20 Dis, 2008
Hari ini diwaktu ana menulis artikel, harga minyak berada dibawah paras USD34 setong. Sebagaimana yang kita ketahui satu tong minyak mempunyai 159 liter.
Ana rasa banyak para blogger telah membuat contoh pengiraan. Harga minyak di Malaysia sepatutnya berada lebih rendah lagi dari paras hari ini (RM1.80 untuk petrol).
Cuma kadangkala kita tidak perasan beberapa perkara tentang isu minyak. Antara yang mungkin kita terlepas pandang ialah harga gas masak dan minyak pelincir.
Gas masak berharga RM25.00 untuk tong yang mempunyai berat 16kg (masa ana beli gas baru pada 1 Disember yang lalu).
Harga minyak pelincir pula tidak turun sebaliknya naik lagi adalah. Ana perasan semasa pergi ke pasaraya besar, harga untuk 1 liter minyak pelincir 2T ialah RM10.00. Dulu dalam lingkungan RM7.80 - RM9.00 bergantung kepada jenama.
Para pengunjung blog ini, kalau nak ulas kesan-kesan kenaikan minyak tempoh hari (bulan jun 2008) dipersilakan.
Ana nak ulas tentang kenaikan harga barang yang orang biasa-biasa selalu beli.
- Harga biskut kraker dulu ana beli pada harga antara RM2.00 - 2.60,
tapi sekarang RM3.50 untuk satu bungkus (500g).
- Harga telur, dahulu 10 biji boleh dibeli pada harga RM1.80 untuk gred C, sekarang mana dapat
- Cuma periksa harga sekilogram tepung berapa dulu dan sekarang
- Harga kuih-muih, nasi lemak dan lain-lain lagi.
- Ada banyak lagi barang yang dulu naik sebab harga minyak dah naik tapi tak turun diharga minyak dan turun.
Ana kata:
Itulah sebelum nak naikkan harga bahan bakar buat lah kajian dulu. Sekurang-kurangnya naiklah sikit dahulu. Ini sekali naik 78sen, memang betullah kerajaan UMNO/BN perihatin. Kemudian tarif elektrik pulak naik, tapi liat nak turun. Sekarang lihat kesannya.
Pinjam kata-kata Nabil " Lu fikirlah sendiri".
Labels:
Harga Minyak Dunia
Responses
0 Respones to "Harga minyak dunia turun lagi....."
Catat Ulasan