Wilayah Iskandar Malaysia punya rizab air terbesar didunia akan dikuasai Singapura



Oleh Ruhanie AhmadSelama ini segolongan bloggers tempatan dan saya sendiri amat kritikal terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana membuka wilayah pembangunan Iskandar Malaysia di selatan Johor yang disifatkan sebagai usaha Abdullah menggadaikan sebahagian bumi Johor – milik Malaysia yang berdaulat dan merdeka – kepada Singapura.
Posting beberapa sahabat bloggers Malaysia dan saya sendiri telah menyenaraikan pelbagai sebab mengapa Iskandar Malaysia mesti dibatalkan. Tetapi, tulisan kami dianggap sebagai anti-Abdullah dan anti-Singapura.
Hari ini blogger Pasquale, dalam blognya Barking Magpie, di alamat http://barkingmagpie.blogspot.com, mendedahkan satu lagi sebab strategik mengapa Iskandar Malaysia perlu dibatalkan demi kepentingan negara.
Berasaskan satu peta yang diperolehinya secara rahsia, kata Pasquale, Iskandar Malaysia adalah satu-satunya wilayah di jagat ini yang kini mempunyai rizab air bawah tanah yang terbesar sekali di dunia.Katanya, jika Singapura merupakan pelabur terbesar di Iskandar Malaysia, mustahilkah Singapura juga akan menguasai rizab air bawah tanah yang terbesar ini di hari muka?Untuk mendalami posting yang terbaru dan menggemparkan ini bacalah sendiri pendedahan blogger Pasquale di http://barkingmagpie.blogspot.com.
Mudah-mudahan pendedahan Pasquale dan blognya ini akan mendorong rakyat Malaysia bertindak sewajarnya, tetapi dengan penuh hemah, supaya Iskandar Malaysia dibatalkan serta-merta. – Ruhanie Ahmad


Responses

0 Respones to "Wilayah Iskandar Malaysia punya rizab air terbesar didunia akan dikuasai Singapura"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors