Warga emas rayu simpati orang ramai









KOTA TINGGI, 17 April (Hrkh)


Salman Hussin Fri Apr 18, 08 2:29:02 pm MYT




Sepasang suami-isteri warga emas, Abu Bakar Yusof, 67, dan isteri, Fatimah Embong, 63, di Kampung Tanjung Sedili, dekat sini, merayu simpati orang ramai bagi membantu meringankan bebanan mereka setelah gagal mendapatkan pembelaan daripada pihak berwajib.



Mereka berhasrat menggantikan atap zing rumah mereka yang sudah bocor tetapi tidak berkemampuan disebabkan kedhaifan hidup.



Abu Bakar, yang cacat penglihatan sejak beberapa tahun lalu, sudah tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan, isterinya pula terpaksa menjaga tiga anak mereka yang mengalami kecacatan mental sejak kecil selain turut menjaga lima cucu mereka yang kematian ibu sejak 10 tahun lalu.



Mereka sekeluarga hanya mendapat bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Pun begitu, kadang-kadang berlaku bantuan yang diterima lewat dan ada kalanya jumlahnya pula tidak cukup daripada jumlah yang sepatutnya diterima, semua ini semakin menambahkan beban kehidupan mereka.



Dengan wang sebanyak itu mereka gunakan untuk makan, membayar bil air dan elektrik serta keperluan lainnya.




Dalam kunjungan Harakah bersama YDP PAS Kota Tinggi, Haji Kamaldin Haji Tahir ke rumah mereka baru-baru ini, mendapati atap zing rumah mereka mengalami kebocoran hampir di semua ruang rumah ini, sementara kayunya juga sudah kelihatan begitu uzur, keadaan ini amat tidak menyelesakan selain turut membimbangkan keselamatan mereka.



Abu Bakar yang sebelum ini bekerja sebagai nelayan memberitahu, beberapa tahun lalu mereka pernah memohon bantuan dari Baitulmal, tetapi sehingga kini langsung tidak mendapat sebarang jawapan.




Selain itu katanya: "Ketua Kampung dan Penghulu pula tidak boleh diharap, mereka langsung tidak mengambil tahu nasib penduduk, apatah lagi untuk membantu kami, wakil rakyat pula cuma datang semasa kempen pilihan raya, lepas itu hilang, batang hidung pun tidak nampak lagi, jadi, kepada siapa lagi kami mahu mengadu nasib".



"Sebab itulah kami sekeluarga terpaksa merayu simpati orang ramai untuk membantu kami, bantuan serta sumbangan orang ramai sangat-sangat kami harapkan," katanya lagi




Dianggarkan kos bagi mengganti zing dan kayu rumah warga emas ini sekitar RM5000, kepada sesiapa yang berhasrat untuk menghulurkan sumbangan bolehlah menghubungi Faridah Abu Bakar di talian 019-7099176. - mns


Responses

0 Respones to "Warga emas rayu simpati orang ramai"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors