Media Pro BN alih perhatian rakyat



Al-Bakri fil Muar,
1 Dis 2008

Kita telah sedia maklum media-media perdana yang pro BN memang sentiasa berperanan sebagai talian hayat untuk pemimpin-pemimpin BN/UMNO/MCA/MIC dan lain-lain.

Terbaru isu kenyataan Chua Soi Lek berkenaan dengan ketuanan Melayu. Macam biasalah berbagai-bagai ulasan diceritakan. Ana rasalah yang seorang cuba nak jadi tumpuan dirinya tumpuan dan yang sebelah satu lagi nak ingatkan orang Melayu supaya terus menyokong UMNO. Yang pasti kedua-duanya parti komponen BN.

Berikut surat pilihan dari rakyat biasa tentang peranan media.

Oleh: Suara N9
Thu Nov 27, 08 10:38:37 am MYT

Saudara Pengarang,

Cuba kita tanya secara rambang rakyat Malaysia ketika ini apa masalah mereka. Adakah masalah utama mereka akan diberhentikan kerja, harga getah dan sawit merudum jatuh, harga barang naik ?

Cuba kita tanya secara rambang rakyat Malaysia ketika ini apa masalah mereka. Adakah masalah utama mereka akan diberhentikan kerja, harga getah dan sawit merudum jatuh, harga barang naik ?

Atau mereka akan jawab ladang babi berhampiran rumah mereka, papan tanda jalan pelbagai bahasa depan rumah mereka, mereka tak dapat mengamalkan Yoga ?

Nampaknya rakyat Malaysia sekarang ini dialihkan perhatian oleh media , baik media pro BN mahu pun media pro Pakatan Rakyat (kerana menghabiskan masa menepis serangan media pro BN) terhadap isu-isu yang remeh temeh. Sedangkan banyak isu lain yang lebih besar.

Tanya seorang isteri apa masalah mereka ? Mereka akan jawab suami mereka tak beri nafkah, suami mereka gila perempuan, suami mereka gila judi.

Tanya seorang suami apa masalah mereka ? Mereka akan jawab harga barang naik , elaun dipotong, harga getah turun.

Tanya seorang anak apa masalah mereka ? Mereka akan jawab tak lama lagi nak buka sekolah , tapi ayah tak mampu nak bayar yuran, tak mampu nak bayar tambang bas.

Tanya seorang ibu apa masalah mereka ? Mereka akan jawab harga ikan naik, anak perempuan mereka selalu keluar malam, anak lelaki mereka sudah mula berjinak dengan dadah.

Tanya seorang ayah apa masalah mereka ? Mereka akan jawab rumah yang dibeli terbengkalai, pinjaman bank perlu dibayar, duit sewa rumah juga perlu dibayar.

Tanya seorang polis apa masalah mereka ? Mereka akan jawab kes samun makin meningkat, kes rogol makin meningkat, dan pelbagai kes lagilah.

Tanya seorang imam masjid pula apa masalah mereka ? Mereka akan jawab jemaah solat semakin berkurangan, kehadiran kuliah agama semakin berkurangan.

Tanya seorang doktor apa masalah mereka ? Mereka akan jawab kes pembuangan bayi semakin banyak, kes bayi lahir tanpa bapa semakin banyak.

Tapi bila kita tanya ahli politik , kita tanya menteri apa masalah mereka ? Mereka akan jawab papan tanda jalan mesti Bahasa Melayu , ketuanan Melayu mesti dipertahankan, lapangan terbang perlu di bina di Negeri Sembilan dan macam-macam isu lagi yang digembar gemburkan.
Jadilah rakyat yang bijak dan berfikiran terbuka serta rasional.-

Sumber: Harakahdaily.net


Responses

0 Respones to "Media Pro BN alih perhatian rakyat"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors