Cabaran maha hebat Pas Perak



Posted on Thursday, March 13 @ 03:04:20 MYT by greenboc Oleh askarsepoi"Menyorot berita yang disiarkan di harakahdaily dan respon segera DAP di kaca televisyen sebentar tadi, saya berasa cukup tidak tenteram dengan situasi semasa.Situasi gelisah ini mungkin berpunca sama ada dari sikap dan egoistik sesetengah pihak atau sekadar propaganda media belaan bn. Dalam suasana hari ini, saya amat berharap setiap key-person dalam gagasan PKR-DAP-PAS mengurangkan kenyataan media dan memperbanyakkan kerja.
Kemenangan di Perak dan Selangor tidak memberi apa-apa kelebihan kepada ba untuk banyak bercakap, tapi banyak bekerja. Saya amat berharap walau atas apa juga sentimen parti, utamakan kerja untuk memperbaiki kerosakan yang ditinggalkan oleh bn.Pas kini menanggung beban yang amat besar di Perak dan sudah semestinya seluruh jentera parti mesti digerakkan dengan kapasiti berganda. Pas Perak kini benar-benar teruji dan perlu bertindak bijak untuk menghadapi kawan dan lawan.Dengan berbekalkan 6 adun, Pas Perak perlu menanamkan kepercayaan di kalangan 7 adun PKR dan 18 adun DAP bahawa PAS boleh memimpin. Sebab mereka bakal berhadapan dengan 28 adun BN yang sudah semestinya telah merancang pelbagai strategi untuk melemahkan pentadbiran kerajaan negeri yang baru.Bagi saya cabaran PAS Perak lebih dahsyat berbanding di Kelantan, Kedah, Selangor mahupun Pulau Pinang..Di Pulau Pinang saya kira cukup selesa kerana Pas tidak dialu-alukan untuk menyertai kerajaan, juga bukan dari kem pembangkang..ertinya berada pada kedudukan bebas dan hanya perlu fokus menjaga kepentingan dan kebajikan Dun yang diwakili sahaja.Barangkali inilah masanya PAS mengumpulkan segenap kekuatan parti, terutama dari kalangan figure besar seperti Ust Idris Ahmad, Ust Ahmad Awang, bahkan boleh diimport Mat Sabu dan Tuan Ibrahim Tuan Man sekalipun untuk supervise & back-up jentera parti di peringkat grass-root..Walau bagaimanapun, saya tetap yakin bahawa PAS kini telah menggerakkan jenteranya untuk membantu melincirkan perjalanan pentadbiran di negeri Perak. Apa yang penting, sifat sabar, tenang dan bijak menghadapi kerenah dan cabaran yang menanti.Perak kini bukan sahaja menjadi medan ujian bagi Ir Mohd Nizar atau Badan Perhubungan PAS Perak, Bahkan untuk kesinambungan pengembangan pengaruh Pas di seluruh negara. Kejayaan PAS Perak akan menjadi modal cukup besar untuk PAS menggerakkan gelombang hijau untuk melanda Negeri Sembilan, Melaka, Pahang bahkan Johor dalam siri-siri pilihanraya akan datang.SELAMAT BERJUANG BUAT SELURUH JENTERA PAS DI SELURUH NEGARA.TAKBIR.. ALLAHUAKBAR !!!


Responses

0 Respones to "Cabaran maha hebat Pas Perak"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors