Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) = Wilayah Pembangunan Singapura?




March 23, 2008 by wilayahpembangunaniskandar (Part 1)
Sumber dari http://wilayahpembangunaniskandar.wordpress.com/



Saya terpanggil untuk meneroka lebih mendalam tentang Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) atau Iskandar Development Region (IDR) setelah kerajaan beria-ia sangat untuk melaksanakan dalam masa terdekat ini. Bukan apa, sebagai penduduk yang akan menerima tempias pembangunan WPI, saya rasa perlu untuk mempunyai ilmu dan faham tentang apa yang bakal berlaku kerana kerajaan tidak memberi gambaran yang jelas dan tepat tentang kesannya kepada rakyat terutama penduduk yang tinggal di Johor Bahru dan kawasan-kawasan sekitarnya.



Dalam surat khabar cuma kata pembangunan ini akan menguntungkan penduduk setempat khususnya orang Melayu. Tapi macamana ia menguntungkan tidak jumpa pulak huraiannya. Atas dasar itu, kajian yang tidak seberapa ini mungkin dapat membuka mata ramai tentang kesan dan akibat WPI kepada penduduk khususnya diri saya.



Saya akan huraikan kajian saya ini dalam bentuk soalan supaya dapat difikirkan bersama dan mudah difahami oleh orang kampung mungkin tanah mereka akan diambil dan terpaksa dipindahkan ke kawasan lain atas dasar memberi laluan kepada pembangunan di negara tercinta.



Apakah Wilayah Pembangunan Iskandar?


Cara termudah untuk dapatkan maklumat tentang WPI ialah melalui website WPI (http://www.wpi.com.my/). Di dalam website ini terdapat brosur tentang WPI yang boleh didownload untuk dibaca. Cuma masalah disini maklumatnya agak terhad kerana maklumatnya ringkas dan tidak terperinci. Oleh itu saya cuba memahami serba sedikit apa yang diterangkan daripada brosur ini.



Muat turun brosur WPI di sini.(sila simpan dalam komputer, takut hilang nanti)


Berikut adalah petikan ucapan PM dalam brosur tersebut:


Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) adalah pelan jangka panjang kerajaan saya untuk mengubah lanskap Johor Selatan menjadi kawasan pembangunan yang premier. Apabila siap sepenuhnya pada 2025, WPI yang keluasannya tiga kali saiz Singapura akan menjadi sebuah metropolis yang serba moden, dengan tiga juta penduduk serta menawarkan taraf kehidupan antara yang terbaik di rantau ini. Pada waktu itu, WPI akan memiliki pelbagai produk pelancongan, tapak untuk seni bina yang masyhur, penginapan idaman di pesisir pantai, sektor perkhidmatan, kewangan yang berdaya maju dan sistem pengangkutan bersepadu sepenuhnya.
Perancangan ke arah menjadikan wawasan itu sebagai kenyataan sudah pun bermula. Kerajaan saya juga sudah mengumumkan pelbagai insentif, termasuk potongan cukai bagi beberapa industri perkhidmatan terpilih, selain membenarkan pelabur mendapatkan sumber manusia untuk industri itu dari serata dunia. Kami juga melonggarkan syarat berhubung pemilikan asing dalam sektor terpilih. Untuk merancakkan pelaksanaan wilayah itu, kerajaan juga menubuhkan sebuah badan kawal selia bagi menjadikan urusan perniagaan dan pelaburan di WPI, satu pengalaman yang menyenangkan.





Ada banyak faktor mengapa Iskandar adalah syurga untuk pelaburan. Dari segi geografinya, ia terletak di antara India dan China iaitu dua gergasi baru ekonomi yang menawarkan pasaran yang besar, kos perniagaan yang lebih murah berbanding pesaing di rantau ini, selain sistem perundangannya yang mudah. Iskandar juga dihubungkan dengan dunia luar melalui tiga pelabuhan utamanya, dua lapangan terbang antarabangsa dan rangkaian lebuh raya yang canggih serta mesra pengguna. Sejak pelancarannya akhir 2006, lebih 1,000 pelabur dari Malaysia, Singapura, Timur Tengah, China, India dan Amerika Syarikat sudah meninjau peluang di Iskandar. Malah, ramai daripada mereka menyatakan minat untuk melabur di situ.
Dianugerahkan dengan hutan hujan tertua dunia, paya bakau, pulau-pulau yang indah dan pesisir pantai yang panjang, Iskandar akan menjadi model untuk pembangunan mapan dan mesra alam. Untuk itu, perancangan yang rapi dan berhati-hati telah dilakukan bagi memastikan WPI menjadi kawasan pertumbuhan paling pesat di rantau ini menjelang 2025.


Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi




Responses

0 Respones to "Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) = Wilayah Pembangunan Singapura?"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors