RM27 juta di Selangor wang rakyat telah digunakan, di Johor ni berapa agaknya?



Salam sejahtera buat semua pengunjung blog Pas Bakri.


Selepas membaca artikel dari Harakahdaily, terkejut juga dalam masa 50 hari sahaja sebanyak RM27 Juta telah digunakan oleh YB-YB BN yang lepas.


Kalau begitu, tuan-tuan berapa agaknya wang rakyat telah digunakan di Johor ini. Rasanya nilai juta-juta kot (sebab kita tak dapat penyata kira-kira kerajaan negeri).


Buat MB Johor dan merangkap Dun Serom, tolong maklumkan jumlah wang rakyat yang telah digunakan sehingga suku ketiga 2008.


Nak tahu juga sebab itu kan wang rakyat hasil cukai pekerja yang bertungkus lumus kerja lebih masa.




Komen dibuka:

RM27 juta untuk Selangor hangus dalam masa 50 hari



Harakahdaily Tue Apr 15, 08 3:43:43 pm MYT



KLANG, 15 April (Hrkh) - 54 Adun Barisan Nasional (BN) dalam pentadbiran dahulu membelanjakan peruntukan tahunan sebanyak RM27 juta bagi 2008 hanya dalam masa 50 hari daripada permulaan tahun itu, kata Exco Selangor, Ronnie Liu.



"Amat mengejutkan dan sukar dipercayai apabila para exco mendapati peruntukan tahunan sebanyak RM500,000 seorang yang bertujuan untuk memperbaiki jalan raya dan longkang telah habis digunakan dalam bulan Februari," katanya.


Katanya, kerajaan negeri akan meminta penjelasan daripada 36 bekas Adun BN dan 18 yang lain yang masih mengekalkan kerusinya tentang bagaimana peruntukan tersebut digunakan.
Ronnie Liu, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kajian dan Penyelidikan Kerajaan Tempatan, berkata demikian kepada wartawan selepas melakukan lawatan ke Majlis Perbandaran Klang, semalam.


Katanya, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil keputusan minggu lepas untuk mendapatkan penjelasan daripada Adun terbabit sebagai tanggung jawab.
"Kesemua surat kepada Adun terbabit akan dihantar dalam masa seminggu dan mereka perlu menjelaskan dengan terperinci bagaimana wang tersebut digunakan dan siapa kontraktor yang terbabit melakukan kerja-kerja berkenaan," katanya.


"Kami tidak berpuas hati dengan cara peruntukan itu digunakan. Kami ingin tahu bagaimana wang pembayar cukai itu dihabiskan. tapi buat masa ini kami tidak membuat sebarang spekulasi tentang bagaimana wang itu digunakan, kita tunggu penjelasan mereka," katanya.
Ronnie berkata, ekoran itu Adun dalam pentadbiran sekarang terpaksa memohon peruntukan baru untuk kegunaan mereka.


"Kami akan memperkanalkan satu sistem di mana setiap sen akan diteliti. Matlamat kami supaya semuanya berjalan secara telus dan rakyat boleh menyemak perbelanjaan kerajaan," katanya.




Responses

0 Respones to "RM27 juta di Selangor wang rakyat telah digunakan, di Johor ni berapa agaknya?"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors