Artikel Pilihan: Mohd Sabu Tidak Akan Merajuk!



Dilulus terbit pada Saturday, December 06 @ 08:44:24
MYT oleh TokPenghulu Oleh ABUHIKAM"
Mohd Sabu bukan ulamak, bukan ustaz, bukan peguam, bukan teknokrat, bukan ahli perniagaan yang jutawan, tapi dia juga bukan bekas atau mantan mana-mana parti politik. Ertinya, dia adalah manusia yang berjuang di dalam gerakan Islam berbekalkan keyakinan, kesetiaan dan keberanian yang tiada taranya.
Mungkin beliau satu-satunya, pejuang yang tidak punya apa-apa, tapi beliau mempunyai nama yang cukup besar, sebesar perjuangannya. Perjuangannya tidak kenal penat lelah, tidak kenal jemu atau bosan, tidak kenal rehat atau berundur.
Malah dia adalah satu-satunya manusia yang paling berani berdepan dengan kekuatan pasukan polis dalam setiap aksi demo perjuangan demi untuk rakyat kecil atau demi perjuangan ugamanya.
Dari seorang anak muda bersemangat revolusi yang meluap-luap hingga sekarang menjadi otai yang sangat kaya dengan pengelaman perjuangan, beliau menghadapi segala pahit getir perjuangan dengan cara yang luar biasa, beliau menghadapi segal-galanya dengan penuh pasrah, tsiqah, wala', setia pada jamaah sepenuhnya.Bukan sedikit cubaan dan cabaran yang telah beliau hadapi, sepanjang perjuangan ini.Mohd Sabu merengkok di Kem Kemunting, ditahan oleh sebuah akta yang zalim, hanya kerana sebuah perjuangan kebenaran dan keadilan. Seluruh keluarganya menderita kesakitan menghadapi ujian ini.
Tapi Mohd Sabu tidak pernah merajuk!.Beliau pernah ditimpa musibah fitnah konspirasi yang sangat ditakutinya, yakni konspirasi Hotel Perdana. Beliau sendiri mengakui, cubaan inilah yang hampir-hampir memusnahkannya.Tapi Mohd Sabu tidak pernah merajuk!.Suatu waktu, beliau yang terbukti sangat setia pada jamaah telah dikalahkan dalam perebutan jawatan Naib Presiden Parti oleh seorang pendatang baru,kerana perwakilan terpukau dengan nama besar pendatang baru tersebut.
Tapi Mohd sabu tidak pernah merajuk!.Setiap kali pilihan raya umum, beliau dilontar ke merata tempat di pelusuk tanah air ini untuk bertanding sebagai calun jamaah, dan beliau tidak pernah merungut walau pun beliau tahu kawasan tersebut atau lawannya nanti terlalu sukar untuk beliau menangi.
Tapi Mohd Sabu tidak pernah merajuk!.Di dalam jamaah, beliau sering dituduh seorang yang condong kepada syiah atau Revolusi Iran, tapi beliau tidak melenting, melatah atau mencari kontroversi.Dan Mohd Sabu tidak pernah merajuk!Plihan raya Parlimen Kuala Terengganu kelak, seandainya Pas Terengganu atau pusat lebih berminat untuk meletak calun lain yang dipercayai lebih berpotensi untuk menang, bererti Mohd Sabu akan dikucilkan.
Dan saya yakin, Mohd Sabu tidak akan merajuk, kerana beliau adalah manusia perjuangan yang kaya dengan kekalahan demi kekalahan. Beliau sememangnya tentera jamaah yang tiada duanya. Percayalah.
Apa yang dikuatiri, kalau-kalau pengundi parlimen Kuala Terengganu yang akan merajuk!


Responses

0 Respones to "Artikel Pilihan: Mohd Sabu Tidak Akan Merajuk!"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors