
“Hah, kenapa? Apa yang berlaku?” saya menyoal.
“Di Masjid South Circular Road, masa Imam sedang menyampaikan khutbah, berlaku pergaduhan di depan minbar.” Bilal memulakan ceritanya.
“Astaghfirullah al-Adheem. Tak adakah tempat dan masa yang lain untuk bergaduh? Macam mana boleh jadi begitu?” saya terkejut mendengar cerita Bilal.

“Ya, Imam. Bukan setakat itu, malah pergaduhan itu sebenarnya berlaku antara seorang jemaah dengan Khatib yang sedang berkhutbah!” Bilal bersungguh-sungguh bercerita kepada saya sampai merah mukanya menahan marah.
“Allahu Akbar. Ini sudah mendesak kiamat cepat. Apa isunya?” saya kehairanan.
“Lelaki itu tidak berpuas hati dengan Khatib. Katanya, dia jemu mendengar khutbah tentang Palestin. Asyik-asyik Palestin. Tak ada isu lainkah? Bagaimana dengan Kashmir, Afghanistan dan lain-lain. Itu rungutannya.” jawab Bilal.

Baca lagi: Sila klik disini

Responses
0 Respones to "Belfast Tidak Pernah Melupakan Palestin"
Catat Ulasan