Assalamualaikum!
Dalam artikel yang lepas, kami menceritakan perihal pemimpin UMNO/BN ketika berucap di mesyuarat PIBG di sebuah sekolah.
Kali ini kami akan memaparkan lagi kisah sekatan peruntukan kepada wakil rakyat telah memenangi pilhanraya yang lepas.
Memang benarlah sangkaan rakyat betapa BN yang ditunjangi oleh UMNO menafikan peruntukan untuk wakil rakyat pembangkang. Untuk rekod, terdapat 6 dun yang dimenangi oleh pembangkang. Mereka semua dinafikan peruntukan-peruntukan wajib untuk setiap dun.
Persoalannya mengapa UMNO bersikap sedemikian walaupun wakil rakyat pembangkang telah dipilih secara sah oleh rakyat.
Jawapannya mudah sahaja, supaya rakyat akan lihat tidak ada apa-apa yang dilakukan oleh wakil rakyat pembangkang. Maka senanglah UMNO/BN berkempen dipilihanraya yang akan datang.
Untuk pengetahuan rakyat sekelian, khasnya buat rakyat Johor, semua peruntukan yang sepatutnya diberikan kepada wakil rakyat pembangkang akan sisalurkan kepada UMNO.
Inilah UMNO, tradisinya menyekat segala peruntukan supaya wakil rakyat pembangkang dipandang buruk oleh rakyat.
Sekian wasalam.
Labels:
Sekatan Peruntukan
Responses
0 Respones to "Sekatan Peruntukan Bhg.2"
Catat Ulasan