Untuk memudahkan urusan apa kata orang-orang UMNO masuklah Pas beramai-ramai barulah ramai exco Melayu Islam dalam kerajaan negeri.
Ni tak asyik nak memburuk-burukkan kerajaan negeri.
"Ape yang kome takut bebenor dengan Pas ni? teman pun tak pandai nak ngagaknye".
Kalau ikut sejarahlah, UMNO ni awal penubuhannya tidak pulak memperjuangkan kemerdekaan (sila lihat video klip 10 Tahun sebelum merdeka).
Dipendekkan cerita, British "cekup" (tangkap) semua parti politik dan kumpulan-kumpulan yang ingin memperjuangkan kemerdekaan seperti Pak Sako, Ahmad Boestamam, Dr. Burhanuddin Helmi dan lain-lain.
Parti politik yang diharamkan oleh British seperti Hizbul Muslimin, PKMM, AWAS, API dan lain-lainnya. TAPI UMNO ???????
Pemimpin UMNO ni kebanyakannya pernah bekerja dengan kerajaan British (sila semak di Arkib Negara).
Selepas semua parti politik lain diharamkan dan pemimpinnya ditangkap, pihak British berundinglah dengan UMNO untuk memerdekakan Tanah Melayu ketika itu. TAPI British pandai, mereka meletak syarat antaranya kena terima perlembagaan yang British buat (Lord Reid - rujuk sejarah) dan Jus Soli (tolong periksa).
Cuba pembaca buat kajian mengapa British minta UMNO terima Jus Soli.
Buat penyokong UMNO, marilah kita beramai-ramai menyokong Pas dan menyertai Pas.
Sekadar pandangan
Labels: Pandangan, Pas.
Responses
0 Respones to "Masuk Pas beramai-ramai"
Catat Ulasan