Oleh Mohamad Mukhreez
Khamis, 27 Mac 2008
KETUA Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan bahawa pakatan lima negeri yang dikuasai Barisan Rakyat, parti, NGO dan orang ramai diajak untuk memulaukan dua media arus perdana iaitu Utusan Malaysia dan TV3.
Anwar dalam kenyataannya berkata, Utusan Malaysia dan TV3 masih beranggapan pilihanraya belum selesai.
"Media milik Umno ini terus membelasah KeADILan, PAS dan DAP.
"Mereka meniupkan sentimen kaum dan puas mengalih perhatian khalayak dari krisis kepimpinan Umno, penipuan Suruhanjaya Pilihanraya dan krisis Terengganu," katanya.
Menurut beliau, orang ramai yang ditemuinya mengusulkan agar kerajaan negeri pakatan rakyat, parti, NGO dan rakyat amnya diajak memulau kedua media tersebut.
"Saya, pimpinan parti dan kerajaan negeri sedang menimbangkan saranan tersebut," ujarnya.
Pada 29 November lalu, sebuah gabungan boikot media yang dikenali sebagai Gerakan Anti Salah Maklumat (GASAK) ditubuhkan bagi menggerakan kembali kempen boikot media perdana. GASAK dipengerusikan oleh Pengarah Eksklutif Institut Kajian Dasar (IKD), Khalid Jaafar.Pada 29 November lalu, sebuah gabungan boikot media yang dikenali sebagai Gerakan Anti Salah Maklumat (GASAK) ditubuhkan bagi menggerakan kembali kempen boikot media perdana. GASAK dipengerusikan oleh Pengarah Eksklutif Institut Kajian Dasar (IKD), Khalid Jaafar.
Khalid dalam kenyataan sebelum ini berkata, GASAK akan mengemukakan tiga tuntutan minima kepada media yang terbabit kerana memberikan laporan yang seimbang, dengan mengetepikan pandangan dan melaporkan daripada dua dimensi iaitu pimpinan kerajaan serta pihak yang menganjurkan sesuatu perhimpunan atau apa-apa acara."Industri media hendaklah bebas dalam editorial dan tidak bersandarkan kepada tekanan daripada pemerintah atau pemilik syarikat tersebut. Ia tidak seharusnya dipengaruhi oleh sesiapa yang boleh memutuskan mengenai berita atau maklumat itu melainkan Jabatan Pengarang media itu sendiri," ujarnya dalam sidang media pelancaran kempen "Boikot Media Pembohong" dalam sidang media yang sama.
Labels: Boikot TV3
Responses
0 Respones to "Kerajaan BR timbang boikot Utusan, TV3" Anwar Ibrahim"
Catat Ulasan