Baca dan Fikirlahlah sendiri... inilah tanda-tanda awal harga barang lain akan NAIK Jika BN @ Parti Barang Naik menang lagi ........ kekal memerintah Negara Malaysia.Harian Metro 5.3.2008
Harga ayam naik 35 sen
KUALA LUMPUR: Harga runcit ayam standard berserta kaki, kepala, hati dan hempedal naik 35 sen menjadikannya RM5.50 sekilogram berbanding RM5.15 sebelum ini.Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) dalam kenyataan semalam berkata, harga runcit ayam super tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal pula naik 45 sen kepada RM6.20 sekilogram berbanding RM5.75 sebelum ini.Kenaikan harga berasaskan faktor permintaan dan bekalan semasa, katanya.Sementara itu harga borong ayam yang disiang, harga runcit ayam hidup, harga borong ayam hidup dan harga borong ayam diperingkat ladang masing-masing naik 30 sen sekilogram. - Bernama
Harga borong ayam kini ialah RM4.90 sekilogram berbanding RM4.60 sebelumnya, harga runcit ayam hidup RM4.60 (RM4.30) manakala harga ayam peringkat ladang RM3.60 sekilogram (RM3.30). Labels: barang naik
Responses
1 Respones to "Barang NNaik.... BN"
ingin nak tahu tentang hizbut tahrir dan adakah mereka berbahaya atau tidak harap pasbakri boleh jawabkan
25 Mac 2008 pada 2:06 PG
Catat Ulasan