi ruang tarbiyyah untuk golongan ini.
Aurat dahlah terbuka, hiss.....
Teringat masa usrah, ahli usrah membentangkan kisah-kisah ahli-ahli Neraka. Antara yang diceritakan ialah aurat perempuan.
Marilah kita berdoa semoga mereka ini diberi hidayah dan seterusnya bertaubat. Insya-Allah.
Iklan:
Boikot Ambi Pur, Ridsect, Sanex, Brycream... sebab menyokong negara haram Israel.
[Read More...]


Ulasan dari rakyat jelata



Pas Bakri
8 April 2009

Assalamualaikum!!
Dikesibukan kerja masa untuk mengemaskini blog juga kadang-kala tergendala. Tapi tak mengapa hari ini saya bawa kepada pembaca komen-komen yang saya dapat dari blog-blog lain. Komen-komen tentang kemenangan dan kekalahan calon dan parti yang bertanding.

Komen dari pembaca blog Kadir Jasin:
Semoga Dato' sejahtera selalu.
Dalam ruangan khas di TV semalam seorang penganalisa politik menyebut lebih kurangnya bermaksud "kemenangan PAS dengan majoriti yang diperolehi tidak sepadan dengan populariti calon. Siapalah dia jika dibandingkan dengan calon BN".
Kenyataan ini dapat diterjemahkan bahawa beliau telah menjangkakan kekalahan di Bukit Gantang bila diletakkan calon tidak terkenal di situ.
Sesungguhnya Dato' penasihat begini yang boleh diibaratkan sebagai sokong membawa rebah. Jika dah tahu tidak membawa kemenangan kenapa perlu diletakkan beliau di situ. Kenapa tidak diletakkan calon yang menyakinkan yang lebih popular dari calon lawan. Beliau juga semacam menyalahkan(?) warga Kedah kerana memilih Pakatan Rakyat yang tidak berkemampuan membuat pembangunan. Saya tinggal di Kedah sejak lahir lebih lima dekad. Selama itulah ditadbir oleh parti yang sama. Pembangunan memang ada (maklumlah dalam masa lima dekad). Kerajaan PR baru mentadbir satu tahun (bukan satu dekad).
...komen yang ini agak menarik dari orang yang sama...
Macam mana seorang penganalisa boleh menganalisa dengan membuat perbandingan dua keadaan yang jauh berbeza. Kalau nak membezakan kesedapan rasa buah buatlah bandingan buah durian Bukit Selambau dengan buah durian Bukit Gantang. Jangan bandingkan durian dengan epal. Nampaknya penganalisa politik pun sama ...... hendak mengambil hati ketua baru.
Ulasan saya: Sejak dari dahulu lagi ramai manusia pencacai dan pembodek. Sebelum posting ini, saya juga telah menghantar artikel pendek berkenaan dengan panel penganalisis (RTM).....
lagi komen dari blog Kadir Jasin....
Datuk, (Kadir Jasin)
Pada pengamatan sayalah sebagai rakyat biasa mengenai keadaan politik semasa:
1. Kekalahan BN merupakan tamparan hebat kepada Tun Mahathir. Ini kerana selama ini Tun menganggap faktor kelemahan Pak Lah yang membuatkan orang UMNO berpaling arah di dalam PRU12. Namun anggapan Tun meleset kerana golongan2 ini sebenarnya sudah keluar dari UMNO tetapi biasalah manalah nak hantar surat keluar parti. Cuba check nama mereka dalam parti PKR dan PAS, mereka dah menjadi ahli. Bukan saja di Bkt Gantang tetapi di mana-mana sahaja. Ternyata faktor Tun M adalah faktor kekalahan utama. Bayangkan Pak Lah menang bergaya dan terbesar dalam sejarah pilihanraya BN pada tahun 2004. Ini kerana ramai yakin dengan BN kerana Tun M dah pencen pada waktu itu. Jika diikutkan trend berikut, sewajarnya Najib mendapat kemenangan besar dalam PR kecil ini kerana baru diberi tugas menjadi PM. Tetapi disebabkan rakyat nampak sebenarnya team Najib ini reflection Team Tun Mahathir, sebab itulah rakyat marah sangat2. Lebih2 lagi Najib masih tidak mempertahankan nama baik beliau dengan melaksanakan apa yang telah dicadangkan oleh Ku Li untuk menyaman akhbar2 antarabangsa di negara masing2. Malah, sebenarnya semua kena faham bahawa UMNO secara tidak nampaknya telah berpecah kepada 2..iaitu orang2 Najib yang didalangi Tun M dan juga kumpulan yang menyokong Pak Lah. Rakyat sekarang dah pandai menilai dan membuat keputusan.
2. Parti kerajaan masih menggunakan media massa tempatan untuk menyerang parti lawan. Rakyat dah meluat untuk melihat berita TV3 kerana melampaunya usaha kerajaan melalui TV3 untuk menjatuhkan parti lawan. Dah berkali-kali BN gunakan strategi ini, tak serik-serik lagikah gunakan strategi yang telah lama memakan semula diri? Rakyat takan simpati dengan BN lagi.. Ini cerita dah lama mengenai ucapan DS Anwar sewaktu dalam BN di Sarawak mengenai DAP pun nak dimuatkan dalam berita TV1 dan TV3. Itu cerita lama.Rakyat pun tahu benda mcm ni tak de kesan pun pada pendirian mereka. Siapa penasihat media BN ni? Bodoh sangat mereka itu.
3. Ternyata saluran maklumat alternatif iaitu Internet masih menjadi raja di dalam penentu kemenangan calon2 PKR dan PAS di Semenanjung Malaysia. Rakyat boleh membaca dan menimbang sendiri apa2 isu yang berlaku.
4. Kekukuhan PAS, PKR dan DAp sebagai satu pakatan amat jelas sekali menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka boleh bekerjasama. Meskipun ada ramai pemimpin PKR dan PAS yang kononnya mengambil rasuah, namun kerajaan PR tidak kisah mereka ini disiasat oleh SPRM. Ini kerana PR telus dan ketelusan ini dinilai tinggi oleh rakyat. Tidak seperti BN pulak apabila ada pemimpin2 mereka yang ada skandal, mereka akan mati2 mempertahankan bahawa mereka ni tidak bersalah malah sampai PM sejak Tun M jadi PM lagi pun akan pertahankan mereka ini dengan mengarahkan SPRM tutup fail ataupun melengahkan siasatan. Bagi parti-parti di bawah PR..dah sampai masanya mereka betul2 bersepakat dan mendaftar nama Pakatan Rakyat sebagai satu entiti dan mempunyai logo sendiri untuk bertanding.
5. Kali ini, UMNO jgn lagi claim bahawa masih lagi menjadi pilihan orang UMNO manakala parti2 PR memperolehi undi kaum Cina dan India. Tolonglah..buatlah analisa sikit ikut peti2 undi. Malah banyak peti2 undi kawasan Melayu dah banyak beralih kepada PAS di Bkt Gantang. Namun tak dinafikan, undi2 melayu di Bkt Selambau berpecah sikit kerana ada calon bebas melayu mendapat sejumlah undi yang besar juga dari orang Melayu. Namun, adanya pertambahan pengundi Melayu kepada calon PKR yang tidak boleh dinafikan.6. Jentera kempen BN teramat lemah. Di Bkt Gantang, kebanyakannya dari UMNO sahaja. Tak dinafikan parti komponen lain pun ada mcm Gerakan, MCA,PPP dan MIC tetapi gerakan jentera ini tidak mendapat sambutan sgt dari parti2 komponen ini. Apa dah jadi? Di Bt Selambau pun, UMNO dan MIC kuat berkempen tetapi MCA dan Gerakan pula mcm biskut Oreo je. Nampaknya BN pun dah mcm berpecah. Hati2 dengan Gerakan kerana jika keadaan sentimen rakyat kepada UMNO dan BN masih memburuk, Gerakan bakal membuat keputusan penting berhubung masa depannya dalam BN. Dahlah MCA pun tak sepakat sesama mereka, Presiden dan Tim.Presiden tak sebulu dan mcm mana nak tadbir parti. MIC pulak masih dipimpin orang yang dah lama patut dihantar ke Arkib Negara.BN kena perbetulkan diri sendiri dulu dan bukannya dengan memberikan BN yang sedia ada yang goyah untuk rakyat memilih di dalam pilihanraya. Betul tak?
Ada banyak lagi sebab musabab yang boleh diketengahkan. Tetapi bagi saya, inilah faktor utama yang menyumbang kepada usaha berterusan untuk menguburkan UMNO.
Ulasan: Ada satu lagi.... UMNO menolak hukum Allah...
Sdr. A Kadir Jasin,
I am still very angry and annoyed with UMNO/BN leaders and members. I was hoping that UMNO/BN would lose all three by-elections but I guess I am quite happy that they lost in two. I would love to give Najib a chance but only 6 months! The first test would be his cabinet formation.
Why am I so angry that every single problem (whether real or perceived) I lay my blame on UMNO/BN?
Why am I brainwashing my children's minds to hating UMNO/BN?It is because:
(1) UMNO/BN members have got little or no conscience!- They have no qualm in voting for corrupted members to lead them!
(2) UMNO/BN members think too highly of themselves!- Mere mortals (the rakyat) are judged based on different standards. The rakyat are stupid fools...
(3) UMNO/BN members take almost everything and gives very little back!- Projects are awarded at huge mark-ups (exorbitantly inflated) using tax payers money!
(4) Wifes of UMNO/BN leaders and members act and behave like leaches!- They expect to be treated like the rakyat owe them a living and we must accord them demigod status!
(5) UMNO/BN-link companies expect people to work for them without compensations!- Service providers should feel honoured to be given a chance to work for them! No compensation required.
During the course of my work, I have worked for UMNO/BN-linked companies. Linked either through the party or individuals (members). These companies expect services to be provided for free! We can invoice them but don't hold ones breath for payment!
Man-hours and man-days spent means nothing to these jokers!
To them, we should be proud to be given a chance to serve an UMNO member! Contracts signed mean nothing as their attitude is "sue me if you dare"!
Why do I say these things? It is because they:
(1) Could afford to change expensive cars like changing shirts;
(2) Could afford live lavishly building bungalows fit for Kings;
(3) Could afford to "sponsor" decision-makers to give "special considerations" to their proposals even though they are not qualified or have no capacity to undertake certain jobs; and
(4) Could afford to pay only those that has direct link to decision-makers.
At the end of the day, I am "screwed" when:
(1) taxes that I pay are misused; and
(2) services provided are not compensated as per agreement/contract.
I would like to refer to TheStar 08 April 2009 (front-page):"Maybe the people are still undecided, so we will have to work harder to convince them"- UMNO Deputy President, Tan Sri Muhyiddin Yassin
For Sdr. Muhyiddin, the people have decided, not undecided. UMNO/BN needs drastic transformation. Don't engage Etos to do the post-mortem on your defeat! They would provide you with answers that you want to hear, not the whole truth! Sekian.
Komen pembaca dari Blog Cina Islam....
Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun.
Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.
Lagi komen pembaca...
- 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin
UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat
Highway!
- 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa
dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas
182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah
dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera.
Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
Ulasan: Isu tentang tanah, telah diketahui umum bahawa banyak tanah rezab Melayu tergadai dengan alasan pembangunan.... akta Kanun Tanah Negara digunakan untuk mengambil tanah jika tuan tanah tidak bersetuju. Contoh di Kerpan Kedah, Tangga Batu, Melaka, ....
Yang ini orang Johor jangan lupa kisah Kg. Plentong Tengah.... banyak klip video dalam youtube..
Demikianlah antara komen-komen dari blog pilihan hari ini dari blog Kadir Jasin dan Cina Islam.
[Read More...]


Ulasan Pilihanraya



al-Bakri fi Muar
7 April 2009

Tadi RTM membuat ulasan tentang keputusan pilihanraya di Bukit Gantang. Adalah seorang panel (Melayu) tak sempat tengok nama dia. Komen beliau Pas sepatutnya menang majoriti yg lebih kerana faktor calon itu sendiri.

Ulasan panel ini macam standard orang dah kalah masih lagi cuba untuk menghentam PR. Tapi panel seorang yang yang ditanya (nama dia En. Siva), mengatakan ia mungkin faktor pengundian diadakan pada hari bekerja dan faktor cuaca.
Walau apa sekalipun, ucap tahniah buat semua petugas-petugas pilihanraya yang terlibat. Tahniah juga buat Datuk Seri Ir.Nizar Jamaluddin.
Sekalung tahniah juga buat BloggerNetwork@Perak kerana bekerja keras menyampaikan maklumat terkini dari lokasi.
Tidak lupa juga tahniah kepada PKR diatas kejayaan mempertahankan kerusi Bukit Selambau.
Pas Bakri bersyukur ke hadrat Allah Taala diatas kemenangan yang dianugerahkan. Alhamdulillah.
[Read More...]


Pas berjaya mempertahankan kerusi Bkt Gantang



Syukur Alhamdulillah

9.39PM -SAH DATO' SERI NIZAR MENANG !!!!!

Pas 21860
BN 19071

Dah keluar TV.

Takbir !!!!


Pegawai Pengurus Pilihanraya Bukit Gantang akan mengumumkan keputusan pada bila-bila masa.9.23pm -KEPUTUSAN TAK RESMI
Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) : 21,860Ismail Saffian (BN-UMNO) : 19,071Kamarul Ramizu Idris (Bebas) : 62
Majoriti - 2,789 (2008 : majoriti 1,566)


Tuesday, 07 April 2009 11:25
[ Kemaskini Jam 9.20 Malam ]
Bukit Gantang - PKR Mendahlui sebanyak 5,134. [ Menang ] - Tidak Di Kemaskini
Bukit Selambau - PKR Mendahlui
S.Manikumar [ PKR ] - 4,882
Dato Ganesan [ BN] - 3,940
[Read More...]


ISA: 7 tahun menunggu suami bebas ISA tetapi hampa




BUKIT GANTANG, 5 April:

“Isteri mana yang tidak sedih bila suami tidak dibebaskan…” itulah kata-kata pertama Puan Norlaila Othman ketika diminta menyatakan perasaannya selepas suaminya tidak tersenarai dalam senarai 13 tahanan ISA yang dibebaskan, baru- baru ini.(Gambar atas: Saat-saat manis Norlaila bersama suaminya Mat Sah. Namun selepas tujuh tahun dipisahkan mereka tetap menunggu.)

Namun begitu, Norlaila, isteri tahanan ISA selama lebih tujuh tahun, Mat Sah Satray yang sehingga kini gagal dibuktikan kesalahannya, beliau tetap bersabar dan berdoa agar terus tabah menjalani kehidupan ini.

Norlaila berkata demikian dalam satu temubual ringkas dengannya setelah mendapati tiada nama suaminya di dalam kalangan 13 tahanan ISA yang dibebaskan oleh Najib pada 3 April lalu.
Beliau menambah, oleh kerana sudah biasa di mana nama suami tiada dalam senarai mereka yang dibebaskan, beliau dan anak lelaki tunggalnya, Suhaib, 15, tetap dapat menghadapi situasi berkaitan.

Bila ditanya adakah beliau menangis, jawabnya, mestilah tapi sikit sahaja kerana orang tidak sahlah jika orang perempuan tidak menangis untuk meredakan perasaannya.

Tentang anaknya, Suhaib, Norlaila berkata, kelihatan anaknya itu seperti bapanya juga, bersikap tenang sepertimana bapanya juga namun ada juga masa-masanya dia tidak tahan seperti terpaksa menghempaskan beg bila mendapat tahu bapanya tidak juga dibebaskan.
Sebenarnya, ujar beliau, terdapat tiga orang lagi yang ditahan selama tujuh tahun seperti Dr Abdullah Daud dari Johor, Shamsuddin Sulaiman (Kuala Lumpur) dan seorang dari Sabah, Ustaz Zainun Rashid yang isterinya, Hapipah Manji sedang menderita sakit jantung sejak empat tahun lalu.

Bercakap lebih lanjut tentang perasaannya, beliau amat berkata, jika diikutkan memang telah habis air mata menangisi cabaran yang mendatangi keluarga mereka selama ini.
“Peringkat awal dulu, memang saya sering ikutkan perasaan, namun bila difikirkan semula rasanya tidak perlu terus-terusan berbuat demikian, apa yang lebih penting adalah berusaha membebaskan suami dan kawan-kawannya dengan melibatkan diri dengan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

“Kini telah banyak usaha yang GMI lakukan ke arah membebas dan memansuhkan ISA,” katanya dalam satu pertemuan sebelum ini. IBH
Sumber: Siasahdaily
[Read More...]


Wang besar - wang besar....



al-Bakri fi Muar
5 April 2009

Sewaktu rombongan Pas Bakri ke Bukit Gantang pada hari penamaan calon, kos minyak sahaja lebih RM200 sebuah kereta dari Bakri. Kalau 2 buah.... kiralah sendiri. Belum masuk tol dan makan minum.


Rasa-rasanya kalau tidak ada peruntukan diatas, ada tak orang-orang "keris" ni buat kerja-kerja pilihanraya??? Pinjam kata-kata Nabil " Lu fikir la sendiri"

Rujuk gambar sebelah;
"Nolee Ashilin waktu itu bersama kira-kira 20 ahli Puteri Umno mengambil pendekatan berbasikal dari rumah ke rumah untuk membawa imej lebih mesra pengundi."

Apasal lah plastik tu tak dibuangkan. Bila beli basikal ni?

Perg!!!... 20 buah basikal. Mari kita belajar matematik dalam bahasa Inggeris.

Question:
At initial, they have decided to buy 10 bicycles which cost RM180.00 per piece. Later they have founded that the budget is for 40 bicycles. After have short discussion, they have decided to buy 21 bicycles instead 40. Find how much is the cost for 21 bicycles and what is the budget in RM allocated? [5 marks]

Jawab jangan tak jawab.....

sambung semula perbahasan tentang tajuk...
Itulah perbezaannya dengan Umno yang berjuang untuk "tembolok" sendiri sahaja. Sebab itulah saya ucapkan kepada sahabat-sahabat saya bahawa Umno bukanlah berjuang untuk memartabatkan ekonomi orang Melayu tetapi hanya untuk kroni sahaja.


Orang Melayu dibiar dalam keadaan miskin dan sederhana supaya mudah untuk meraih undi dari golongan ini. Anda sendiri boleh lihat sewaktu hari berkempen pilihanraya, berbagai-bagai janji ditabur dan projek segera dilaksanakan seperti turap jalan lah, lampu jalan lah...bla...bla...


Pagi tadi baru sahaja selesai mesyuarat Agong DPP Kawasan dan dirasmikan oleh Ketua Pemuda Pas Johor sdr. Khairul Faizi. Dalam ucapannya, beliau ada menyentuh tentang bekas calon dari Kelab Penyokong Pas Johor iaitu Cik Kumutha Raman. Betapa "istiqamahnya" dia untuk berada dibawah pimpinan Pas. Rasanya kita sebagai pejuang Islam perlu mengambil ikhtibar dari ucapan sdr Ketua Pemuda.


Sebab inilah kekuatan gerakan Islam iaitu IKHLAS dalam perjuangan.
[Read More...]


...Reaksi Spontan Dato' Seri Ir Nizar - malaysiakini



al-Bakri fi Muar
5 April, 2009

Gambar menceritakan peristiwa yang berlaku (Pictures speak by itself. )







Malam tadi kira-kira jam 9.30 malam berlaku satu kemalangan kecil yang membabitkan penunggang motosikal dengan sebuah kereta di Simpang, Taiping ketika rombongan calon menuju ke beberapa tempat ceramah di Bukit Gantang.

Sebuah motosikal dilanggar oleh sebuah kereta yang terus melarikan diri tanpa memberi pertolongan. Kejadian itu berlaku di hadapan kereta calon. Hj Nizar meminta pemandunya menghentikan kereta dan terus meluru keluar untuk memberi pertolongan.

Hj Nizar telah menahan sebuah kereta polis dan memohon kerjasama pihak polis untuk mengawal lalulintas dan meminta pertolongan polis supaya menghantar mangsa tersebut ke hospital.Kemudian Hj Nizar beredar ke beberapa tempat program yang telah dijadualkan.

TPU - Sat lagi ada la mamak itam bunyik-bunyik dekat belakang tirai "ala... setakat nak tolong orang excident saya pun boleh..."-Dari Blog Adun
Diambil dari Perisik Rakyat
[Read More...]


15 Penderhakaan UMNO - malaysiakini



al-Bakri fi Muar


5 April 2009

Umno oh Umno.....





1. Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar di buang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana mengkritik Sultan atas isu harta dan hutang keluarga beliau.



2. Pada tahun 1974 Tan Sri Ghazali Jawi, ayah kepada Datuk Seri Tajol Rosli enggan meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asalnya beliau hanya mahu memegang jawatan tersebut selama dua tahun sahaja.




Sampai masa beliau mungkir janji menyebabkan Sultan Idris murka. Baginda bernazar tidak mahu bercukur jambang selagi Ghazali tidak mahu melepaskan jawatannya. Bukan ini derhaka namanya. Tiba-tiba sahaja Tajol Rosli berkata Umno tidak pernah derhaka. Kalau begitu apa tafsiran tindakan bapanya itu?




3. Pada tahun 1979, Menteri Besar Pahang ketika itu, Datuk Abdul Rahim Bakar berselisih faham dengan Sultan Pahang. Media pro Umno mengkritik Sultan secara terbuka.




4. Pada 1983 Umno mengurangkan kuasa YDP Agong berhubung pengisytiharan darurat. Apabila Majlis Raja-Raja Melayu menolak cadangan tersebut Umno membelasah institusi raja melalui media kawalannya.




5. Semasa Perhimpunan Agung Umno pada 1991 Sultan Kelantan dikritik secara terbuka kerana didakwa menjadi penyebab kekalahan Umno di Kelantan.




6. Dalam Perhimpunan Agung Umno itu juga perwakilan Umno meminta supaya harta raja-raja Melayu disiasat. Laporan ini disiarkan oleh utusan Malaysia pada muka surat depan. Tidakkah ini derhaka namanya?




7. Satu demonstrasi dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas pemedih mata serta menangkap penderhaka-penderhaka Umno?




8. Pada 18 Januari 1993 Umno membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dihadapkan ke Mahkamah Khas. Apabila raja-raja Melayu meminta menangguhkan pindaan tersebut Umno melancarkan kritikan terbuka terhadap salah laku raja-raja.




9. Pada tahun yang sama juga beberapa siri rapat umum haram Umno dibuat di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri (sekarang Tun) Dr Mahathir Mohamad dan mengecam raja-raja Melayu.




10. Tengku Razaleigh Hamzah dengan sinis mengatakan mana satukah yang lebih merbahaya: Pindaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak pada 6 Februari 2009? Beliau tidak bersetuju dengan tindakan Karpal Singh mahu menyaman Sultan Azlan Shah tetapi beliau juga menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh Perlembagaan tahun 1993. Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno pun kena buat demonstrasi depan pejabat Umno kerana pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh diheret ke mahkamah kata Tengku Razaleigh.




11. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Petra pada 29 April 1993 di bawah pokok ketapang di Ketereh, Kelantan oleh Datuk Seri Annuar Musa. Kalau ini bukan sesuatu yang amat memalukan atau derhaka dan kurang ajar, apa namanya?




12. Kenyataan biadap Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas Menteri Besar Perlis yang mengatakan beliau mempunyai bukti Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta.




13. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mendakwa Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin "derhaka". Lupakah dia siapa yang melarikan Ku Yah, puteri Sultan Selangor sampai baginda murka? Tidakkah ini perbuatan derhaka?




14. 23 daripada 24 Adun Terengganu mengugut untuk memboikot majlis angkat sumpah datuk Ahmad said selepas pilihan raya umum 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar. Manakala penyokong Umno pula mengatakan Sultan sebagai binatang pada kain rentang. Kenapa polis menangkap mereka yang hanya berdemontrasi di hadapan istana Kuala Kangsar pada 6 Februari 2009 sahaja?




15. Datuk Seri Shahidan Kassim memboikot perlantikan Datuk Seri Dr Mohd Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis, bukankah ini derhaka namanya?




[Read More...]


Dari blog sahabat



al-Bakri fi Muar
5 April 2009

Berikut saya ambil dari blog aduka taruna. Posting yang ringkas.

ISA: Najib bidas pembangkang
PUTRAJAYA 4 April - ''Kalau tidak bebaskan, kata kerajaan menindas tetapi apabila dibebaskan, cakap kita ini nak popular."

Deyy bodoh! Lu yang tangkap, lu yang bebaskan. Lepas tu nak suruh gua puji dan sembah lu? Bebaskan tak semua pulak tu.Lu dera anak2 tahanan ISA, lu maki hamun, lu caci dan hina, then lu lepaskan dan suruh semua sanjung lu? Macam haram!

Difikir oleh AdukaTaruna

4 maklum balas:
Anonymous said...
nampak sangat la najib sdang berlakon tu..... semalam pegi lepak KL..... selama jadi pemimpin tak pernah pu turun padang..... dapat jadi PM esoknya trus jer jumpa rakyat....... apa.... kalau tak jadi PM tak bleh ke turun padang jenguk rakyat..... nampak sangat la lakonan... -abanghensem
Sunday, April 5, 2009 12:50:00 PM MYT
kembara putih said...
Kes bebaskan tahanan ISA ni memang mengejutkan. Najib dah bertindak di luar kebiasaan, luar kebiasaaan diri dia yang terkenal jahat itu, orang tua kata dah buang tabiat.Menarik untuk dilihat selama mana dia boleh berlawan dengan dalaman diri dia yang sebenarnya (jahat). Mungkin sebulan, setahun @ sehingga PRU13 berlangsung.

Sunday, April 5, 2009 2:28:00 PM MYT
PIC said...
harap yang lain pun dibebaskan jugak

Sunday, April 5, 2009 7:52:00 PM MYT
Anonymous said...
Hapus je ISA tu kalau betul2 nak kembalikan demokrasi.
[Read More...]


Apabila pemimpin bukan Islam bersama Pas....



al Bakri fi Muar,
5 April, 2009


Sebentar tadi TV3 menyiarkan berita berkenaan dengan pemimpin bukan Islam yang berkempen dan berceramah untuk calon Pas di Bukit Gantang. Apa yang ditonjolkan oleh pihak TV3 (menyampaikan berita sambil berkempen untuk Umno/BN) ialah penggunaan ayat al-Quran oleh pemimpin PR bukan Islam.



Kemudian siap membuat panggilan telefon kepada mufti Perak untuk mendapatkan pandangan beliau.



Secara peribadinya saya berpandangan hasil dari kerjasama dengan Pas, pemimpin-pemimpin bukan Islam ini dapat memahami Islam bukannya dengan menakut-nakut mereka dengan hukum hudud, kena sunat dan macam-macam lagi. Saya tak mahu mengulas pandangan kenyatan mufti Perak cuma nak sebut disini kerja dakwah dan penerangan Islam perlu berjalan setiap masa dan setiap sudut.


Sebagaimana kata-kata as-syahid Imam Hassan Al-Banna, " Jangan kamu meninggalkan kerja-kerja Islam walaupun sehari...."


Alangkan baiknya jika mereka mengetahui apa maksud yang ada dalam al-Quran supaya tidak ditakut-takut oleh pihak UMNO/MCA/MIC dan BN. Sebelum dari PRU 2008, apabila sebut Pas, mereka takut untuk mendekati Pas dan tak mengundi Pas pun.



Sebaiknya kita berdoa kepada Allah Taala semoga mereka ini diberi hidayah kerana Islam bukan milik mutlak satu kaum sahaja.



Itulah perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.....




Berikut kerjasama dari pemimpin PR berkempen di Bukit Gantang.

Sivakumar bermotor untuk dekatkan rakyat.

Masyarakat India berikan sokongan yang padu.


Simpang Halt-5 April, Hero Perak dalam Sidang Dun, S. Sivakumar, bermotor beramai-ramai dengan bebarapa orang penduduk India dalam sesi kempen dari rumah ke rumah. S. Sivakumar yang berbaju hitam merupakan Speaker DUN Perak telah turut sama berkempen bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dari seluruh pelusuk Malaysia yang telah lama berkampung di Parlimen Bukit Gantang bagi membantu jentera pilihanraya PAS-Pakatan Rakyat dan memastikan kemenangan PAS dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.
PAS yang diwakili oleh pemimpin berjiwa rakyat Dato’ Seri Nizar Jamaluddin telah menggunakan pendekatan dari rumah ke rumah untuk mendekatkan lagi dengan penduduk dan memahami masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat yang sudah berpuluh tahun dipinggirkan oleh UMNO.

Bermotor bersama rakyat.
Beberapa orang penduduk bersiap sedia dengan motor masing-masing untuk kempen rumah ke rumah bersama-sama dengan S. Sivakumar di Simpang halt semalam.
Selain ceramah dan risalah-risalah, pendekatan rumah ke rumah ini adalah salah satu kaedah yang paling baik dan mesra kerana mampu bertemu muka. Kempen yang masih lagi berbaki beberapa hari lagi akan digunakan sebaik mungkin bagi menjelaskan dan memberikan maklumat yang tepat kepada rakyat yang mana selama ini masyarakat India telah dipesongkan oleh UMNO -BN melalui berita-berita dan maklumat yang tidak tepat yang disalurkan melalui Media massa milik kerajaan BN.

Pak Katib
5 April 2009

Sumber: Klik disini
[Read More...]


TDM Masuk Umno semula



al-Bakri fi Muar
5 April 2009

Selawat dan salam buat Nabi Muhammad (s.a.w) dan keluarga baginda serta para sahabat.

Hari ini kita nak bincang sedikit sebanyak kemasukan mantan PM Tun Dr. Mahathir (TDM) ke dalam Umno semula.

Ini hanyalah pandangan peribadi saya.

1. Kes rampasan kuasa di Perak
Semasa berlakunya rampasan kuasa (coup) oleh Umno/BN di Perak, TDM mengata Umno seharusnya tidak mengambil mereka yang bermasalah merujuk kepada adun Changkat Jering dan adun Behrang dimana mereka mempunyai kes iaitu berkaitan dengan rasuah.
Jadi mengapakah setelah mantan PM Datuk Abdullah Badawi meletak jawatan TDM kembali pada Umno? Apakah kes-kes politik wang yang telah berakar umbi dalam Umno mahu dibenteras oleh TDM ???

2. Sewaktu TDM meletak jawatan sebagai PM sebelum piliharaya 2004
Semua rakyat Malaysia masih ingat lagi pada PRU 2004, Barisan Alternatif waktu itu telah menerima pukul yang teruk kehilangan banyak kerusi Parlimen dan kejatuhan kerajaan Pas Terengganu serta kemenangan tipis kerajaan negeri di Kelantan. Semuanya kerana imej bersih Datuk Seri Abdullah Badawi (DSAB) sewaktu itu. Ada desas desus mengatakan sekiranya TDM tidak meletakkan jawatan sebelum PRU 2004 beberapa negeri akan jatuh kepada pihak pembangkang.
Tindakan beliau berjaya menyelamatkan reputasi Umno/BN dari mengalami kekalahan dalam PRU tersebut. Tapi bak kata orang, kadang kala apa yang kita rancangkan tidak menjadi (merujuk kepada pemilihan DSAB). Dengan tindakan menaikan harga bahan bakar 30sen seliter ketika itu dari RM1.60 seliter amat membebankan rakyat.
Pada PRU 2008, pihak Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan di Kedah, P.Pinang, Selangor dan Perak serta mengekalkan Kelantan.
Jadi kesimpulannya tindakan meletak jawatan TDM hanya untuk menyelamatkan nyawa Umno/BN.
3. Semasa TDM menjadi PM pada tahun 1982
Ramai dari rakyat masih ingat antara tindakan awal yang dibuat oleh TDM ialah mewajibkan kad perakam waktu untuk kakitangan kerajaan (punch card). Projek penswastaan Telekom, Lembaga Lektrik Negara dan sebagainya.
Cuma satu perkara yang baru sekarang terfikir, siapakah yang membekalkan jam perakam waktu kepada semua jabatan-jabatan kerajaan seluruh negara. Mungkin saya tak mengetahui ada berlaku tawaran terbuka atau sebaliknya wallahualam.
Banyak perkara yang rakyat tidak ketahui telah berlaku semasa pemerintahnya. Antara perjanjian konsesi tol dan IPP.
Bab tol ini tak perlu saya ulas kerana semua orang tahu pihak konsesi boleh menaikan kadar tol seperti persetujuan jika tidak kerajaan perlu membayar pampasan.
IPP, pihak TNB mesti membeli bekalan elektrik walaupun bekalan melebihi keperluan. Kan pelik kalau bekalan telah mencukupi malah berlebihan perlukah pihak TNB terpaksa juga membayar bekalan elektrik yang berlebihan tersebut?
Siapakah yang terpaksa membayar peningkatan kos operasi TNB? Jawablah sendiri....
4. Membatalkan sumbangan kepada sekolah agama rakyat.
Selepas era reformasi pada tahun 1998 dan PRU 1999, Pas berjaya memerintah Terengganu, berbagai sekatan-sekatan telah dilaksanakan seperti larang berceramah ditempat awam dan permit-permit ceramah dibekukan.
Salah satu tindakan TDM ialah menarik sumbangan kepada sekolah agama rakyat seterusnya berjaya melumpuhkan operasi SAR. Saya rasa sumbangan tersebut tidaklah banyak seperti sekolah-sekolah bantuan kerajaan yang lain hanya. Adakah kerana tidak mahu orang Melayu belajar agama dan seterusnya menentang Umno/BN ?
Sewaktu negeri Perak diterajui oleh DS Ir.Nizar, bantuan sekolah agama rakyat dikembalikan malah permohonan tanah oleh sebuah sekolah pondok di Gerik diluluskan.
5. Kebajikan rakyat
Dalam bab ini saya tak nampak apakah sumbangan TDM. Jika kerajaan negeri Selangor sekarang melaksana bekalan air percuma untuk 20liter padu pertama. Yang ada ialah projek penswastaan syarikat bekalan air telah dilakukan. Di Johor ini pun telah diswastakan.
Dengan peningkatan kos-kos operasi, syarikat swasta yang pada kebiasaannya dalam sistem KAPITALIS lebih mengutamakan keuntungan perlu menaikan tarif bekalan air.
Dengan peningkatan kos sara hidup, rakyat mahu tak mahu terpaksa membayarnya seterusnya berlakulah sikap "kiasu" dan kebendaan dan hilang sifat tolong menolong antara satu sama lain.
Akhir kalam, saya minta rakyat nilai sendiri kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang baru memerintah terus melaksanakan negeri kebajikan seperti memberi bekalan air percuma untuk 20 liter padu di Selangor, air percuma untuk golongan miskin di Perak, memberi hakmilik tanah kepada penduduk di kampung tersusun dan kampung baru dan banyak lagi....
[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors