Saya mengenali Pas sewaktu bekerja di Shah Alam Selangor. Pada ketika itu suasana ketidakpuasan hati rakyat kepada pemerintah ketika itu yang menekan mufti Selangor Allahyarham Dato' Ishak Baharom. Tak silap saya selang beberapa bulan Dato' Seri Anwar Ibrahim tersingkir dari kerajaan UMNO/BN dan bermulalah episod reformasi. Saya bersama-sama rakyat menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan ketika itu.
Pada tahun berikutnya saya berpindah ke Muar, Johor. Saya berpendapat Johor mempunyai sistem pendidikan agama yang tersusun berbanding dengan negeri lain dan mudah untuk anak-anak saya mendapat pendidikan agama. Sangkaan saya dengan pendidikan agama yang tersusun maka gejala maksiat tentulah akan dapat dibendung tapi sangkaan saya meleset malah sama teruk dengan negeri yang tidak mempunyai sistem pendidikan agama yang tersusun.Ketika itu saya masih belum menjadi ahli Pas walaupun borang keahlian telah diberi ketika di Shah Alam lagi.
Ditempat baru saya berkenalan dengan seorang kawan (tak tahu pun dia orang Pas). Dia mengetahui saya ini tak suka dengan corak pemerintahan kerajaan ketika itu. Beliau mengajak saya ke usrah dan dari situlah saya mengenali Pas dari dalam. Saya menjadi ahli pada tahun 1999 iaitu semasa PRU ke 10.
Rupanya orang Johor ni kebanyakannya mempunyai sikap assobiah yang tebal. Saya menyewa dikelilingi oleh orang-orang UMNO dan pro UMNO. Saya dan keluarga seolah-olah diboikot setelah mengetahui saya orang Pas. Sehinggalah saya berpindah ke rumah baru tidak ada sesiapa pun dari kalangan jiran yang sudi menghulurkan bantuan. Hanya saya, isteri dan pembantu rumah mengemas, angkat barang-barang atas lori. Penat memang penat nasib baik esoknya cuti umum dapatlah berehat. Tak sangka orang UMNO Johor mempunyai sikap sedemikian rupa tidak macam orang-orang UMNO di tempat kelahiran saya. Walaupun berbeza parti politik, mereka masih lagi bersalam-salaman dan dapat dilihat sewaktu PRU-10. Sudah nasib duduk di Johor kubu kuat UMNO/BN terima aje lah...
Itu baru bab kejiranan, belum masuk bab ekonomi. Kalau ada kabel senanglah dapat kerja dijabatan kerajaan, senang dapat projek dan sebagainya... Jadi soalan yang hebat diperkatakan tentang DEB oleh media hanyalah bertujuan untuk memburukkan pakatan pembangkang di Pulau Pinang (DAP-PKR) - Pas. Sebenarnya DEB ini hanyalah untuk orang BN putra dan UMNO putra. Tanyalah pembeli projek perumahan di negeri Selangor (PKNS). Kalau bukan dari kelompok BN, memang payah nak dapat beli. Apa punya dasar lah... menyusahkan orang Melayu.. (Kata membela orang Melayu) Boleh belah....
Kepada orang Melayu fikirkanlah jangan termakan dengar media yang hanya untuk menghentam pembangkang. Labels: Anak Muar, DEB, Johor
Responses
0 Respones to "Pengalaman penyokong Pas di Johor"
Catat Ulasan