Ahli Umno kecewa permohonan rumah PPRT tidak dilayan








Salman Hussin Fri Apr 04, 08 7:34:04 am MYT
TANJUNG PIAI, 4 April (Hrkh) ? Tujuh tahun lalu, Zulkifli Arifin, 42, yang juga ahli Umno di Serkat, dekat sini, memohon untuk mendapatkan rumah PPRT melalui Ketua Umno Cawangan kampung berkenaan, tetapi malang permohonannya terus tidak dilayan sehingga hari ini.









Harapan beliau bersama isteri serta empat anak mereka untuk tinggal di sebuah rumah yang selesa masih tidak kesampaian, berikutan itu beliau sekeluarga terpaksa terus menumpang di rumah orang tua isterinya, sehingga hari ini.
"Sudahlah menumpang rumah orang tua, bekalan elektrik dan air pula terpaksa mengharap ikhsan jiran sebelah," keluhnya yang ditemui semasa kunjungan pimpinan PAS Tanjung Piai, di rumahnya, baru-baru ini.



Kunjungan yang diketuai YDP PAS Tanjung Piai, Ustaz Ahmad Sani Kemat dan Timbalannya, Ghazaly Ayub, turut disertai Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Atan Gombang.



Ustaz Atan telah menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan bebanan keluarga berkenaan.



Zulkifli, yang bekerja mengambil upah kerja-kerja kampung selain membantu adiknya mencari barang lusuh untuk dijual, tidak mampu untuk membina rumah sendiri, bahkan untuk mendapatkan bekalan elektrik dan air yang kosnya dianggarkan sekitar RM1000 itu pun beliau tidak mampu, apatah lagi untuk membina rumah sendiri yang kosnya sudah tentu jauh lebih tinggi lagi.
"Memang saya bercadang untuk mendapatkan bekalan elektrik dan air sendiri, tetapi disebabkan pendapatan yang tidak menentu serta kos untuk mendapatkan bekalan ini yang agak tinggi, ianya di luar kemampuan saya.



"Dengan pendapatan lebih kurang RM400 sebulan ini dapatlah kami gunakan untuk belanja makan kami sekeluarga termasuk perbelanjaan tiga anak kami yang masih bersekolah di tingkatan dua, darjah empat dan tadika, yang memerlukan kos sekitar RM10.00, setiap hari, itu pun kadang-kadang tidak mencukupi," katanya.
"Sehingga hari ini kami sekeluarga tidak pernah menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak, terutama kerajaan, oleh kerana itu saya amat mengharapkan agar ada pihak-pihak lain atau mana-mana individu yang bersimpati dengan penderitaan hidup saya untuk tampil menghulurkan bantuan," ujarnya lagi


Kepada sesiapa yang berhasrat untuk menghulurkan sumbangan kepada Zulkifli, bolehlah menghubungi Timbalan YDP PAS Tanjung Piai, Ghazaly Ayub, di talian 013-7474600. - mks.


Responses

0 Respones to "Ahli Umno kecewa permohonan rumah PPRT tidak dilayan"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors