Dengan nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Sekarang di muar lagi.. cyber cafe, dok ngantar emel pada lecturer, data hilal..
Sebenarnya takde ape yang boleh diceritakan tentang arwah ayah, tapi tak tahu kenapa hati sangat meronta-ronta untuk menulis sesuatu buat penenang hati dan merawat sedih..
Ayah hanyalah org yang biasa, tapi semangat perjuangannya sangat luar biasa..tak tahu nak ceritakan dari mana.. ayah pergi setelah sempat melihat kemenangan PAS di 2 DUN di Johor, negeri tanah tumpah darah dan kesayangannya.. negeri yang sejak hampir 30 tahun ayah menyertai PAS dan bergerak aktif dalamnya, negeri yang pernah 'mereka tak faham lagi tentang 'PAS' mengacukan parang bila kempen, negeri yang org selalu kata, -kalau letak batang pisang atas tiket BN pun sure menang punye- negeri yang kebanyakannya org jawa ( biasanya memang setia pada yg satu )..
Sekarang di muar lagi.. cyber cafe, dok ngantar emel pada lecturer, data hilal..
Sebenarnya takde ape yang boleh diceritakan tentang arwah ayah, tapi tak tahu kenapa hati sangat meronta-ronta untuk menulis sesuatu buat penenang hati dan merawat sedih..
Ayah hanyalah org yang biasa, tapi semangat perjuangannya sangat luar biasa..tak tahu nak ceritakan dari mana.. ayah pergi setelah sempat melihat kemenangan PAS di 2 DUN di Johor, negeri tanah tumpah darah dan kesayangannya.. negeri yang sejak hampir 30 tahun ayah menyertai PAS dan bergerak aktif dalamnya, negeri yang pernah 'mereka tak faham lagi tentang 'PAS' mengacukan parang bila kempen, negeri yang org selalu kata, -kalau letak batang pisang atas tiket BN pun sure menang punye- negeri yang kebanyakannya org jawa ( biasanya memang setia pada yg satu )..
Mungkin kemenangan 2 DUN ini lebih menggembirakan ayah dari melihat anaknya gembira dan mendapat cucu baru 2bln lepas..kerana itulah perjuangan ayah..
Ayah seorang yang tegas pada prinsip, kalau ayah rasa itu salah, salahlah, ayah pasti akan mempertahankan pandangannya dalam mesyuarat dan dalam jemaah sendiri,demi memperbaiki, ayah tak kisah, ayah akan cakap jg. berani berkata benar.. ayah pasti akan kata - kene buat juga usrah, walaupun ada yang kata tak perlu sangat- ayah akan kata, banyakkan ngo-walaupun org pandang tak perlu- ayah akan kata apa yang difikirkannya benar tanpa perlu mengambil hati siapa2..
Ayah selalu merasakan diri tak layak..
Pernah waktu Ustaz Omar(Bapa Ust Nizamudin Omar), Pesuruhjaya PAS Johor meninggal dunia dahulu, arwah ustaz fadzil kata 'nta jadilah pesuruhjaya' - ayah kata- ana takde ilmu, pak daeng la syekh'...
Ayah akan mementingkan jemaah lebih dari kepentingan diri..
Pernah ayah tanak pegang sesuatu jawatan kerana lebih mengutamakan jamaah.. biarlah ape org kata, hanya ayah dan keluarga yang mengetahuinya..
Ayah tak kisah org copy paste dan bawak ke mana paperwork pengurusan yang dibuatnya dahulu.. asalkan utk kebaikan semua..
Semasa lepas maghrib waktu pengiraan undi dan dapat tahu pas menang di DUN sg Abong,tempat kami anak beranak mengundi, ayah tengah rehat di bilik kerana terlalu penat, bingkas bangun dan sebut AllahuAkbar!!!
Bingkas ambil kot yang dah lama ditinggalkannya dan terus ke jubli perak tempat mengira undi..di sana dan ke markaz sehingga pukul 4 pagi baru balik umah..takpe ayah, semua hasil penat lelah ayah selama ni Allah dah bagi kemenangan dengan bantuanNYa...
Sabtu malam lepas ayah nak sangat ke jubli perak ada jamuan rakyat sempena kemenangan, pakcik salahudin ayub nak jmpe borak2 dan pak ungku nak jmpe ayah bagi ubat, tapi ayah tak larat sangat nak ke sana.. mungkin takde jodoh ayah nak jmpe sahabat2 baiknya..
Selepas 2 majlis di rumah hari sabtu,15mac, ayah nampak sangat penat, tapi masih lagi ke sana ke mari.. selalu sangat tak nak susahkan anak2.. pukul 3 pg isnin, mak kejut, kata ayah sakit dada, nak ke hospital, mak kata ayah tak kasi ikut.. ayah yang drive sendiri kereta ke hospital, begitulah ayah, selalu sangat nak buat kerjasendiri dan tak nak susahkan sesiapa.. dan masuk CCU di hospital muar, barulah mak suruh datang hspital..
5 hari bersama ayah di hospital, barulah boleh pegang lama-lama tangan ayah, baru boleh urut2 selalu kaki ayah, bila fikir2, bukan ayah yang sibuk juga, tapi kesibukan kita juga yang menyebabkan sangat kurang masa bersama ayah.. :( moga Allah ampunkan dosa2 anak ayah ni..mak cerita, rupanya2 ayah dah berjumpa dengan 'lelaki berjubah' lambai dan senyum2 pada ayah masa ayah di CCU..terubat juga melihat wajah jenazah ayah yang senyum dan berpeluh-peluh,.. semacam ayah masih ada lagi bersama kami..
Tersentuh juga bila k muna cerita mimpi arwah ustaz fadzil kemas2 bilik.. moga2 ayah dapat bertemu dengan arwah di sana dan jumpe ngn sahabat2 ayah dalam perjuangan.arwah us fadzil dapat sambut ayah, sahabat kesayangan ayah sehingga ayah buatkan puisi utk arwah ustz fadzil dan selalu sahaja sebut2 namanya..
Esoknya, ustaz zaria, mengikut ayah meninggal dunia dalam tidurnye... moga berjumpa juga di taman firdausi..
Setelah ayah pergi, diri menahan rasa sedih, biar mak tak nampak anaknya menangis.. sahabat2 ayah datang dari jauh dan dekat, tak putus2 sehingga hari semalam (ahad).. sabtu sehari selepas ayah ,meninggal, baru boleh nangis sepuas hati.. lebih sebak lagi bila amik kereta ayah di hospital, masih ada lagi bahan2 PRU dalam kereta ayah..
Kepada sahabat2 ayah yang susah senang bersama ayah, memahami ayah, mempercayai ayah, terima kasih diucapkan..kepada semua kawan2 ayah, maafkan ayah seandainya ayah ada kesalahan dan kekurangan, kepada yang masih berhutang dengan ayah, tlg bagitahu..
Yang mendoakan ayah, yang menziarahi ayah di kala ayah hidup dan lebih2 lagi setelah ayah meninggal dunia,terima kasih tak terhingga..
Terima kasih kepada sahabat2 rumah, sahabat2 sebatch, sahabat2 sejohor dan sahabat2 nisa' yang disayangi semua dan semua nya yang tak dapat disebut disini atas doa,ziarah,ucapan takziah dan kasih sayang sahabat2 semua kepada kami sefamily..
Ayah, tenanglah di sana, seperti kata sahabat ayah di perkuburan, rehatlah mail...
Pengakhiran talqin yang us kasim baca diperkuburan diakhiri dengan 3 kali takbir, melambangkan itulah perjuangan ayah dan pengakhiran hidup ayah juga..
Ayah, kami usaha untuk sambung perjuangan ayah dan kebaikan yang banyak telah ayah buat, sebagaimana pesan sahabat2 ayah, "teruskan perjuangan ayah, contohi kebaikan yang ayah dah buat, ayah mulia kerana mendapat hamparan jumaat kepadanya..'
Maaf atas coretan dan kata2 yang banyak kekurangan..
Doakan kami anak-anak ayah jadi anak soleh solehah dan mak sentiasa tabah dan sabar..
-coretan anak pejuang-dijahiskhaDIJAH ISmail
Pas Johor Bahru
Responses
0 Respones to "Coretan Anak Pejuang PAS JohorMula dipamer pada 26 Mac 2008"
Catat Ulasan