Barisan Rakyat Menang Lagi....





Alhamdulillah kemenangan Barisan Rakyat yang diterajui oleh PAS,PKR & DAP pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu dengan menafikan kemenangan besar 2/3 BN telahpun berjaya. Tambah manis ialah lakaran tinta emas dalam lipatan sejarah buat pertama kalinya pembangkang menang 5 negeri sekaligus.

Amarah rakyat telahpun dimanifestasikan melalui undi protes untuk tidak memberi UmnoBN dari menang besar sebelum ini. Semuanya berpunca akibat pemimpin UmnoBN yang tidak amanah setelah mendapat mandat besar dalam PRU ke-11 pada 2004 yang lalu.


Krisis kehakiman negara yang kritikal, rasuah jutaan ringgit sesama pemimpin BN,kenaikan harga bahan bakar dan barang-barang keperluan harian telahpun menjadi resepi & rencah pembangkang untuk menyemarakkan amarah rakyat kepada pemimpin BN yang benar-benar menipu rakyat.


Barisan Rakyat yang menang 82 kerusi parlimen berbanding BN yang mendapat 140 kerusi kini menjadi pakatan pembangkang yang kuat dan tentunya agak sukar untuk BN berkuasa sewenang-wenangnya mengubah dasar yang hanya menguntungkan mereka dan kroni mereka.
Pengumuman dari Pak Lah dalam ucap utamanya pada Persidangan Pelaburan Malaysia 2008 menghuraikan perancangan bagi melegakan keresahan rakyat berhubung kenaikan kos sara hidup yang menjadi isu dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu.

Tiga langkah itu ialah:


* Mengurangkan impak kenaikan harga minyak dunia bagi golongan berpendapatan rendah dengan mengurangkan pembaziran dan kerugian kesan daripada subsidi.


* Mengkaji semula pelaksanaan rancangan-rancangan ekonomi bagi memastikan manfaatnya dapat dirasai golongan yang benar-benar memerlukan.


* Kerajaan akan terus bekerja ke arah mengurangkan jurang pendapatan antara kumpulan-kumpulan etnik, dan pada masa yang sama memastikan keadilan untuk semua rakyat.




PASJB berpandangan pengumuman ini adalah tindakan terdesak buat BN untuk meraih kembali sokongan dan simpati rakyat. Walau bagaimanapun setiap yang baik dari sesiapapun kita akan terima tetapi penuh dengan hati-hati.




Siapa yang tak kenal UmnoBN, kalau tak tipu bukan UmnoBN namanya, takkanlah kali ini rakyat nak percaya bulat-bulat pasal 12 kali pilihanraya umum inilah agenda sama yang dibawa oleh BN apabila semakin terdesak untuk kekal berkuasa.




Langkah ringankan beban rakyat-Harga minyak, kekal harga gas, tarif elektrik tidak naik,pembaziran subsidi ditangani adalah janji pertama Pak Lah kepada rakyat.
Makanya sekali lagi rakyat mesti menilai sepenuh perhatian supaya tidak terjatuh dalam lubang yang sama....Hidup Rakyat...AllahuAkbar










Responses

0 Respones to "Barisan Rakyat Menang Lagi...."

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors