Ana belum lagi membaca buku ini tapi di sini ana letakkan antara isi kandungan buku ini.
"Gabenor yang dilantik oleh Umar Al-Khattab ke Azerbaijan telah dihidangkan makanan paling lazat dalam masyarakat Azerbaijan. Beliau teruja dengan kelazatan makanan itu lalu berhasrat untuk menghantar makanan itu pada Khalifah Umar di Madinah.
Lalu Gabenor Azerbaijan menghantar utusan untuk membawa makanan itu. Sebaik sahaja Umar makan, Umar bertanya "adakah seluruh rakyat Azerbaijan makan makanan ini."
Utusan itu menjawab, "tidak, hanya orang yang kaya sahaja yang mampu memakannya kerana harganya mahal"
Umar memerintahkan makanan itu dihantar balik ke negeri Azarbaijan lalu menulis surat kepada gabenor Azerbaijan. Kandungan surat itu berbunyi.
"Makanan semanis dan selazat ini bukan di buat daripada duit ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makan ini sebelum kamu mengenyangkan perut kamu"
Ana tak berapa pasti jika ada mana pemimpin-pemimpin kerajaan sekarang yang sekurang-kurangnya memiliki sifat-sifat atau karakter 2 Umar.
Antara kisah Umar al-Khattab yang sentiasa ana ingat ialah kisah semasa Saidina Umar bersama pembantunya berjalan diwaktu malam untuk melihat keadaan kehidupan rakyatnya. Iaitu kisah ibu masak batu....
Umar al-Khattab dan Umar Abdul Aziz. Dapatkan buku ini sebelum kehabisan.
Responses
0 Respones to "Buku pilihan hari ini: Belajar dari 2 Umar Kenyangkan Perut Rakyat"
Catat Ulasan