Hari ni hari pertama taklimat untuk ahli-ahli Parlimen



Saya pagi-pagi dah sampai. Ingatkan saya paling awal pukul 8pg (sesi mula pukul 8.30pg). Rupa-rupanya ramai dah sampai dulu dari saya. Si Gobala pukul 2 pagi dah sampai.



Almaklumlah MP baru. Semua dok gabrah lagi, tak sabor nak masuk Parlimen. Saya pagi-pagi lagi dah kena sebijik. Saya pi dengan motor..elok nak parking mamat sekuriti parking suroh saya parking kat belakang sebab "ni tempat untuk VIP je..'. Saya tanya mamat tu siapa VIPnya. Dia kate untuk Ahli Parlimen sahaja. Saya pun habaq saya Ahli Parlimen lah. Dia punya tengok saya atas bawah.. dia kata dah berbelas tahun dia jage sekuriti Parlimen.. ni first time dia tengok YB mai dengan motor.




Saya kate kita YB Rakyat lah..hehehe. .terus jadi kamcing mamat tu dengan saya. it pays to be humble..





Hangpa tau nak masuk Parlimen ni (tempat Dewan Persidangan tu) punyalah ketat. Macam nak masuk kapalterbang. Kena lalu metal detector & scanner..(kalu lie detector, BN punye YB banyak tak lepas dar... Polis punye pakaian dah macam komando nak pegi perang..Rambo tengok pun jeles.. Btw..lepas isi borang dll (termasuk ambil gambar untuk Kad Ahli Parlimen) kami pekena sarapan yang disediakan oleh Putrade Management.. boleh tahan syeh makanan dia. Tapi berapa kontrak depa dapat saya tak tau lah. Masa tengah dok relax sarapan..saya jumpa Mat Maslan..room mate saya mase kat Wellington dulu. Rupanya dia pun dah jadi YB..Parlimen Pontian. Peh tu jumpe pulak Khairy Rembau. Saya pun tegur dia "oi omak kaw..menantu pun ado sini..".. terkebil-kebil dia tengok saya. Sikit punye kelat muke dia..hehe..




Sessi mule pukul 10am. TS Ramli Ngah Talib YDP Dewan start off kate ada 99 orang MP baru. Dia kate rekod tahun ni ada mak/anak (DSWA/ Nurul) & anak/bapak (Karpal/Gobind) .

Dia tak kate pulak ada pakmertua/menantu. .ceh..jage periuk nasik jugak orang tua tu.




Tapi yang jadi centre of attraction memang Nurul Izzah. In fact, she's the youngest YB being only 27..hebat..hebat. . Mase taklimat ada satu MP Cine dok sebelah saya. Saya tengok dia ni peramah betoi. baguih punye sembang cara cakap macam bunyi pembangkang. Rupe-rupenya YB Chua Tee Yong dari Parlimen Labis..anak YB Chua Soi Lek. Well..program habis pukul 12. Tapi nampak mood memang berbeza sekarang. Kakitangan Parlimen pun very friendly. Saya yang syok tu bila ada polis yang mai sembang tanye "bos kite bile bertanding.. ".."Aik.. bos kite???". Rupe-rupenye ramai yang dah tak sabar DSAI join Parlimen. The undercurrent is so strong..tak tidur Pak Lah dibuatnye..hahaha. .jangan mare ar menantu.. Lepas taklimat tadi saya & few friends pi ronda kat kawasan Parlimen. Macam-macam ada rupenya. Siap dengan gym, klinik, dewan badminton dll. Zoo pun ada..tapi banyak rusa je saya tengok. Depa kate tu peninggalan arwah Tun Zahir. Kat Tingkat 17 siap ada penthouse. Depa tengah nak renovate buat mini coffee house. nanti kalau hangpa nak mai kami MP boleh guna Tingkat 17 untuk entertain. Well..that's all for today..looking forward for opening ceremony/swearing in on 28/29 April.




Okey dokey..kena chow dulu..dah nak magrib. Adios & Wassalam.




Zulkifli Noordin P-18 Parlimen Kulim Bandar Baharu


Responses

0 Respones to "Hari ni hari pertama taklimat untuk ahli-ahli Parlimen"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors