Isu: Johor Lombong Pasir, Mungkin ke Singapura



Adun Tanjung Surat, Datuk Harun Abdullah berkata sejak menjadi wakil rakyat di kawasan itu lebih dua penggal, tiada seorang pun penduduk di sekitar Teluk Ramunia mengadu dan melaporkan kepada beliau tentang masalah yang timbul dari aktiviti perlombongan pasir.

70 peratus daripada pekerja di tapak tersebut adalah penduduk tempatan. Masalahnya sekarang kenapa perkara ini ditimbulkan didalam Utusan Meloya barulah Adun tersebut hendak menjawab dan memberi penjelasan. Adakah beliau tidak peduli masalah rakyat.

Kira-kira 10,000 penduduk di sekitar kawasan tersebut bimbang kegiatan tersebut boleh mengundang bencana seperti ditenggelami air akibat ketiadaan kawasan penahan sama ada apabila berlaku hujan lebat dan ombak besar tambahan pula tiada usaha pemulihan yang serius dilakukan oleh syarikat perlombongan berlesen berkenaan.

Pengawasan agensi kerajaan seperti Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) sangatlah diharapkan berperanan dalam menjaga alam sekitar dan keharmonian penduduk sekitar Teluk Ramunia.

Kewujudan tiga kawah besar yang setiap satu berkeluasan kira-kira 12 hektar yang mencapai kedalaman 15 tingkat bangunan itu adalah kesan daripada kegiatan mengorek tiga buah bukit yang terletak kira-kira 650 meter dari pantai Teluk Ramunia.

Sebelum ini dilaporkan juga kes pengorekan pasir laut di sekitar perairan tersebut sehingga dilaporkan ada orang mengaut untung yang banyak hasil penjualan 50 juta meter padu pasir setahun selama 20 tahun untuk Singapura menambak tanah.

Timbul kebimbangan rakyat, kuantiti pasir sebanyak itu dimanakah batu dan pasir tersebut dihantar. Kalau Singapuralah destinasinya rakyat sekali lagi ditipu setelah kononnya tahun 2006 yang lalu Singapura tidak mengizinkan pembinaan jambatan bengkok di tambak Johor kerana keengganan kerajaan menjual 1 billion meter padu pasir dan hak laluan terbang pesawat tentera Singapura melintasi Johor.

Kalau kita lihat sendiri di tambak Johor, lori-lori mengangkut pasir cukup banyak menunggu giliran pelepasan kastam dan imigresen untuk masuk ke Singapura setelah eksport pasir melalui jalan laut dihentikan.

Sekali lagi, Umno Barisan Nasional macam cuba nak selindung dan menipu rakyat.
Sumber : Jundullah


Responses

0 Respones to "Isu: Johor Lombong Pasir, Mungkin ke Singapura"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors