Oleh BekokCobbong
"Baru balik sembahyang Tarawikh. Malam ke 6 Ramadhan. Malam ini setelah habis 4 rakaat, Pak Imam menyampaikan sedikit tazkirah.Sekejap je.Tak sampai pun 10 minit.
"Baru balik sembahyang Tarawikh. Malam ke 6 Ramadhan. Malam ini setelah habis 4 rakaat, Pak Imam menyampaikan sedikit tazkirah.Sekejap je.Tak sampai pun 10 minit.
Pak Imam bercerita tentang kisah “Kota Yang Tertutup Dan Perdana Menteri Yang Pintar”. Sungguh menarik dan mengesankan. Ingin saya berkongsi kisah ini dengan tuan-tuan sekalian.Kisahnya ringkas tetapi semoga dapat dikutip iktibar.
Pak Imam bercerita; “ Di suatu zaman terdapat sebuah kerajaan yang ganjil di dalam sebuah kota yang tertutup. Di luar kota itu hanyalah kawasan kering kontang dan dipenuhi binatang buas.Tiada siapa berani keluar dan menjengahkan diri daripada kota itu. Jika keluar juga, alamat menempah mautlah jawabnya.Mungkin di baham binatang buas.Mungkin mati kebuluran makanan dan kekeringan air.
Kerajaan ini ganjil kerana mempunyai peraturan yang ganjil.Setiap 5 tahun sekali satu pilihanraya untuk melantik Perdana Menteri di adakan.Yang ganjilnya,apabila tamat tempoh 5 tahun pemerintahan Perdana Menteri tersebut, beliau akan dikeluarkan dari kota itu bagi menunggu kematian akibat dibaham binatang buas atau mati kehausan.Bermakna kota itu hanya dibuka 5 tahun sekali untuk menghumban Perdana Menteri itu ke luar kota.
Justeru tiadalah siapa yang berani menjadi Perdana Menteri mengenangkan nasib yang bakal menimpa mereka setelah habis tempoh pemerintahan 5 tahun. Melainkan seorang pemuda yang bersedia menawarkan diri. Apabila ditanya oleh Ketua Tentera, betulkah keputusannya itu dan sanggupkah dia menerima risikonya, pemuda itu menjawab dengan yakin,’Betullah!”.
Dipendekkan cerita, jadilah pemuda itu Perdana Menteri.Beliau seorang yang pintar.Dikelilingi pula oleh menteri-menteri yang pintar-pintar.Pada setiap malam tanpa disedari oleh penduduk kota itu, mereka membuka pintu kota itu dan membawa keluar segala peralatan dan jentera pertanian. Bermakna mereka menjalankan kerja-kerja pertanian dan perladangan di luar kota itu sebagai sumber makanan.
Apabila tiba tempoh 5 tahun, sekali lagi Ketua Tentera bertanya kepada Perdana Menerti tersebut, “Sekarang sudah sampai tempohnya, sudahkah anda bersedia untuk dihumban keluar dari kota ini”. Jawab pemuda itu dengan yakin dan gembira, “Ya, aku sudah bersedia”.
Kehairananlah Ketua Tentera dan rakyat jelata akan sikap Perdana Menteri itu yang sangat berbeza dari PM-PM yanglama,yang mana akan pucat dan gementarlah mereka apabila tamat tempoh 5 tahun tersebut. Apabila dibuka pintu kota tersebut, terjawablah kemusykilan penduduk kota tersebut apabila dilihat diluar kota tersebut terbentang sebuah taman dan ladang yang indah dan subur.Bermakna tiadalah akan mati bekas Perdana Menteri tersebut diluar sana akibat kehausan dan kebuluran(InsyaAllah!)
“Begitulah Pak Imam mengakhiri kisah tersebut.Saya sebenarnya tak berapa ‘tertangkap’ apa maksud di sebalik cerita tersebut.Kemudian Pak Imam menjelaskan moral atau pengajaran di sebalik cerita ini di mana kota yang tertutup itu ibarat dunia ini dan Perdana Menteri itu adalah diri kita sendiri. Keadaan diluar kota itu adalah ibarat kematian. Tempoh 5 tahun adalah sebagai contoh durasi atau tempoh kita akan menemui kematian. Taman yang indah dan ladang yang subur adalah ibarat bekalan dan persiapan kita. Orang yang bersedia menemui kematain dengan bekalan amalan kebaikan dan kebajikan akan berasa gembira dan seronok untuk bertemu Tuhan. Sementara orang yang tiada bekalan dan hidup dalam kemaksiatan dan kemungkaran, akan takut menghadapi kematian dan tidak bersedia menemui Tuhan. Saya teringat tak silap saya sebuah hadis Nabi S.A.W.,”Orang yang paling cerdik ialah orang yang paling banyak mengingati kematian”. Pak Imam ada membaca sebuah Hadis atau Ayat Quran yang bermaksud lebih kurang “ Orang yang rindu untuk bertemu Allah, Allah akan rindu untuk bertemu dengannya”.
Sudahkah saya dan anda bersedia menghadapi kematian?
P/S : Apa cerita terawikh kat Selangor selepas kerajaan PR memerintah sekarang. Teringat pulak suatu masa dahulu, ada arahan ‘orang tertentu’ yang suruh sembahyang terus 21 rakaat saja dan jangan dibuat 8 rakaat pasal nak elak diadakan tazkirah, yang dikata beliau dipolitikkan. Ermmm..saya kat Terengganu ni. Tazkirah tadi ada ada unsur politik ke?Takder kan. Kenapa prejudis dan takut sangat …."
Labels: Artikel TKO, tazkirah
Responses
0 Respones to "Kisah Kota Yang Tertutup Dan Perdana Menteri Yang Pintar"
Catat Ulasan