Wed Sep 17, 08 12:09:34 pm MYT
SELAMA, 17 Sept (Hrkh) - Pekan Sungai Bayu yang terletak kira-kira 15 kilometer dari pekan Selama, Perak masih ketinggalan dari sudut pembangunan walaupun negara telah mencapai 51 tahun kemerdekaan.
Pertukaran Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) sejak dulu langsung tidak meninggalkan kesan pembangunan yang sewajarnya melainkan projek yang dilihat berkepentingan kroni sahaja.
Banyak bangunan rumah kedai hampir roboh dan ada antaranya reput menanti rebah sedangkan BN sering melaungkan pembangunan untuk rakyat namun semuanya bak kata 'cakap tak serupa bikin'.
Banyak bangunan rumah kedai hampir roboh dan ada antaranya reput menanti rebah sedangkan BN sering melaungkan pembangunan untuk rakyat namun semuanya bak kata 'cakap tak serupa bikin'.
Agenda pembangunan hanya mainan mulut kepimpinan Umno dan BN takkala mencari undi dalam kempen pilihan raya umum tetapi bila menang pekan yang sedia usang bertambah sepi seperti "Pekan Koboi'.
Mana dia Adun Selama, Dato' Haji Daud dan Ahli Parlimen Larut, Dato' Hamzah Zainudin yang dulunya bermanis muka, kerap ke kampung-kampung, bertegur sapa atau belanja makan penduduk akhirnya jarang kelihatan kelibat bila tiket kemenangan di perolehi.
Sepatutnya, kedua-dua berganding bahu mengemukakan pandangan kepada Kerajaan BN agar memajukan Pekan Sungai Bayu dengan menaik tarafkan menjadi Pekan Batu bukan lagi bangunan kayu yang usang.
Bagi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Garuk, Mohd Saleh Zainol Abidin, BN terbukti gagal memajukan pembaharuan di Pekan Sungai Bayu walaupun telah diberikan amanah memerintah 51 tahun.
Sepatutnya, pekan tersebut dimajukan seiring dengan kemenangan BN yang acapkali menjanjikan pembangunan dalam setiap kempen mereka bukan semakin mundur.
"Pekan Sungai Bayu jauh ketinggalan dari Pekan Selama dan apa yang harus rakyat fikirkan ialah di mana janji kepimpinan BN yang selama ini diberikan amanah, " tegasnya.
Manakala JKKK Sungai Bayu, Zakaria Awang juga mengakui suasana pekan usang itu bertambah sepi apabila rumah kedai yang ada semakin usang dan tidak berpenghuni.
Bila pekan kekurangan aktiviti jualan di mana orang ramai akan berkumpul melainkan datang membeli juadah berbuka di bulan Ramadhan atau berbual-bual di kedai kopi usang.
"Masyarakat di sini sebenarnya mahukan pembangunan tetapi sayang ia masih tidak menjadi kenyataan. Biarlah pembangunan di sini memberi keuntungan kepada penduduk bukan pembangunan sehingga menyebabkan orang kampung terpaksa gadaikan tanah atau lari ke tempat lain kerana kesempitan hidup, " ujarnya yang baru sahaja diberi mandat menjadi JKKK di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak. - mks.
Responses
0 Respones to "51 tahun merdeka: BN wariskan pekan 'Koboi' untuk rakyat"
Catat Ulasan