Wed Sep 10, 08 11:15:38 am MYT
PULAU PINANG, 10 Sept (Hrkh) - Unit Amal Negeri Pulau Pinang menyasarkan sepuluh keluarga paling miskin di Pulau Pinang untuk diberikan bantuan serta membantu keluarga berkenaan meningkatkan ekonomi seharian
Pengarahnya, Nor Azman Ishak ketika dihubungi menambah, semua program tersebut termaktub dalam program 'Jejak Musta'afin' yang sedang dilaksanakan khususnya kutipan wang ringgit.
"Unit Amal Pulau Pinang telah berjaya membantu tiga keluarga setakat ini iaitu di Balik Pulau, Bayan Lepas dan Kepala Batas. Mereka ini dalam pemerhatian Unit Amal," terangnya.
Sempena Ramadan dan Aidilfitri ini Unit Amal yakin dapat membantu keluarga berkenaan serta menyumbangkan bantuan ke hospital, katanya.
Ujar beliau, Unit Amal hanya sebagai perantara antara masyarakat yang memerlukan bantuan dengan kerajaan yang berkuasa.
Sambungnya, bila Kerajaan Pakatan Rakyat berkuasa di Pulau Pinang ia menjadi lebih mudah berbanding dulu wujud sekatan politik oleh individu Umno.
"Kali ini mereka yang memerlukan akan dibawa ke pengetahuan Exco Kebajikan, Kesihatan dan Masyarakat Penyayang, Phee Boon Poh atau Adun daripada Pakatan Rakyat tidak kira ia dari PAS, KeADILan atau DAP," jelas Nor Azman.
Bila kerja kebajikan itu dilaksanakan, imej Unit Amal telah meningkat dan mendapat perhatian ramai termasuk diberikan pengiktirafan dalam pembarisan Hari Kebangsaan Ke-51 di perkarangan Queen Bay, Bayan Baru dan perarakan Maulidur Rasul di Tapak Ekspo Seberang Jaya awal tahun ini.
Oleh itu beliau meminta semua peringkat organisasi PAS merangka berbagai strateji untuk meningkatkan angka Unit Amal Pulau Pinang untuk menyenangkan matlamat dan tujuan melakukan kebajikan yang berterusan. - mns
Responses
0 Respones to "'Jejak Musta'afin' Unit Amal sasar bantu 10 keluarga miskin"
Catat Ulasan