M.B Perak Imamkan Solat Jumaat



Oleh mihnaz

"Assalamu' alaikum.... Warahmatullah Wabarakatuh.Sebagai seorang makmum pada jumaat hari ini tanggal 21 Rejab 1429 bersamaan 25 Julai 2008. Penulis amat berbesar hati untuk berkongsi pengalaman manis sebagai seorang makmum kepada seorang imam yang bergelar Menteri Besar.Tidak seperti biasa, pihak masjid telah mengaturkan program secara bijaksana untuk memanfaatkan peluang yang jarang-jarang sekali itu dengan sebaik mungkin. Selesai berdoa, MB diberi ruang untuk berucap dalam slot pemimpin bersama rakyat.


Slot yang memakan masa hampir 20 minit itu tenyata menarik minat sebahagian besar jemaah di Masjid Tanjong Malim yang mana rata-rata terdiri daripada golongan berpendidikan iaitu penduduk setempat, Profesor-profesor, Dr.-Dr, Pensyarah-pensyarah dan pelajar IPT berdekatan. Masa yang diperuntukkan ternyata digunakan dengan sebaik mungkin oleh MB.Apa yang ingin dikongsikan disini ialah isi dalam sessi slot yang disampaikan oleh MB begitu jelas dan dilihat sebagai bijaksana dimana beliau menekankan tentang pentingnya solat 5 waktu yang dianugerahkan sendiri oleh ALLAH ta'ala kepada Nabi kita MUHAMMAD SAW dalam proses Isra' dan Mi'raj dan ianya berbeza dengan amalan lain yang disampaikan melalui malaikatNYA.


Disini kita melihat betapa seorang MB yang sibuk dengan tugasan harian untuk memerintah negeri memberi peringatan bahawa menjaga solat 5 waktu merupakan amalan yang amat2 dituntut dalam kehidupan harian. SYABASSS kepada MB Perak, inilah pemimpin yang takut kepada ALLAH, dan inilah pemimpin yang ingin membawa rakyat bersamanya ke jalan diredhai ALLAH dan inilah contoh pemimpin yang perlu kita pilih sebagai pemimpin kepada rakyat ..... ALLAHU AKHBARRRRR


Responses

2 Respones to "M.B Perak Imamkan Solat Jumaat"

hambaAllah86 berkata...

salam..syukran kerna ziarah..artikel mb perak sgt menarik..ana tertarik sbnrnya sbb ana nerada di situ semasa mb tersebut menjadi imam..yg wat ana teruja adalah tiada lgsg protokol semasa brjmpa dgn beliau..Alhamdulillah..mb berjiwa rakyat..takbir!!!
sebagai rakyat johor ana tidak pernah jumpa berhadapan dengan mb sendiri..malunye..


27 Julai 2008 pada 10:23 PTG
hambaAllah86 berkata...

salam..syukran kerna ziarah..artikel mb perak sgt menarik..ana tertarik sbnrnya sbb ana nerada di situ semasa mb tersebut menjadi imam..yg wat ana teruja adalah tiada lgsg protokol semasa brjmpa dgn beliau..Alhamdulillah..mb berjiwa rakyat..takbir!!!
sbgai rakyat jhr,ana sendiri belum pernah berhadapan dgn mb jhr..


27 Julai 2008 pada 10:35 PTG

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors