Menyertai pilihan raya amat penting bagi mendapatkan mandat rakyat bagi membolehkan pemimpin menerajui sesebuah negara tanpa sebarang pertumpahan darah berlaku.
Pilihan raya yang sepatutnya berjalan dengan lancar, adil, telus adalah jaminan bagi proses pemilihan pemimpin yang benar-benar layak untuk diundi. Kelancaran prosesnya bergantung kepada sejauh mana pihak ketiga iaitu Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menjadi hakim.
SPR telah diberi mandat oleh rakyat yang sepatutnya dalam tempoh empat tahun dapat memikirkan peraturan-peraturan yang munasabah yang dapat diterima oleh semua lapisan parti dan kaum dalam negara.
Tetapi apa yang berlaku sebelum tiga hari penamaan calon, satu peraturan baru, Akuan Berkanun, diperkenalkan kepada setiap calon yang bertanding untuk kerusi Dun dan Parlimen, tetapi peraturan itu dimansuhkan apabila terdapat calon-calon Umno-BN gagal melakukannya.
Kemudian, sekali lagi Pengerusi SPR, Abdul Rashid Abdul Rahman mengumumkan pembatalan penggunaan dakwat pada pilihan raya kali ini dengan pelbagai alasan. Tempoh mengundi pun hampir menjelang tiba, kalau benar ada pihak menyeludup dakwat seperti yang didakwa, kenapa ia tidak diumumkan pada tarikh 13 Februari iaitu masa tangkapan dibuat kepada pihak terbabit dengan penyeludupan, mengapa mesti harus tunggu tiga hari sebelum pengundian?
Abdul Rashid sahaja boleh jawab kepada rakyat di dunia dan di hadapan Allah pada hari akhirat, rakyat. Fikir-fikirlah akhirat, wahai Pengerusi SPR. Sejak pengumuman pembatalan menggunakan dakwat dibuat, rakyat bercakap mengenainya, di kedai kopi, dalam komuter, bas, teksi, di tempat-tempat awam yang menunjukkan bahawa mereka tidak reda dengan tindakan Abdul Rashid yang menjadi balachi BN. Namanya terukir di bibir banyak pihak yang mengutuk keras tindakannya itu, apakah beliau selesa dengan keadaan ini sebelum di hadapkan di mahkamah Allah?
Abdul Rashid masih ada masa untuk fikir penarikan semula pembatalan itu. Jika beliau seorang yang berwawasan akhirat, apabila rakyat kutuk dengan pelbagai tindakannya itu, sebenarnya ia satu 'political mileage' buat BA dan pembangkang.
Beliau wajar sedar bahawa pendapatan gaji yang diperolehi adalah wang rakyat. Beliau tidak boleh menyebelahi pihak kerajaan mahupun pembangkang, beliau digaji untuk menjadi pengadil yang adil yang dikenang sepanjang masa.
Apapun ia bergantung kepada kepada kesedaran yang lahir daripada hatinya untuk menjalankan pilihan raya bersih. Segala kesukaran yang dihadapi calon-calon pembangkang, akan menikam dirinya yang akan memahat dalam sejarah hitam pilihan raya Malaysia ke-12. �
Sehubungan itu, bagi menyatakan rasa marah rakyat kepadanya, maka berlaku satu insiden di mana ada pihak yang tidak bertanggungjawab melumurkan pagar rumahnya dengan cat warna merah sebagai tanda protes awal terhadapnya. Itulah di dunia lagi orang sudah benci, di akhirat nanti hanya Allah Yang Maha Mengetahui. - lanh Labels: SPR
Responses
0 Respones to "Pengerusi SPR perlu fikir balasan akhirat"
Catat Ulasan