al-Bakri fil Muar
13 Dis 2008
Susah juga nak beri komen tentang penggunaan tali pinggang belakang. Jika ikut keselamatan, memang membantu tapi sikit nak beri komen dalam iklan TV. Momentum dari penumpang belakang menyebabkan pemandu tertolak kehadapan dan yang musykilkan ialah kerusi tempat duduk pemandu tersebut.
Sepatutnya, kerusi tersebut tidak terlipat sebab is telah direka dapat menahan hentakan tersebut melainkan berlaku hentakan yang kuat dari kenderaan. Entahlah.... perlu dibuat kajian. Apa yang ana rasalah mungkin betul kata al-Husseyn dalam blog beliau.
Nampaknya keluarga yang mempunyai anak ramai terpaksalah menghadkan perjalanan untuk menziarah sanak saudara, melancong dalam negeri, ke sana ke mari ....... keciwa juga ...
Sekadar pandangan...... al-Bakri
Berikut artikel dari al-Husseyn
Towkey pengimpot dan yang menjual tali pinggang keledar tentu paling seronok menyambut tahun baru yang akan menjelang tidak berapa lama lagi.Kalau saya boleh dapat sedikit komisyen daripada hasil penjualan tersebut, sudah tentu saya juga akan senyum selebar kambing yang dapat daun nangka muda.Tetapi saya tiada apa kepentingan dalam perkara tersebut.BPR tidak ada perlunya menyiasat saya.Tetapi takkanlah tiada sesiapa pun yang berkepentingan dengan perlaksanaan pemakaian tali pinggang tersebut?Apa guna lantik pegawai lulusan tinggi-tinggi tapi bengap dalam persoalan begini?
Pemakaian tali pinggang keledar di bahagian tempat duduk belakang kenderaan persendirian akan diwajibkan pada 1 Jan depan.Pengecualian pemakaian tali pinggang belakang hanya diberikan kepada kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Jan 1995.
Ah! Apa sudah jadi dengan penguatkuasaan ‘peti hitam’ suatu masa dulu? Ingat tak lori dan bas yang terpaksa memakai lampu isyarat dulu? Apa dah jadi?Apakah pihak yang melaksanakan sudah membuat kajian terperinci dan menunjukan bahawa disebabkan tidak memakai tali pinggang keledar di bahagian duduk belakang , maka telah menyebabkan ramainya korban kemalangan?
Bagaimana pula dengan mereka yang punya masalah kesihatan seperti kawan saya (ada ribuan lagi lepasan IJN) yang telah menjalani pembedahan jantung.
Mengikut kata sahabat saya ini, doktor menasihatkannya supaya tidak menggunakan tali pinggang keledar kerana merbahaya kepada dirinya kerana tulang rangka dadanya tidak kuat dan mudah retak.Saya rasa pandangan pakar perubatan perlu diambil kira dan jangan biarkan towkey sahaja yang buat kira-kira.
sumber:al-husseyn
Labels:
Tali pinggang belakang
Responses
0 Respones to "Tali pinggang keledar : Selamatkan siapa?"
Catat Ulasan