Kesal Malaysiakini buat kenyataan tanpa kebenaran penulis



Wan Nordin Wan Yaacob
Wed Sep 17, 08 7:04:11 pm MYT

Merujuk kepada laporan laman web, Malaysia kini, saya Wan Nordin Wan Yaacob ingin menyatakan rasa kesal dengan laporan yang disiarkan dalam Malaysiakini.com hari ini bertajuk 'Fractures re-emerge within PAS over Sept 16 plan' oleh Jimadie Shah Othman yang menyiarkan kenyataan peribadi saya yang tertera dalam blog saya.
Saya kesal dikaitkan dengan isu tersebut yang sebenarnya disalahtafsir oleh Malaysiakini dalam laporannya hari ini.

Saya menyatakan bahawa saya bukan diarah, sebaliknya hanya diminta menarik kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat yang mana saya buat dengan rela hati saya tanpa paksaan sesiapa pun.

Dengan laporan Malaysiakini itu, saya menafikan ianya datang daripada saya dan saya percaya ia datang daripada salah seorang kakitangan yang mungkin memberi kenyataan tersebut kepada Malaysiakini tanpa kebenaran saya.

Saya akui memang wartawan Malaysaikini cuba menghubungi saya semalam, namun saya tidak mahu menjawab telefon tersebut malah tidak mahu melayan pertanyaan beliau.

Justeru ingin saya tegaskan bahawa saya tidak pernah memberi sebarang kenyataan kepada Malaysiakini berhubung isu yang disiarkan.

Apa yang terkandung di dalam blog saya tidak ada kena mengena dengan pekerjaan saya, malah saya menafikan sekeras-kerasnya ada usaha menekan saya. _

http://www.malaysiakini.com/news/89889 (English)
http://www.malaysiakini.com/news/89836 (B.Melayu)


Responses

0 Respones to "Kesal Malaysiakini buat kenyataan tanpa kebenaran penulis"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors