Penindasan ke atas Mindanao, Asean patut campurtangan



Salahuddin Ayub
Thu Sep 18, 08 8:58:25 am MYT

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius perkembangan politik yang berlaku di Mindanao semenjak kebelakangan ini.

Tekanan politik dan keganasan tentera telah berlaku dengan begitu berleluasa sehingga menyebabkan hampir setengah juta orang awam menjadi pelarian.

Pendirian terbaru Presiden Arroyo jelas menunjukkan bahawa Filipina tidak lagi berminat untuk menyelesaikan konflik yang berlaku secara rundingan, tetapi lebih cenderung untuk menggunakan pendekatan keganasan.

Filipina sepatutnya sedar bahawa Mindanao adalah wilayah umat Islam yang tidak pernah dijajah oleh Sepanyol mahupun Amerika Syarikat, tetapi mereka menyerahkannya kepada Manila.

Rakyat Mindanao tidak mengiktiraf kekuasaan Manila ke atas mereka dan apa yang dituntut ialah kemerdekaan.

Jika Manila bersedia mengakui hakikat ini, konflik ini akan selesai dengan segera. Sebaliknya, Manila mengambil sikap sebagai penjajah yang tidak menghormati hak asasi manusia. Kerana itu tidak hairan jika berlaku rundingan dalam keadaan ?senjata di kepala? mereka.

Sebelum ini beberapa usaha telah dibuat oleh Malaysia supaya krisis ini diselesaikan di meja rundingan dan Kuala Lumpur telah bersedia menjadi orang tengah.

DPP Pusat menyokong langkah Wisma Putra untuk menyelesaikan masalah ini secara keluarga Asean demi mengekalkan kestabilan politik di rantau ini.

Tetapi Manila yang gagal memenuhi keperluan-keperluan rundingan termasuk enggan menyertai rundingan terakhir di Kuala Lumpur. Alasan Manila berkenaan tiga komander MILF yang menyerang orang Kristian adalah amat terpencil kerana tentera Filipina sendiri bertindak lebih ganas termasuk membakar rumah orang awam.

DPP Pusat mendesak supaya kedudukan Filipina dalam Asean dikaji semula seperti mana sikap Wisma Putra terhadap Rangoon sebelum ini.

Kita bukan bermaksud mencampuri urusan negara jiran, tetapi jika tindakan mereka telah mencabul hak asasi rakyat dan boleh mengundang ketidakstabilan politik rantau ini, maka tindakan tegas harus dikenakan ke atas mereka.

Filipina patut digantung daripada Asean supaya Manila sedar tentang kesilapan mereka dalam menyelesaikan masalah ini.

DPP Pusat juga berharap supaya Wisma Putra dapat memanjangkan masalah ini kepada OIC kerana ia melibatkan kepentingan umat Islam secara khusus terutama dalam bulan Ramadhan ini.

SALAHUDDIN HAJI AYUB Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat


Responses

0 Respones to "Penindasan ke atas Mindanao, Asean patut campurtangan"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors