Pembangunan Membazir - Syak Wasangka Rakyat Terengganu Ada Asasnya






Saturday, March 29 @ 18:24:16 MYT by greenboc





Syak wasangka rakyat Terengganu yang memandang serong keatas pembangunan ‘Monsoon Cup’, Pulau Duyong dan Pulau Wan Man, kini cukup berasas.Demikian dinyatakan Dato’ Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu apabila diminta mengulas kenyataan Dr. Mahathir yang menuduh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mempengaruhi bekas Menteri Besar, Idris Jusoh melakukan kesalahan dalam membelanjakan Wang Ehsan secara berlebih-lebihanBeliau berkata kesalahan yang dilakukan oleh Idris dan Perdana Menteri itulah yang menyebabkan Sultan Mizan Zainal Abidin enggan memberi perkenan pelantikan semula Idris sebagai Menteri Besar.





Beliau berkata Rosol hanya mengikut arahan daripada presiden (Abdullah), sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia Rabu lalu.




Sehubungan dengan itu, Rabu lalu, PAS Terengganu melalui kenyataan Pesuruhjayanya, menyeru rakyat menyokong keputusan istana kerana pihak istana maklum dan memahami kesalahan yang berlaku dalam kerajaan dibawah kepimpinan bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh.”Kita(PAS) Terengganu memang mempunyai maklumat tentang beberapa tatacara kewangan yang agak pelik berlaku didalam pengurusan pembangunan Pulau Duyong dan Pulau Wan Man, ”Antaranya adalah penglibatan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu(PERMINT) sebagai badan penyaluran Wang Ehsan kepada projek-projek di Pulau Duyong dan Pulau Wan,
“Wang Royalti atau Wang Ehsan tidak masuk kedalam akaun negeri, tetapi disalurkan terus melalui akaun PERMINT kepada projek-projek tersebut,”kata Dato’ Abu Bakar Chik
Beliau yang juga Pengerusi Institut Kajian Polisi Negeri(IKPNT) berkata sehingga kini rakyat Terengganu tidak berpuas hati dan mengatakan bahawa perbelanjaan yang digunakan untuk Monsoon Cup, Pulau Duyong dan Pulau Wan Man adalah membazir dan tidak memberikan manfaat yang banyak kepada rakyat.





Beliau berkata tindakan memberikan projek-projek kepada kroni Perdana Menteri, Patrick Lim tidak menjadi rahsia lagi.


“Majalah Antarabangsa Asian Pacific Boating keluaran January-February 2008 telah melaporkan bahawa Patrick Lim mengawal RM 300 juta peruntukan bajet tahunan untuk menganjurkan dan mempromosikan Monsoon Cup,”Kita sedang mengumpulkan semua maklumat secara terperinci berkenaan salahlaku dan penyelewengan kerajaan dibawah kepimpinan bekas Menteri Besar Idris Jusoh” kata Dato’ Abu Bakar.
Dr. Mahathir sebelum ini pernah menyatakan Terengganu diperintah oleh menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin dan Patrick yang dinamakannya sebagai Patrick Badawi. Perkara itu pernah diulas oleh Raja Petra didalam Kolumnya ‘The Corridor of Power’ dan diulang tulis dibawah tajuk ‘Monsoon(Cup) Winds of Change’ berikutan isu pelantikan Menteri Besar Terengganu baru-baru ini.


Responses

1 Respones to "Pembangunan Membazir - Syak Wasangka Rakyat Terengganu Ada Asasnya"

Tanpa Nama berkata...

saudara ahli PAS Bakri,
saya adalah dari golongan muda yg suka kepada perubahan. kearah kebaikan. PAS mempunyai prinsip perjuangan yg jelas dan tulus, saya akui perkara tersebut. cuma pas memerlukan pendekatan yang pelbagai. selain dari konsep kekerasan sebagaimana khalifah umar al khattab, pas perlu pertimbangkan pendekatan lembut dan sempoi macam ahmadinejad. saya suka sekiranya pas lebih mudah didekati. anak2 muda di johor dan juga org lama di johor boleh dilembutkan dengan mendekati mereka terlebih dahulu. cara pakaian perlu sempoi, mungkin serban dan jubah putih perlu simpan dulu dalam almari. bila hati mereka dah terbuka baru boleh dicadangkan apa bentuk tindakan seterusnya.

pas di johor boleh pegi jauh lagi dengan turun ke akar umbi iaitu anak2 muda kampung. mungkin dengan bermula perlawanan takraw antara kampung, bengkel ceramah baiki motosikal, kelas membuat kuih yg tidak memerlukan kos yg tinggi tetapi menyeronokkan mampu diselitkan angin perubahan secara tank langsung. saya cuma memberi cadangan demi kejayaan dimasa hadapan.wassalam


29 Mac 2008 pada 8:26 PTG

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors