PM mahu pecah belahkan PAS, sokong kenyataan Husam





Saya sangat bersetuju dengan pandagan Naib Presiden PAS bahawa Imam Hadhari Wal Badawi sememangnya mencari jalan untuk memecahbelahkan PAS dengan membuat kenyataan bahawa ada pimpinan tertinggi PAS yang mengadakan pertemuan dengannya.


Husam dalam kenyataannya disiarkan oleh Malaysiakini menegaskan bahawa Abdullah Ahmad Badawi mahu menabur benih perpecahan dalam PAS apabila menyatakan beliau telahpun tiga kali bertemu pemimpin peringkat tertinggi PAS.


"Pengumuman sebelah pihak oleh Abdullah tentunya ada motif tersirat. Jujurkah Abdullah bila beliau umumkan pemimpin 'decision-makers' PAS telah tiga kali menemui beliau?


"Atau beliau sedang memainkan PAS dengan satu strategi politik dengan umpan yang enak? Sekurang-kurang, dalam keadaan terlalu terdesak, beliau boleh mencapai matlamat politik jangka pendek," katanya Husam dalam laporan yang disiarkan oleh Harakahdaily malam ini.Abdullah hari ini mendedahkan bahawa beliau telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin peringkat tertinggi PAS untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan dengan keagamaan.


Bagaimanapun, beliau yang juga presiden Umno dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata, pertemuan tersebut tidak disertai Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat."Nik Aziz tak ada, itu saya boleh katalah, yang lain tak boleh tanya....(pertemuan) pada peringkat orang yang boleh membuat keputusan," katanya, yang menurut Bernama seakan memberi gambaran bahawa antara yang terlibat dalam muzakarah itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Dalam keadaan Umno yang tersepit sekarang ini amat malang jika PAS terperangkap dengan permainan Umno yang sedang cuba mencari dahan untuk berpaut sebelum jatuh kedalam jurang yang lebih dalam setelah tewas teruk pada Pilihanraya Umum 8 Mac lalu.PAS dan pimpinannya perlu sedar bahawa Umno tidak pernah ikhlas dalam bab muzakarah ini kerana pada ketika mereka kuat bayang PAS pun mereka tidak pandang, jangankan hendak bermuzakarah.


Kini mereka 'dibuang' oleh rakyat bagaikan kucing kurap pada Pilihanraya lalu, maka sudah tentu mereka ingin mencari ubat mujarab supaya dapat diterima semula oleh rakyat.PAS dan pimpinannya mesti sedar bahawa hanya PAS dan Pakatan Rakyat sahaja yang sekarang yang menjadi tempat berpaut dan mengadu hal bagi rakyat.


Jadi jangan hancurkan harapan rakyat yang ingin mencari tempat berteduh baru. Kita bimbang rakyat akan kecewa dengan sikap PAS yang kelihatan lunak dengan Umno lebih-lebih lagi media massa memainkan peranan untuk yang licik dengan menggambarkan bahawa PAS yang mengajak Umno bermuzakarah. Malah PAS Terengganu kelihatan mendahului negeri lain apabila mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri.


Walaupun ia perbincangan dengan kerajaan negeri namun rakyat melihat itu sebagai perbincangan PAS dan Umno di mana ianya tidak pernah diadakan sebelum ini.Bagi saya selagi Umno itu Umno mereka tidak akan berubah. Apakah mereka ikhlas untuk berubah sedangkan pada masa yang sama mereka terus menekan kerajaan Pakatan Rakyat. Jangan gadaikan cita-cita rakyat untuk mendapat kerajaan baru. Umno menjadi semakin terdesak untuk bertemu PAS sebagai satu usaha untuk melemahkan gagasan Pakatan Rakyat kerana Umno tahu bahawa PKR dan DAP sudah tentu tidak bersetuju dengan muzakarah ini.


Umno memang licik.Umno sebenarnya hanya mencari jalan untuk menangguk di air dengan mendapatkan semula sokongan majoriti orang Melayu dan pada masa yang sama cuba melemahkan PAS. Sudah ada cakapa-cakap di kalangan orang Bukan Melayu bahawa sokongan mereka kepada PAS mulai berkurangan kerana PAS dilihat tidak ikhlas memperjuang kepentingan semua bangsa dan melebihkan orang Melayu sebab itu PAS dilihat beriya-iya benar mahu bermuzakarah dengan Umno. Ini merupakan satu senario negatif sedangkan sebelum ini PAS telah diterima oleh Orang Bukan Melayu.


Saya bukannya mahu meminggirkan kepentingan Melayu tetapi kita mempunyai formula sendiri yang kita yakin lebih baik berbanding cara dan strategi Umno yang jelas gagal menjaga kedaulatan Melayu.Mengapa di saat kita kuat ada dikalangan pemimpin PAS (kalau benar dakwaan Pak Lah) sanggup terhegeh-hegeh bertemu Umno. Apakah pemimpin ini tidak belajar dari kebongkakan dan kebiadapan Umno sejak dulu, kini dan selamanya.


Kita perkuatkan dulu Pakatan Rakyat, kita bina kerajaan kita supaya ianya kukuh dan mampu merealisasikan apa yang kita 'manifesto'kan dan mungkin setelah kita kuat dan hebat, Umno akan dengan sendirinya terhegeh-hegeh ingin menumpang kita kerana Insya Allah ahli mereka sendiri nanti akan berbondong-bondong keluar dari Umno.


Pada masa barulah pemimpin Umno dan bongkak dan sombong ini tahu langit langit tinggi atau rendah.Saya mohon pemimpin tertinggi PAS hentikan sebarang usaha untuk bermuzakarah tumpukan masa kita untuk menguatkan parti; menyediakan parti untuk ahli-ahli baru yang semakin menyertai PAS; perkuatkan Pakatan Rakyat; kukuhkan kerajaan kita di lima negeri; realisasikan semua manifesto yang dijanjikan dan jangan abaikan rakyat.




Responses

1 Respones to "PM mahu pecah belahkan PAS, sokong kenyataan Husam"

Tanpa Nama berkata...

Mmg itu pun tujuan Pak Lah hadhari. Berhati-hati dgn permainan UMNO. Sekarang mereka pukul canang dlm media ttg muzakarah ini.


22 Julai 2008 pada 2:25 PTG

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors