Nasib malang terus menimpa penduduk Kg Plentong Tengah



Irwan Muhammad Zain Foto Wan Zahari Wan Salleh
Thu Dec 11, 08 4:10:28 pm MYT
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Hrkh) - Nasib malang yang menimpa penduduk Kampung Plentong Tengah, Johor Bahru berterusan apabila seramai 290 keluarga bakal kehilangan tempat tinggal pada 18 Disember ini.

Pada tarikh tersebut, syarikat pemaju Bukit Lenang Development Sdn Bhd akan merobohkan rumah penduduk tersebut bila kesemua mereka enggan menandatangani aku janji dengan syarikat terbabit.

Hari ini, Pertubuhan Kebajikan Penduduk Kampung Plentong menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi meminta bantuan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

Dalam aduannya hari ini, wakil penduduk tersebut turut melahirkan rasa kesal bila rumah baru dan penempatan transit yang dijanjikan kepada mereka masih belum siap hingga kini.

Sebelum ini, kerajaan negeri Johor berjanji akan menyediakan penempatan baru di Bukit Dagang sebagai ganti kepada tanah mereka yang telah diambil untuk projek pembangunan Iskandar yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mereka turut kesal dengan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Dato' Seri Khaled Nordin yang berjanji untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Plentong Tengah namun janji hanya tinggal janji mereka akhirnya diusir dari tanah sendiri.

Sehubungan itu, pada 18 dan 19 Disember ini wakil Suhakam akan berada di kampung tersebut dan melawat tapak penempatan semula yang telah dijanjikan oleh Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani Othman.

Menurut surat peguam syarikat pemaju itu, perobohan pada pagi Khamis depan tidak melibatkan 120 penduduk yang telah menerima aku janji di Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 29 Oktober lalu. - mns_
Sumber: Harakahdaily


Responses

0 Respones to "Nasib malang terus menimpa penduduk Kg Plentong Tengah"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors