Bas ekspres: Pengalaman tersadai di lebuh raya



Saidah Hairan
Fri Sep 12, 08 5:25:22 pm MYT
Wow! terkejut mendengar keluhan seorang kakak yang baru saja membeli tiket bas Ekspres untuk perjalanan Air Hitam-Alor Star berharga RM70.20 seorang.
Terpancul daripada mulut saya, beli ke? Kakak itu dengan pantas menyahut, "Apa hendak buat, terpaksa beli, kalau tidak anak beraya di asrama seorang." Dia membeli tiket itu untuk anaknya yang tinggal di sekolah berasrama.

Suatu ketika dahulu bas merupakan pengangkutan awam paling murah dan menjadi kenderaan utama bagi golongan berpendapatan sederhana dan miskin.

Bukan itu saja, bas juga merupakan pengangkutan awam yang boleh dikatogerikan selamat jika dibandingkan motosikal dan kereta. Sebab itu ia menjadi pilihan utama bagi golongan wanita dan remaja.

Permintaan pengguna terhadap kenderaan awam meningkat terutama pada musim perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina dan cuti sekolah.

Banyak bas tambahan terpaksa digunakan bagi menampung keperluan pengguna untuk pulang ke destinasi masing-masing.?

Bayangkan berapa banyak pengusaha bas akan mengaut keuntungan setelah tambang dinaikkan sebanyak 30 peratus dalam bentuk surcaj sepanjang sebulan ini (15 September-15 Oktober). Tiket bas dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dulu RM31.00, naik RM44.50 seorang.

Kenaikan tambang bas ini menambah tekanan kehidupan rakyat. Raya setahun sekali sudah tentu mereka yang berada di perantuan akan pulang ke kampung menemui ibu ayah dan sanak saudara.

Setiap tahun sebelum dan selepas hari raya sebahagian besar pengguna perkhidmatan bas bukan saja tertekan dengan kenaikan tambang tetapi ditambah dengan ciri-ciri keselamatan dan tipu daya penjual tiket (ulat) bas.

Ini kerana setiap kali hari raya ada saja berita kemalangan ngeri yang membabitkan bas sehingga mengakibatkan kematian ramai penumpang, ada kalanya melebihi 10 orang.?

Masalah lain sering berlaku pengguna bas yang terpaksa beraya di Stadium Bukit Jalil dan stesen bas di Jalan Duta kerana bas tambahan yang dijanjikan tidak kunjung tiba.

Saya antara pengguna yang pernah mengalami masalah kehabisan tiket bas, bas rosak dan ditipu ulat bas. Semua peristiwa itu saya alami pada tahun 1993-1995 sebelum saya berkenderaan sendiri.

Puduraya merupakan tumpuan pengguna bas yang mahu balik ke kampung. Sentiasa sesak dan penuh dengan ulat-ulat tiket.

Saya pernah membeli tiket daripada `ulat-ulat tiket' yang dijual lebih mahal daripada harga biasa. Lebih menyedihkan tiket yang saya beli daripada `ulat tiket' bukan bas yang dijanjikan tetapi hanya bas sekolah yang diletakkan di jalan belakang sebuah kuil di hadapan Puduraya.

Bertambah sakit hati dengan sikap pemandu bas yang meminta kami memberi tiket asal (dibeli daripada ejen) dan diganti dengan tiket bas yang dijanjikan dengan harga tambang biasa.

Bagaimana saya tidak kisah sangat asalkan bas tersebut boleh membawa saya balik beraya di kampung.

Belum sampai dua jam berada dalam bas tiba-tiba bas yang dipandu dengan laju mengeluarkan asap dan berbau hangit. Pemandu terus memberhentikan bas di tepi lebuh raya.

Pemandu berkenaan terus membuka tempat enjin kononnya mahu membaiki kerosakan. Bagaimanapun, dia memberi alasan untuk menghubungi pihak bas dan pergi ke tempat rehat yang terletak dua kilometer daripada tempat bas rosak.?

Lebih dua jam saya dan penumpang lain berdiri di tepi lebuh raya, menunggu pemandu bas yang kononnya menghubungi pihak bas. Namum bayangnya tidak kelihatan.

Beberapa orang penumpang lelaki berjalan menuju ke tempat rehat mencari pemandu bas tersebut. Rupa-rupanya pemandu bas berkenaan bersembunyi di belakang bangunan tandas.

Al-kisahnya, pemandu bas tersebut ketakutan kerana tiada bas yang akan datang untuk membawa kami pulang ke destinasi masing-masing.

Ketakutan dan kebimbangan saya bertambah memuncak. Maklumlah anak dara takut berlaku perkara yang tidak diingini. Penumpang lelaki terus menahan kenderaan yang lalu lori, van dan kereta.

Tanpa disangka sebuah van kosong berhenti dan bersedia menghantar saya dan tiga orang remaja perempuan untuk pulang ke Batu Pahat.

Pada mulanya kami tidak mahu naik, takut. Bagaimanapun, seorang pemuda yang berkopiah naik sama dan meyakinkan kami perjalanan ke Batu Pahat akan selamat.

Alhamdulillah van tersebut menghantar saya sampai ke rumah lebih kurang jam 3 pagi. Saya juga terhutang budi kepada pemuda yang tidak dikenali itu kerana telah membayar tambang saya dari Seremban ke Parit Raja, Batu Pahat. ?????????????????????????????????????????????????????????????

Setiap tahun menjelang hari raya, walaupun peristiwa yang berlaku pada saya hari raya haji namum kenangan itu tidak mudah dilupakan. Saya serik untuk membeli tiket daripada ulat-ulat tiket takut ditipu kali kedua.

Selain harga tiket lebih mahal, apabila bas rosak, pemandu melarikan diri.

Masalah harga tiket mahal, bas rosak, kena tipu sememangnya telah berlaku sejak dahulu lagi. Namun kerajaan masih belum menemui jalan penyelesaian.

Setiap kali hari raya mesti berlaku kemalangan ngeri, tiket dijual mahal, kena tipu dan berbagai-bagai masalah. Sampai bilakah masalah ini akan selesai?


Responses

0 Respones to "Bas ekspres: Pengalaman tersadai di lebuh raya"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors