Hadis Nabi S.A.W
"Allah akan mengirimkan seorang mujaddid (orang yang memperbaharui urusan agamanya) setiap seratus tahun"
Ijtima' ulama bersepakat mengatakan bahawa untuk kurun pertama Hijrah, Umar ibn Abd Aziz merupakan mujaddid pada kurun tersebut.
Hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Adi ibn Hatim sebelum beliau menjadi Muslim
"Adi ibn Hatim. Barangkali yang menghalangi engkau memasuki Islam adalah dengan kemelaratan kaum muslimin. Akan tiba masanya nanti di suatu zaman di mana seluruh umat Islam tidak layak menerima zakat lantaran kekayaan yang telah mereka miliki"
Berkata Adi ibn Hatim setelah dia menjadi seorang Muslim
"Aku telah melihat dua perkara yang dinyatakan oleh Nabi dan aku bersumpah perkara ketiga mengenai kekayaan umat Islam pasti berlaku"
Yahya ibn Said (salah seorang gabenor ketika pemerintahan Umar ibn Abd Aziz) menceritakan pengalamannya
"Umar ibn Abd Aziz telah mengutus aku ke Afrika Utara untuk membahagi zakat. Lalu kucari fakir miskin di sana tetapi tiada seorang pun yang layak digelar fakir miskin. Khalifah Umar benar-benar telah menjadikan rakyatnya kaya"
Pemimpin Bani Abbasiyyah mengatakan
"Kami dapat menandingi kerajaan Bani Ummaiyyah dalam semua hal kecuali 4 perkara. Salah satunya ialah tiada orang seperti Umar ibn Abd Aziz dari kalangan kami buat selama-lamanya"
Cebisan kata-kata menarik
Pemerintah selalunya melantik pegawai untuk mengawasi rakyatnya.
Aku melantik kamu untuk mengawasi diriku dan kelakuanku.
Jika kamu mendapati aku melakukan kesalahan, bimbinglah aku atau halanglah aku daripada melakukannya.
- Umar ibni Abd al-Aziz
Ulasan:
Wahai pemimpin, jawatan itu adalah amanah dari Allah untuk memimpin rakyat dengan adil. Jawatan itu hanya sementara tetapi pemimpin yang baik lagi berjasa dihormati walaupun beliau telah tiada.
Labels: Khalifah Umar Abdul Aziz
Responses
0 Respones to "Contohi Khalifah Umar Abdul Aziz"
Catat Ulasan