Helmi Khalid Mon Mar 10, 08 11:55:59 AM ALOR STAR, 10 Mac (Hrkh) - Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak mengarahkan semua Tadika Kemas di negeri ini mengekalkan premis masing-masing tanpa perlu berpindah, mengeluarkan barang sebaliknya meneruskan pengajian seperti biasa.
Beliau berkata, beliau sendiri atau pihak PAS tidak pernah mengeluarkan arahan sedemikian rupa sebaliknya akan memikirkan beberapa langkah untuk memantapkan lagi pusat pengajian pra sekolah tersebut. Katanya, beliau juga telah mengarahkan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah, Yusuf Husin untuk menghantar surat kepada kesemua 15 PAS Kawasan untuk memastikan Tadika Kemas di kawasan masing-masing meneruskan sesi pengajian seperti biasa dan jangan terpengaruh dengan mana-mana arahan selain dari arahan kerajaan negeri. "Kita berterima kasih kepada semua guru-guru Kemas yang telah lama berjasa kepada masyarakat, kita tidak akan tutup Tadika Kemas, ini tidak betul, jangan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan, PAS tidak akan tutup Tadika Kemas," tegas beliau lagi. Ustaz Azizan berkata demikian ketika ditemui di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, dekat sini selepas mengadakan pertemuan ringkas dengan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi. Sebuah akhbar harian hari ini melaporkan bahawa PAS Kedah telah mengarahkan Tadika Kemas ditutup dan telah menimbulkan tanggapan negatif terhadap PAS dan ternyata tidak betul. - mrLabels:
Tadika Kemas
Responses
0 Respones to "Teruskan Tadika Kemas, kami tidak pernah arah tutup - MB Kedah"
Email kedutaan Mesir di Malaysia:
Rayu kepada kedutaan Mesir supaya membuka Lintasan Rafah
Sayed Ahmed Fouad
Commercial Secretary
Embassy of Arab Republic of Egypt Commercial Office Kuala Lumpur
E-mail: kualalumpur@ecs.gov.eg
Address: 15H, 15th Floor, Plza Ampang City, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Responses
0 Respones to "Teruskan Tadika Kemas, kami tidak pernah arah tutup - MB Kedah"
Catat Ulasan