Artikel yang bernas dan sesuai dibaca oleh orang Melayu terutama Melaka dan Johor



Mengundi Si Tunggul Kayu Bermuka Melayu

Oleh brader_rez"Brader Rez -
Artikel ini telah dihantar ke ruangan forum Utusan Malaysia pada 16/03/2008 melalui email. Namun sehingga hari ini (18/03/2008) tidak disiarkan lagi. Mungkin tiulisan sebegini tidak sesuai dengan agenda Utusan ... .
Seminggu sudah ruangan forum disajikan dengan surat dari pembaca utusan yang kecewa dengan tindakan orang Melayu yang mengundi pembangkang terutamanya DAP. Ada yang lebih ekstrim lagi melabelkan pengundi-pengundi Melayu ini sebagai pengkhianat bangsa.

Izinkan saya memberi sedikit analisis tentang apa yang telah terjadi kepada pengundi-pengundi Melayu pada PRU yang lepas. Terdapat dua pihak yang sepatutnya mengambil pengajaran dari “gelombang tsunami” yang telah melanda, iaitu Parti yang Memerintah dan juga Media Arus Perdana.

Jauh disudut hati saya, sebenarnya saya sungguh berbangga dengan pengundi-pengundi Melayu. Tidak salah jika saya katakan kematangan politik orang Melayu sudah meningkat dan merekalah antara salah satu faktor yang besar menyumbang kepada “gelombang tsunami” ini.Ingin saya jelaskan bahawa demokrasi adalah satu sistem yang memberi kuasa kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka. Hirarki demokrasi sepatutnya dilihat dari sudut rakyat yang berada diatas dan kuasa diturunkan kepada pemimpin yang berada dibawah rakyat, bukan sebaliknya! Kuasa yang diberikan hanyalah sementara dan jika rakyat tidak berpuas hati, kuasa itu akan diberikan kepada orang lain pula. Jika kita berfikiran lebih matang dan terbuka, “swing” pada PRU yang lepas telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu sudah pandai menggunakan kuasa yang ada pada mereka! Tidakkah ini satu perkembangan yang bagus?
Pada pendapat saya, pengundi Melayu sudah bijak menggunakan kuasa rakyat ini untuk memberikan mesej yg jelas kepada Kerajaan BN bahawa terdapat beberapa isu rakyat yang tidak diselesaikan oleh BN dengan baik pada penggal yang lepas.Kerajaan BN seharusnya memperhalusi apa kehendak rakyat yang tidak dipenuhi. Oleh itu kenyataan dari UMNO Pulau Pinang yang disiarkan di TV3 yang mengesyorkan agar kerajaan Pusat menghentikan projek-projek mega di Pulau Pinang bagi saya merupakan satu kenyataan yang dangkal.Rakyat mengundi pembangkang tidak semestinya mereka suka kepada pembangkang. Jika UMNO Pulau Pinang bersikap terbuka, sepatutnya mereka melihat kekalahan BN di Pulau Pinang berkemungkinan akibat dari kegagalan mereka membela nasib rakyat terutamanya orang Melayu di sana!
Pada ketika ini, UMNO Pulau Pinang seharusnya membuat kaji selidik apa yang sebenarnya keperluan oleh orang Melayu yang tidak dipenuhi oleh mereka sebelum ini? Menghukum rakyat Pulau Pinang kerana mengundi pembangkang akan membuatkan mereka lebih membenci UMNO dan BN. Jika UMNO Pulau Pinang ingin menunjukkan kuasa, sekarang lihat sendiri siapa yang lebih berkuasa? Rakyat atau Parti Memerintah??Kepada mereka yang melabelkan orang Melayu yang mengundi pembangkang sebagai pengkhianat bangsa pula, ingin saya ajukan beberapa soalan.
Jika calon yang diletakkan adalah sebatang tunggul kayu yang bermuka Melayu , pengkhianat bangsakah kita jika kita tidak mahu mengundinya? Pengkhianat bangsakah kita jika kita mengundi seorang manusia berbangsa lain semata-mata ingin memberikan mesej, bahawa kita tidak mahu si tunggul kayu bermuka Melayu itu menjadi wakil kita? Jika si tunggul kayu bermuka Melayu itu pula hanya sekadar menyusah dan membebankan lagi bangsa kita, pengkhinat bangsa jugakah kita jika tidak mengundinya??Tentang kegusaran sesetengah pihak bahawa orang Melayu akan dipinggirkan kerana kuasa telah diberikan kepada DAP, sepatutnya ini tidak menjadi isu. Jika kita hayati apa erti demokrasi, kita sudah tahu bahawa kuasa terletak ditangan rakyat. Kuasa yang telah diberikan kepada DAP hanyalah sementara. Jika mereka hanya mahu memerintah untuk sepenggal, silakan! Buatlah sesuka hati sepanjang tempoh pemerintahan kerana sampai masanya nanti, kuasa rakyat akan digunakan kembali!Kemenangan pembangkang di Perak pula seharusnya memberi peringatan kepada parti-parti pembangkang terutamanya DAP bahawa mereka menang kerana orang Melayu sanggup mengundi mereka. Jika terdapat pertandingan tiga penjuru di antara DAP, BN dan PAS pada PRU yang lepas, saya percaya DAP tidak akan menang sebesar ini. Walaupun DAP memperolehi lebih banyak kerusi berbanding PKR dan PAS, harus diingat bahawa negara kita mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Perlembagaan Sultan mempunyai kuasa untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
..........................................................................................................................................................................
Andainya tiada persefahaman dicapai antara parti-parti yang menang di Perak dan Sultan pula berkenan untuk membubarkan DUN supaya pilihanraya boleh diadakan semula, pastinya parti yang paling rugi adalah DAP. Pertandingan tiga penjuru pasti terjadi kerana DAP Pusat telah menunjukkan semacam mereka tidak boleh bekerjasama dengan PAS. Oleh kerana kematangan yang tinggi telah ditunjukkan oleh pengundi Melayu pada PRU yang lepas, besar kemungkinan PAS atau BN pula yang akan membolot kerusi DUN di Perak jika pilihanraya diadakan semula! Kesimpulan yang ingin saya nyatakan disini adalah kita harus berbangga kerana orang Melayu kini merupakan faktor terbesar terhadap kegagalan atau kejayaan parti-parti yang bertanding pada pilihanraya.
....................................................................................................................................................................................................
Orang Melayu sudah pandai menggunakan kuasa ini dan boleh “swing” jika ada yang tak kena.Oleh itu pihak pertama yang harus mengambil pengajaran dari “Gelombang Tsunami” ini adalah Parti yang Memerintah. Jangan sesekali mengguris hati rakyat terutamanya orang Melayu jika tidak mahu menerima padahnya ketika pilihanraya nanti! Tidak dinafikan bahawa media internet juga telah memainkan peranan yang besar terhadap “swing” pada PRU kali ini. Ini juga memberi peringatan kepada Media Arus Perdana bahawa apa sahaja berita yang disiarkan tidak lagi ditelan bulat-bulat oleh rakyat. Sebarang percanggahan melampau yang disiarkan oleh Media Arus Perdana akan membuat rakyat bukan sahaja berasa jijik, malahan tempiasnya juga sampai kepada Kerajaan kerana rakyat mengganggap Media Arus Perdana telah dikuasai mereka. Rakyat sekarang sudah bijak dan berpendidikan. Tidak perlu “memaksa” rakyat bagaimana harus rakyat berfikir kerana rakyat tahu berfikir sendiri. Lagi hebat “paksaan” yang diberikan, lagi hebat “penolakan” yang diberikan oleh rakyat. Akhirnya, apa sahaja yang disiarkan oleh Media Arus Perdana walaupun ianya benar dah sahih, tidak akan dipercayai langsung oleh rakyat!Oleh itu, pihak yang kedua pula yang harus mengambil pengajaran adalah Media Arus Perdana termasuk Utusan sendiri! Hentikan propaganda murahan seperti apa yang dilakukan sepanjang minggu yang lepas. Perkara sebegini akan membuatkan rakyat semakin menjauhi Media Arus Perdana.

Sumber dari Tranungkite.net


Responses

0 Respones to "Artikel yang bernas dan sesuai dibaca oleh orang Melayu terutama Melaka dan Johor"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors