Sewa mahligai Seri Perdana... pergh... mahalnya



Saya teringat zaman saya masih bujang diawal 70-an dahulu, tinggal menyewa di sebuah rumah di Matang.Tiap hujung bulan, akan datanglah sipengutip sewa .Dia datang dengan mesen rumput sekali.kalau ada apa-apa kerosakan, maka saya adukan kepadanya; seperti bulb lampu rosak atau ada kebocoran.Orang ini akan menguruskannya supaya keperluan tersebut di baiki.Tiada bayaran lebih selain kos sewa rumah RM120.00, bersih.

Jika anda menyewa bilik hotel mana-mana pun. Samada bertaraf 5 bintang atau bertaraf bulan sekalipun, anda hanya perlu membayar sebagaimana harga bilik yang telah ditentukan.Mungkin anda akan dikenakan lain-lain bayaran perkhidmatan lain seperti dobi, room servis ; tetapi upah pekerja-pekerja in-house seperti mengemas bilik, counter service, umpamanya tentulah bukan tanggung jawab anda.

Tetapi ini semua tidak berlaku kepada penyewa mahligai ‘Seri Perdana’ dan ‘Seri Satria’ . Bukan sahaja sewa dua kediaman mahligai tersebut terlalu mahal, tetapi penyewa juga dikenakan kos penyelenggaraan yang tersangat mahal.

Mengikut laporan di sini Kerajaan Malaysia telah menyewa kediaman Perdana Menteri, Sri Perdana sebanyak RM4.15 juta setahun atau RM345, 833.33 sebulan dari Putrajaya Holding.


Untuk menyelenggarakannya pula, kerajaan menanggung RM1.89 juta setahun atau RM158,051.40 sebulan. Jangan lupa harga Toyota Camry : RM160 ribu! Ini bermakana PM boleh beli Camry tiap-tiap bulan!
Kediaman Timbalan Perdana Menteri pula yang bernama Seri Satria, kerajaan menyewa sebanyak RM2.74 juta setahun atau RM228,333.33 sebulan manakala penyelenggaraannya adalah RM94,156 sebulan.

Yang sangat dihairankan itu, bagaimana mahligai yang dibina dengan menggunakan wang kerajaan Malaysia, tiba-tiba kerajaan Malaysia pula yang menyewa daripada Putrajaya Holdings! Eh! Macamana pula Putrajaya Holdings yang jadi landlordnya pula?

Kalau nak dibandingkan dengan nilai pembelian kereta Toyota Camry oleh kerajaan Pakatan Rakyat entah macam mana nak dikatakan!

Ini bermakna, kerajaan Malaysia terlalu boros dan membazirkan wang rakyat Malaysia seolah-olah macam wang mak bapak dia orang yang punya! Jom londehkan Umno dengan isu ini di Kuala Terengganu.

sumber: al-Hussyen.blogspot.com


Responses

0 Respones to "Sewa mahligai Seri Perdana... pergh... mahalnya"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors