KESAL...Laporan Akhbar Tidak Tepat




Hari ini, saya sempat menatap beberapa akhbar harian yang menyiarkan berita dari Istana Seri Menanti sebagai tajuk utama. Kebanyakan laporan tidak menyatakan kehadiran pimpinan Pakatan Rakyat di Istana Seri Menanti. Kehadiran YAB Menteri Besar Kedah yang mengiringi Sultan Kedah, DYMM Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ke Istiadat Pemakaman langsung tidak dilaporkan dalam 2 akhbar berbahasa Melayu dan satu akhbar berbahasa Inggeris yang saya baca hari ini. YB Dato' Husam Musa , Naib Presiden PAS Pusat merangkap Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan hadir seawal hari Sabtu malam Ahad yang lalu. YAB Tan Sri Khalid Ibrahim hadir pada hari Ahad seawal jam 9:30 pagi lagi. Kita yakin bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat amat prihatin dan menyanjung tinggi peranan institusi istana dalam pentadbiran negeri dan negara. Selesai Majlis Pemasyhuran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 saya sempat bertemu dengan Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Ybhg Sdra Sanusi.
sumber : YB Senawang


Responses

0 Respones to "KESAL...Laporan Akhbar Tidak Tepat"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors