Kita pernah mendengarnya sebagai khabar-khabar angin sahaja sebelum ini, tetapi surat berikut adalah bukti betapa Umno menjalankan dasar DEB – DASAR EKONOMI BARUA ; yang hanya memilih bulu dari kalangan Umno Putra sahaja.
Ini adalah surat dari Ketua Umno Batu Pahat, Senator Hj Puad Zarkashi, yang dihantar kepada Jabatan Kerjaraya Batu Pahat, Johor , mengarahkan supaya senarai nama kontraktor kelas F yang dilampirkan di senarai hitamkan kerana menyokong parti pembangkang.
Salinan surat tersebut telah dihantar kepada Menteri Besar Johor, Ghani Othman.Walaupun surat tersebut bertarikh 14 Mac 2007, saya pasti gejala tersebut telah berlaku lebih awal lagi dari tarikh tersebut disetiap negeri dan masih berleluasa dan ‘berkuatkuasa’ hingga ke hari ini .
Senarai tersebut dipercayai akan terus di ‘update’ kan dari masa ke semasa.
sumber : http://alhusseyn51.blogspot.com/search/label/Ehwal%20Johor
Ulasan admin:
Memang sahlah bukanlah DEB yang di perjuangkan oleh UMNO tapi dasar kroni dengan bertopengkan DEB.
Antara tanda-tanda nak hampir kiamat ialah Amanah (kuasa) digunakan untuk mendapat ghanimah. Walahualam.
Labels: Al Husseyn, Artikel
Responses
0 Respones to "Dasar Ekonomi Baru (Umnoputra)"
Catat Ulasan